Monday, March 27, 2017

Suri Hati Mr Pilot Raya Live

Posted by FadhDeela at 11:58 AM
Reactions: 
0 comments
Menjadi harapan peminat Neelofa dan Fattah Amin jika meraka dapat digandingkan sekali lagi dan ini menjadi kenyataan kerana pasangan sensasi itu akan berlakon dalam projek telefilem khas drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP).
red velvet suri hati mr pilot raya
Perkara itu disahkan Neelofa dan Fattah ketika mereka menghadiri acara Throwbaek Drama di NU Sentral di sini, sebentar tadi. Neelofa yang sebelum ini membuat keputusan untuk tidak lagi berlakon dalam sekuel drama SHMP, akhirnya mengubah fikiran.

“Saya buat ini (berlakon lagi dengan Fattah) demi peminat yang tak putus-putus berharap supaya dapat melihat gandingan kami berterusan.

“Bagaimanapun, SHMP kali ini bukan dalam format drama tetapi telefilem khas raya. Penggambaran akan bermula pada 9 hingga 16 April hadapan,” katanya.

Neelofa memberitahu, telefilem SHMP itu masih mengekalkan pengarah sama, Michael Ang.

“Saya juga akan berganding dengan Alif Satar untuk projek drama terbaharu berjudul Red Velvet,” katanya. – BHarian

Sumber: Youtube

Telemovie Jula Juli Bintang Cinta - Download

Posted by FadhDeela at 10:17 AM
Reactions: 
0 comments

Jula Juli Bintang Cinta
Zizan dgn Mira Filza nie mmg bercinta erk? ❤๐Ÿ˜
Sinopsis

Kisah dua gadis, Jula dan Juli pekerja kilang yang baru lepas dibuang kerja. Mereka telah memenangi percutian menginap di hotel mewah di Langkawi hasil daripada peraduan selfie. Disana mereka mula bergaya seperti anak orang kaya dan mengenali Dani dan Idzham.

Saksikan telemovie Jula Juli Bintang Cinta pada 25 Mac 2017 ini jam 9.00 malam di Astro Citra dan Mustika HD.

Para Pelakon
Zizan Razak, Mira Filzah, Adriana Adnan, Ameerul Afendi

Friday, March 24, 2017

Al-Fatihah buat Johan Nawawi - Suami kepada penyanyi Nora Ariffin

Posted by FadhDeela at 11:00 AM
Reactions: 
0 comments
Komposer terkenal Johan Nawawi suami kepada penyanyi Nora Ariffin telah meninggal dunia 5.30am pagi ini di Subang Jaya Medicial Centre.
Salam takziah buat penyanyi Nora Ariffin dan keluarga.  

Wednesday, March 22, 2017

Beauty and The Beast 2017

Posted by FadhDeela at 4:08 PM
Reactions: 
0 comments
Tak sabar nak tengok!! Nasib baik Malaysia boleh tayang dah.. kalau tak terpaksa tgk kat Hatyai nanti.. hahahaha

Synopsis
 Bill Condon (Dreamgirls) directed this live-action retelling of the Disney animated classic from 1991. As before, this fairy tale centers on a young woman named Belle (Emma Watson), who is forced to live in an enchanted castle with a prince who is cursed to look like a hideous Beast (Dan Stevens). In time, the pair fall in love as Belle learns to see the good man hiding behind the Beast's monstrous exterior. The film co-stars Luke Evans as Gaston, Ewan McGregor as Lumiรจre, Emma Thompson as Mrs. Potts, Ian McKellen as Cosgworth, Kevin Kline as Belle's father, and Josh Gad as Gaston's sidekick LeFou. ~ Jack Rodgers, Rovi

Sunday, March 12, 2017

'Mat Dan' telah selamat Bertunang Dengan Gadis Melayu.

Posted by FadhDeela at 9:58 PM
Reactions: 
0 comments
 KUALA TERENGGANU: Lelaki Mat Saleh yang fasih bertutur loghat Terengganu, Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan, selamat bertunang dengan seorang gadis Melayu di Bukit Chendering di sini, pagi tadi. Majlis pertunangan antara Mat Dan, 28, dan gadis misteri itu hanya diketahui selepas dua keping gambar menunjukkan pengacara rancangan travelog terbabit lengkap berbaju Melayu serba biru sambil ditemani bapa dan ibunya, Kevin Tyler dan Nicol Tyler.
Satu daripada gambar yang viral di media sosial itu memaparkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari seorang gadis berbaju kurung biru dan bertudung ungu lembut. Sumber berkata, anak jati kelahiran Bristol, England itu selamat melangsungkan pertunangan kira-kira jam 10 pagi tadi dengan hanya dihadiri sahabat dan keluarga terdekat kedua-dua pihak. Katanya, pertunangan diadakan secara sederhana bagi menghormati permintaan pasangan itu. 
"Memang benar Mat Dan sudah bertunang dengan gadis tempatan kira-kira jam 10 pagi tadi sambil dihadiri sahabat dan keluarga terdekat sahaja. "Atas permintaan keluarga pasangan itu, majlis dibuat sederhana mengikut amalan tradisi Melayu," katanya ketika dihubungi BH, hari ini. 

Sumber itu berkata, identiti gadis terbabit tidak boleh didedahkan atas permintaan keluarga yang mahu menjaga privasi masing-masing. Sumber juga enggan mendedahkan tarikh pernikahan pasangan terbabit. Januari lalu, sebuah portal dalam talian melaporkan, Mat Dan menghadiri kursus praperkahwinan di Kuala Terengganu dan dipercayai ada kaitan dengan pertunangan yang berlangsung hari ini.
❤ Ramai la yang kecewa! hahaha Bertabah laaa.. lalalalala

Kisah Mona Fandey Didedahkan Pegawai Penjara Sebelum Dijatuhkan Hukuman

Posted by FadhDeela at 9:25 PM
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum..

Pasti semua tahu mengenai cerita pembunuhan yang melibatkan Mona Fandey.. Masa kes dia dulu aku masih kecil tak tahu ape2, Now aku berminat nak tahu mengenai kisah nya. Pelbagai cerita seram aku dapat dr Mr Google tapi lain pulak kisah dia yg diceritakan oleh pegawai penjara ini. Menarik!..
Pada tahun 1993 satu Malaysia telah dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam pasangan bomoh Mona dan suami, Affandi. Kes pembunuhan tu antara yang paling mendapat perhatian. Sebab apa? Sebab macam-macam benda yang seram orang cerita.. Antaranya Mona Fandey boleh terapung dalam sel, boleh baca surah Al-Fatihah terbalik dan macam-macam lagi lah.

Tapi sejauh mana cerita tu sahih? Iya lah, orang boleh buat cerita sebab kes ini mendapat liputan meluas pada waktu itu. Pegawai Penjara Kajang, Sarjan Azizah atau lebih senang disapa sebagai ‘Cik Jah’ ditugaskan untuk menjaga sel Mona Fandey menceritakan kisah dan personaliti sebenar Mona Fandey sepanjang berada dalam penjara. Memang bertentangan dengan apa yang korang pernah dengar!

“Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona”
Masa itu saya sedang bercuti tetapi saya dah tahu yang Mona bakal ditempatkan di sel akhir bawah jagaan saya. Kes dia memang cukup gempar pada waktu itu.
Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona sampaikan saya minta air penawar dekat ustaz,
Sel akhir Mona berada paling depan sekali dan tentulah dia orang pertama yang akan saya lalui dulu. Waktu saya melangkah masuk pada hari pertama selepas bercuti, saya dengar ada orang bagi salam.
Saya tahu itu Mona. Saya buat tak tahu. Hari kedua dan ketiga pun, saya dengar Mona beri salam lagi tapi tetap saya buat tak tahu,

Pada hari keempat apabila dia bagi salam, baru saya jawab salam dia. Mona kata antara ramai-ramai staf di penjara, dia paling suka saya. Saya tanya kenapa? Dia jawab gerak hati.
Saya tak pernah sangka seumur hidup saya, dengan ‘salam’ yang diberikan Mona itu telah menjadikan dia seorang sahabat saya,” katanya
Mona Fandey tak pernah berkata buruk pasal orang
Menurut Cik Jah, Mona Fandey seorang yang peramah dan suka ajak berbual. Antara topik yang selalu dibualkan ialah pasal anak-anak, bekas suami, suami yang terkini dan juga resepi-resepi makanan.
Mona seorang wanita yang sangat sopan apabila bercakap. Dia sangat peramah tetapi masih menjaga adab dalam percakapannya. Sebaik-baik Mona apabila berbual, tidak pernah sekalipun dia bercakap buruk mengenai orang,

Walaupun pada ketika itu kakitangan penjara ramai yang mengatanya tetapi Mona sangat sabar dan positif. Tak pernah dia nak membalas atau memburukkan orang,
Mona sangat suka berkongsi resepi masakan dengan saya. Dia kata dia suka letak daun pandan dalam masakan sebab akan jadi wangi. Saya nampak dia seorang yang penyayang dan ikhlas.
Tak pernah tinggal solat lima waktu


Saya panggil Mona ‘Makcik’ dan dia panggil saya ‘Cik Jah’. Percaya atau tidak, Mona ni sebenarnya seorang wanita yang sangat menjaga solat lima waktu.

Bukan itu saja, solat sunat dan wirid juga tidak pernah ditinggalkannya, Setiap hari saya dengar Mona mengaji al-Quran sehingga saya sendiri rasa terpegun.

Waktu dia baca wirid pula, saya pernah minta dia kuatkan suara kerana saya bimbang dia membaca bacaan yang ‘salah’. Apa yang saya dengar adalah perkataan ‘Subhanallah’ yang tidak berhenti keluar dari mulut Mona,

Boleh terapung? Gila ke apa
Cik Jah selalu baca surat khabar dan banyak melaporkan yang Mona Fandey mempunyai kebolehan untuk terapung dalam penjara.

Saya suruh Mona apungkan badan dia macam dalam suratkhabar laporkan. Mona kata gila ke apa? Mana dia boleh apungkan diri dia.
Kemudian saya suruh dia baca Surah Al-Fatihah terbalik. Mona jawab, sedangkan nak baca bismillah terbalik pun susah apatah lagi Surah Al-Fatihah,
Paling menarik, saya pernah tanya pada Mona betul ke dia keluar sel dan ke Chow Kit? Mona jawab, kalau dia boleh keluar sel buat apa dia nak ke Chow Kit? Baik dia balik ke rumah dan tak perlu masuk ke dalam sel lagi.

Namun, apabila kita fikirkan balik, apa yang dikatakan Mona itu benar. Kalau betul dia ada kuasa yang boleh memboloskan diri dari penjara, lebih baik dia pulang ke rumah dari ke Chow Kit.
Mona Fandey tak bersalah dalam pembunuhan ni
Cik Jah akhirnya mendedahkan sebenarnya Mona Fandey bukan lah dalang utama dalam kes pembunuhan kejam tu. Sebaliknya suami Mona sendiri, Affandi merupakan OKT-1 (Orang Kena Tuduh 1) dan OKT-2 pembantu peribadi mereka, Juraimi.
Saya berada sepanjang prosiding mahkamah berlangsung kerana atas permintaan Mona sendiri, dia tidak mahu pegawai lain yang mengiringinya.

Jadi, tangan saya akan digari bersama tangan Mona ke mana sahaja. Mona telah terbukti tidak bersalah dalam kes pembunuhan ini dan dia telah dibebaskan oleh pihak mahkamah.
Cik Jah juga menambah bahawa sewaktu hari kejadian, Mona hanya mendapat arahan daripada Affandi untuk keluar memetik bunga sebelum upacara mandi bunga bersama dijalankan.
Ingin menjalani hukuman bersama suami
Namun, Mona terpaksa memberi kata dua pula terhadap pembebasannya itu. Jika dia dibebaskan, dia mahu Affandi juga dibebaskan. Jika suaminya digantung, biarkanlah dia digantung bersama Affandi,
Peguambela Mona juga pernah memujuknya untuk menerima pembebasan itu tetapi tetap ditolak Mona tanpa pembebasan Affandi bersama. Itu pilihan Mona.
Dia nak bersama suaminya. Saya nampak Mona seorang isteri yang sangat baik dan sayangkan Affandi. Secara jujurnya, selama saya menjaga Mona di sel akhir saya sendiri gagal menemui kejahatan dari dalam dirinya.

“Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati”
Cik Jah juga menambah bahawa bekas suami dan anak-anak sering hadir waktu kes perbicaraan tanda sokongan dan anak-anak Mona lebih mengenali ibunya. Bekas suami Mona yang juga anggota polis berkata Mona bukan seorang yang bersifat kejam.
Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati. Waktu nak siang ikan pun dia menangis, apatah lagi nak kerat manusia.

“Saya kenal Mona Fandey, dan saya terlalu rindukan dia”
Benda yang paling saya sedih sekali, sehari sebelum Mona digantung saya nampak dia dibawa turun dari tingkat atas ke bawah. Muka dia nampak ceria sangat. Senyum tak sudah! Saya tanya Makcik nak kemana?
Mona jawab dia nak pergi ‘shopping’! Sebenarnya, dia dapat jumpa Affandi dipenjara sebelah, Sampai pusing di ‘corner’ bangunan, saya nampak dia toleh dekat saya dan tersenyum biarpun kedua tangannya bergari.
Saya sendiri terlupa hari itu adalah hari Khamis, dimana banduan beragama Islam akan digantung pada pagi Jumaat. Itupun kawan saya yang juga baik dengan Mona beritahu, Mona dah nak digantung esok,

Saya terduduk dan menangis tak berhenti. Itulah kali terakhir saya jumpa Mona dan saya sampai sekarang tak dapat lupa senyuman dia.
Kalau saya tahu dia akan digantung, tentu sekali perkara yang nak saya buat adalah memeluk Mona. Saya kenal siapa Mona Fandey. Saya terlalu rindukan dia.
Jenazah Mona Fandey tiada cacat cela

Menurut Cik Jah, mengenali Mona Fandey adalah pengalaman yang paling indah dalam hidupnya. Sesungguhnya Mona mempunyai sifat yang murni.
Saya masih ingat satu cerita dimana orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jenazah Mona selepas digantung menyatakan dia sendiri tidak tahu dimana nak mencari cacat cala pada jenazahnya kerana Mona meninggal dengan keadaan sangat baik. Tubuh yang bersih dan mudah diuruskan.

Sementara tu, Ustaz Abdul Rasyid yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal banduan berkata;
Alhamdulillah, Mona mengucap dengan fasih siap dengan terjemahan sekali. Pada sayalah, dia tahu waktu dia nak mati. Balasan dunia dia dah terima. Dengan Tuhan, kalau Tuhan terima taubat dia, mungkin dia jauh lebih baik dari kita semua. – Sumber Arkib Negara : Mona Fandey.
Betul ke Mona Fandey nie penyanyi? 


Datuk Lee Chong Wei Berjaya mara ke Final All England 2017

Posted by FadhDeela at 7:30 PM
Reactions: 
0 comments
Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir Seluruh England selepas mengalahkan Chou Tien Chen dari Taiwan pada aksi separuh akhir sebentar tadi.
Pilihan utama kejohanan itu mencatat kemenangan 10-21, 21-14, 21-9 dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Barclaycard, Birmingham.
Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia akan bertemu pemenang Shi Yuqi dari China.
Manakala pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melakar sejarah tersendiri apabila mara ke perlawanan akhir All England buat kali pertama.
Mereka memenangi aksi separuh akhir sebentar tadi selepas menumpaskan gandingan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-17, 21-15 di Arena Barclaycard, Birmingham.
Menanti mereka di perlawanan akhir ialah pilihan kelima dari China, Lu Kai-Huang Yaqiong yang sebelum itu menumpaskan Chris Adcock-Gabrielle Adcock (England) 19-21, 21-12, 22-20.
Semoga berjaya pasukan badminton negara.
Harap ada Live Streaming jap ag! Biasa laaa rumah tak ada Astro  
Sumber: hmetro

Friday, March 10, 2017

Blackhead Remover!

Posted by FadhDeela at 9:57 AM
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum semua..

Siapa kat sini pernah guna blackhead remover nie? Sila bagi pendapat sikit.. macam nak beli tapi nak tahu keberkesanan dia... 
Sesiapa ada menjual nya sila angkat tangan! Berminat nie. ๐Ÿ˜„

Monday, March 6, 2017

Tanda - Tanda Awal Kanser Ovari

Posted by FadhDeela at 5:35 PM
Reactions: 
0 comments
Salam Semua,

Entry kali nie kita cerita pasal kesihatan sikit ya.

Kanser Ovari 

Kanser Ovari dikenali sebagai penyakit pembunuh senyap. Tidak menunjukkan banyak tanda yang spesifik tetapi penyakit ini sangat bahaya dan akan nampak dalam tempoh yang agak lama.
Namun sejak kebelakangan ini, kes kanser ovari semakin menular di kalangan kaum wanita dan kanak-kanak tetapi bila sedar penyakit kanser sudah peringkat yang suka untuk diselamatkan.

Terbaru, arwah pelakon dan pengacara, Ary Malik juga salah seorang pesakit kanser ovari yang berperang sejak bulan Mei tahun lepas sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.
Sebenarnyanya ovari adalah 2 organ kecil, berbentuk bujur dan merupakan sebahagian daripada organ reproduktif wanita yang menghasilkan telur ovum.
Apabila mengidap kanser ovari, ini bermakna sel kanser telah membiak pada kawasan ovari tersebut. Apabila sel kanser telah membiak, kebarangkalian untuk kehilangan ovari tersebut adalah sangat tinggi.

BERKAIT DENGAN WANITA TAK BOLEH HAMIL

Keadaan ini boleh menyebabkan wanita berkenaan sukar hamil.
Kanser ovari boleh berlaku tanpa disedari kerana simptom-simptomnya agak mengelirukan dan sukar dikenalpasti. Biasanya, gejala yang timbul adalah hampir sama dengan masalah kewanitaan yang lain.
Sebab itulah, kanser ovari ni agak payah untuk dikesan pada peringkat awal. Adakalanya, bila dah peringkat 3 atau 4, barulah kanser ovari ni dapat dikesan.
Kebiasanya waktu agak suntuk dan ada kes, ianya sudah terlambat untuk dirawat. Ini kerana, ada kemungkinan sel-sel kanser tersebut telah merebak ke bahagian tubuh serta organ-organ yang lain.
SIMPTOM KANSER OVARI

✌Asyik rasa berasa kenyang
✌Hilang selera makan
✌Tak selesa atau sakit di bahagian abdomen
✌Loya serta cirit birit
✌Kitaran haid tidak teratur
✌Pendarahan yang tidak normal
✌Turun dan naik berat badan tanpa sebab
✌Kerap kencing
✌Rasa sakit ketika melakukan hubungan bersama suami
✌Kembung perut atau pembengkakan pada perut

FAKTOR PENYEBAB BERLAKUNYA KANSER OVARI

❤Umur
Wanita yang berusia lebih 50 tahun mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit kanser ovari. 50 peratus daripada kanser ovari didiagnosis di kalangan wanita lebih 60. Ini tidak bermakna bahawa penyakit ini tidak berlaku di kalangan wanita muda. Sebagai contoh, sel tumor adalah lebih biasa di kalangan wanita yang lebih muda, tetapi sangat jarang berlaku.

❤Sejarah keluarga
Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser ovari, kanser payudara atau kanser kolon, ia meningkatkan peluang anda mendapat kanser ovari.

❤Melahirkan anak dan haid
Wanita yang tidak pernah melahirkan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat kanser ovari dan begitu juga wanita yang mula haid awal (sebelum mereka berumur 12 tahun) dan atau putus haid lewat selepas 50 tahun.

❤Ubat-ubatan
Dengan mengambil terapi hormon selepas putus haid atau menggunakan rawatan keseburan (jangka panjang dan dos besar) boleh meningkatkan peluang anda untuk kanser ovari. Sebaliknya, beberapa kajian menunjukkan bahawa pil kontraseptif oral mengurangkan risiko.

❤Faktor risiko lain
Ini termasuk merokok, obesiti, penggunaan alat kontrasepsi dan sindrom ovari polisistik.

Trip to Padang - Bukittinggi Indonesia: Part 3

Posted by FadhDeela at 3:25 PM
Reactions: 
0 comments

Salam semua,

Sambungan dari Trip to Padang - Bukittinggi Indonesia: Part 2

Day 3 nie kami byk rileks enjoy moments kat Bukittinggi. Tempat2 yang kitaorg pergi melawat seperti:

1. Puncak lawang
2. Kelok 44 - Tak sampai pun ke 44 mak dah mabuk.. haha
3. Japanese Tunnel
4. Shopping

Last entry nie aku kasi jamu pictures jer la yer.. aku tak berapa ingat sgt aktiviti aritu.. hahaha

❤Puncak Lawang

 Puncak lawang nie permandangan dia cantik sgt! time aku pergi tu mendung pastu berangin so mmg sejuk la cite dia.. permandangan dia sgt cantik.. Puncak nie terletak di atas gunung berapi. Meh baca sikit pasal puncak lawang nie: Sumber

Puncak Lawang merupakan nama suatu puncak dataran tinggi di Kabupaten Agam Sumatera Barat. Dari tempat ini, kita bisa meihat birunya Danau Maninjau. Puncak Lawang terletak di Kecamatan Matur, Kabupaten Agam, Sumatra Barat. Ini daerah puncak menuju Danau Maninjau. Dari sini kita dapat melihat pemandangan Danau Maninjau secara utuh
Puncak Lawang berada di 1.210 mdpl. Di zaman penjajahan, tempat ini digunakan sebagai tempat peristirahatan bangsawan Belanda. Puncak Lawang sering digunakan untuk kejuaraan olahraga paralayang kelas internasional karena merupakan salah satu spot terbaik di Asia Tenggara. Untuk mencapai kawasan Puncak Lawang, kita akan melewati perjalanan dengan 44 belokan yaitu Kelok 44. 
  
Nie permandangan aku ambil dr luar kedai makan. Jgn tanya kedai mkn tu ape nama.. Mak lupe nyah! hahaha
❤Kelok 44

Kelok 44 sgt! mmg tak sampai la cite dia sbb ada org tu mabuk.. hahaha so kesian tgk mak aku dah pucat muka kitaorg pun decide stop jer.. hahaha 
Kitaorg pun proceed pergi Japanese Tunnel (Lubang Jepang). Masa otw pergi japanese tunnel nie aku ternampak durian tepi jalan. Memandangkan keluarga hantu durian kitaorg pun singgah.
  Durian dia makan dgn lemang!

❤Japanese Tunnel - Lubang Jepang

Lubang Jepang Bukittinggi (juga dieja Lobang Jepang) adalah salah satu objek wisata sejarah yang ada di Kota Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Lubang Jepang merupakan sebuah terowongan (bunker) perlindungan yang dibangun tentara pendudukan Jepang sekitar tahun 1942 untuk kepentingan pertahanan.
Sebelumnya, Lubang Jepang dibangun sebagai tempat penyimpanan perbekalan dan peralatan perang tentara Jepang, dengan panjang terowongan yang mencapai 1400 m dan berkelok-kelok serta memiliki lebar sekitar 2 meter. Sejumlah ruangan khusus terdapat di terowongan ini, di antaranya adalah ruang pengintaian, ruang penyergapan, penjara, dan gudang senjata.
Selain lokasinya yang strategis di kota yang dahulunya merupakan pusat pemerintahan Sumatera Tengah, tanah yang menjadi dinding terowongan ini merupakan jenis tanah yang jika bercampur air akan semakin kokoh. Bahkan gempa yang mengguncang Sumatera Barat tahun 2009 lalu tidak banyak merusak struktur terowongan.
Diperkirakan puluhan sampai ratusan ribu tenaga kerja paksa atau romusha dikerahkan dari pulau Jawa, Sulawesi dan Kalimantan untuk menggali terowongan ini. Pemilihan tenaga kerja dari luar daerah ini merupakan strategi kolonial Jepang untuk menjaga kerahasiaan megaproyek ini. Tenaga kerja dari Bukittinggi sendiri dikerahkan di antaranya untuk mengerjakan terowongan pertahanan di Bandung dan Pulau Biak. ๐Ÿ‘‰ Sumber
Ikut cerita tourist guide yg bawak kitaorg jln2 dlm nie kejam gile jepun time tu.. ada bahagian kat dapur bkn tempat diaorg masak tapi tempat dia sembelih org.. alahai seram nya!!

Di pintu masuk..
Nie kat luar dia. Mak dgn ayah tak masuk.. tak larat nak jalan.
View dari dalam lubang jepang!
 leh lak kau romantik2 dalam nie erk! hahaha

 Dah penat berjalan.. Mak ayah aku hantar g hotel aku n cik abg pergi jenjalan ke pasar atas! Kitaorg jalan kaki jer sbb dekat sgt dr hotel kitaorg. Semata pergi pasar atas tu sbb nak naik kuda!! hahahaha
kesian tgk makcik nie meniaga tepi jln jer.
Sepetang di Jam Gadang - Bukittinggi

 Selesai la sudah.

Wednesday, March 1, 2017

Trip to Padang - Bukittinggi Indonesia: Part 2

Posted by FadhDeela at 6:16 PM
Reactions: 
0 comments

Salam Semua..


Day 2 nie kitaorg byk pergi melawat.. Tempat2 yang kitaorg pergi melawat seperti:

1. Kilang Sulaman Hjh Rosma
2. Tabek Patah Kilang Kopi and Pisang Sale
3. Lunch -  Pondok Flora
4. Istana Basa Pagaruyung 

Kitaorg gerak pepagi lagi dari hotel. Lepas breakfast jer terus tunggu Pak Supir kat lobby. Hari nie byk pergi melawat. Tempat pertama skali kami pergi ialah Kilang Sulaman Hjh Rosma.

❤Kilang Sulaman Hjh Rosma
Rumah Sulaman Hajjah Rosma terletak di jalan Bukittinggi ke arah Payakumbuh lebih kurang 10 km dari Kota Bukittinggi. Hajjah Rosma terkenal sebagai perintis sulaman dan embroidery dari daerahnya. Motif-motif embroidery Hajjah Rosma adalah ciptaannya yang kebanyakkannya bermotif flora.
Sudah berumur 88 tahun, factor usia tidak menghalang Hajjah Rosma untuk terus bekerja melatih remaja wanita yang berhasrat untuk menjadi mahir dalam menjahit dan sulaman. Hajjah Rosma tidak sedikit pun menunjukkan sebarang tanda untuk bersara. Sehingga sekarang jika ada yang berminat pasti akan dia berkongsi ilmu.

Pada usia 9 tahun Hajjah Rosma tinggal bersama keluarga di Bangkinang. Dia berjiran dengan seorang penjahit berbangsa cina yang dipanggil Taci. Rosma yang begitu tertarik dengan kemahiran anak Taci menjahit telah menyimpan sedikit demi sedikit duit jajan untuk membeli selembar kain untuk belajar menjahit.

Tetapi Rosma telah meminta supaya Taci untuk tidak memberitahu ayahnya kerana pada waktu itu di kampungnya jika seorang anak perempuan mula belajar menjahit bererti dia ingin dikahwinkan. Tapi Taci tetap juga memberitahu ayah Rosma yang secara tiba-tiba muncul ketika dia sedang menjahit. Langsung Rosma berlari pulang dan berkurung di dalam bilik.
Rosma yang ketakutan bakal dikahwinkan itu menjelaskan kepada ayahnya sebab dia belajar menjahit kerana dia sangat berminat dan bukan mahu berkahwin. Ayahnya terus gelak mengatakan tak kan lah dia nak kahwinkan anak perempuan dia yang masih ingusan. Malah dia sebenarnya berasa sangat bangga dan beri dorongan dan sokongan.
Hajjah Rosma mula menjual hasil kerja jahitan dan sulaman ketika beliau bertugas sebagai seorang guru. Ketika itu dengan 3 orang anak yang masih kecil dan suami yang menggangur (yang hilang pekerjaan kerana pemuda-pemuda yang ikut berjuang masuk hutan mempertahankan pemerintahan daerah dianggap pemberontak), mereka sedang sangat memerlukan wang. Keadaan begitu teruk sehingga bukan sekadar tidak dapat membeli makanan dan pakaian baru untuk menyambut kedatangan hari raya, malah hendak berbuka pun tidak ada makanan.
Dalam waktu sesak itu, Hajjah Rosma teringat yang dia ada 7 helai alas meja bersulaman yang dibuatnya dulu. 2 darinya kelihatan cantik maka segera dibawanya ke pasar untuk digadaikan. Tapi bila di pasar penjual mengatakan yang sulaman Hajjah tidak digadai malah telah terjual. Hajjah Rosma sungguh tidak sangka kerana ada orang yang hendak membeli hasil kerja jahitnya. The rest as they say is history. Dari situ sulaman dan jahitan Hajjah Rosma jadi terkenal bukan saja di Indonesia tapi juga hingga ke Malaysia, Singapura dan Brunei
Hajjah Rosma berasa gembira kerana ada juga usaha pihak pemerintah menerap kemahiran menjahit dan sulaman ke dalam diri remaja wanita mereka. Contohnya, pemerintah daerah Bangkinang Riau telah meminta beliau untuk mengajarkan anak-anak remaja dari daerah itu untuk belajar di Bonjo Panampuang, kab. Agam Sumatera Barat. Katanya, kerjasama itu sudah berlangsung beberapa tahun. Kemahiran biasanya tercapai antara 6 hingga 8 bulan. Hajjah Rosma juga sering menerima murid-murid dari SMK Pekanbaru dan Padang melakukan Praktek Kerja Lapangan (PKL) di rumah jahitnya.
Menarik kisah beliau, kalau nak tahu lebih lanjut leh baca kat sini Kisah Hjh Rosma

Power budak2 nie menjahit! Hasilnya halus pastu memang perlu kesabaran. Kalau aku laa sure dah jahanam! haha

Mak dia start shopping dah! Haih la mak.. kata xnak shopping..

❤Kilang Kopi and Pisang Sale Tabek Patah  (Salai tau bkn sales) hahaha

Destinasi ke dua kami pergi Tabek Patah Kilang Kopi dan Pisang Sale. Dia ada 2 bangunan, 1 kilang buat kopi 1 lagi tempat jual2 kopi
Diaorg proses kopi

Ni la kopi yang dah siap di proses halus jer kopi dia. Pembungkusan semua diaorg buat manually. Kemudian kita pergi terjah dapur membuat pisang sale pulak.
Manual wei diaorg proses pisang sale nie.. Tekun!

Taadaaaaa.. Siap!
Special utk aku! aku request nak pisang sale yg tak di goreng.. hihi

Di bahagian belakang ada Warung kopi Kiniko, tempat lepak2 minum minum kopi dan pisang sale free. Jangan lepaskan peluang weii.. Dah la free pastu fresh air pulak.. berlatarbelakangkan alam semulajadi yang menghijau sambil minum kopi panas2 dan makan pisang goreng ada pisang sale ada. 
Selain kopi Kiniko, dia ada juga sediakan kopi kesihatan tapi rasa nya..Tak Sedap! nama pun ubatkan..* ayat mak aku* Mak aku jer la yg leh telan teh ubat tu.. haha kitaorg minum kopi sedap aje.

Minuman teh kawa ni lebih sedap kalau dituang dalam tempurung dan kacau dengan batang cinnamon yang disediakan.. Dah siap minum kita shopping pisang sale dgn kopi pulak..


❤Rumah Makan Pondok Flora.
Settled semua kami pergi mkn tengah hari di Rumah Makan Pondok Flora. Lokasi restoran ni menarik perhatian kerana terletak di tepi sawah padi dan terapung di dalam kolam ikan. 
Menu utama di sini harus lah nasi padang dan ikan bakar. Bila dah duduk di meja, memang staf dia terus hidangkan lauk2 padang. Dari hujung ke hujung meja. Banyak bebenor. Di sebabkan ramai yang cakap ikan bakar kat sini sedap, kami amek 2 ekor ikan. 
Harga kat sini biasa saja. Tak mahal dan tak murah. Restoran ni ada tarikan yang tersendiri. Ada beberapa ekor burung hantu yang cantek2 di ruang2 santai.Pengunjung bole bergambar dengan burung2 tersebut. Selain burung hantu, ada juga Monyet. Jinak monyet ni. Pandai posing pulak tu. Pantang nampak camera, dia dah siap berposing. Mengalahkan manusia gayanya..
Aku leka tengok ikan2 yg besar2 kat situ.. Kat sini juga kau boleh bagi makan ikan. makanan yg lebih kau leh campak ke ikan tu.. berebut2 diaorg mkn! semua tulang2 ikan aku campak.. seronok!!


Bawang putih panggil Mak Kaloi.. hahahahaha
Punya la kerek kau kan!!

Lepas dah kenyang aku pun saje jenjalan kat kawasan situ. Cantik sgt aku tengok sawah padi dia. Sementara tunggu ayah pergi buang hajat aku pun tak lepaskan pelung.. Tak pernah merasa pergi sawah.. huhu

Istano Basa Pagaruyung 

Next station, Istana Pagaruyung pula. 
Struktur bangunan dia sangat cantik! Minangkabau.. 

Meh baca sikit asal usul nya:

Istana Pagaruyung ini juga disebut Istana Basa Pagaruyung yang bererti istana besar. Memiliki bentuk seperti rumah gadang tetapi, jenis dari bangunan rumah gadang yang ini, merupakan bentuk khusus yang memang di bangun hanya untuk istana atau kerajaan. Jenis dari rumah gadang ini iaitu Alang Babega. Jenis dari rumah gadang ini, sama dengan Istana Silinduang Bulan yang merupakan kembarannya.
Bangunan ini sebenarnya replika dari Istana Raja Alam Minangkabau yang dulunya berada di Puncak Bukit Batu Patah yang berada di belakang bangunan Istana Pagaruyung yang sekarang. Pembinaan semula ini dilakukan kerana pada tahun 1804, Istana Raja Alam tersebut di bakar oleh Belanda.
Kemudian, pada tahun 2007, Istana Pagaruyung juga pernah terbakar, kerana disambar oleh petir. Namun, untuk mempertahankan budaya dan sebuah icon penting pada suku Minangkabau, akhirnya Istana Pagaruyung ini di bangunkan kembali.

Struktur bangunan yang di miliki oleh Istana Pagaruyung ini mempunyai 3 tingkat. Selain itu juga di lengkapi oleh 72 buah tiang, dana 11 buah gonjong (bentuk bumbung bertanduk rumah minang) yang juga menjadi ciri khas utamanya.
Bangunan ini terdiri dari unsur utama serta unsur penunjang. Untuk unsur utama, terdiri dari batu tapakan yang ada di bawah jenjang untuk masuk ke dalam istana. Fungsinya untuk membasuh kaki, dilengkapi dengan guci air dan gayungnya. Yang kedua adalah singgasana yang menjadi tempat duduk bundo kanduang.
Letaknya sejajar dengan pintu masuk. Yang ketiga adalah bilik, yang di huni oleh putri-putri raja yang sudah menikah. Letaknya berjajar dari kanan ke kiri tergantung urutan putri-putri tersebut. Ruang lainnya adalah jalan menuju dapur, yang di sebut dengan selasar.

Selanjutnya yang keempat, ada pula dua anjuang, yaitu anjuang rajo babandiang dan anjuang perak. Ketiganya memiliki 3 tingkatan(langgam) dimana tiap langgap berbeza fungsi, namun keduanya memiliki fungsi sama.
Tetapi untuk anjuang rajo babandiang digunakkan oleh raja sedangkan anjuang perak digunakan oleh ibu suri. Kemudian unsur ke lima hingga ke sebelas adalah bandua tangah, bandua tapi, tango, anjuang paranginan, mahligai, tanjuang mamutuih, dan terakhir pincuran tujuh.
Sedangkan unsur penunjang Istana Pagaruyung, terdiri dari 5 tempat. Pertama adalah dapur yang terbahagi kepada 2 ruangan, untuk memasak dan peralatan memasak, kemudian ruang kedua untuk para dayang.
Tempat yang kedua adalah Surau untuk kegiatan keagamaan, ketiga rangkiang patah Sembilan yang digunakkan sebagai tempat penyimpanan padi. Kemudian yang keempat adalah tabuah larangan yang juga memiliki 2 jenis, pertama untuk mengabarkan bencana dan yang kedua adalah untuk memanggil dewan empat menteri serta tigo selo untuk mengadakan rapat, lalu tempat yang terakhir adalah taman dimana anda pasti sudah memahami fungsi taman ini

 

 Kawasan belakang Istana.

Korang kena pergi sampai belakang, boleh tengok sturuktur dapur dia pastu ada sorang kakak nie jual minyak angin - Minyak Kayu Masoi. Minyak angin dia sgt best! Sapu kat perut boleh lawan kentut.. haha




Mak aku siap request tolong urut kan sikit. Disebabkan tiada org dia pun ok. Semua sekali la kena urut. Best nya!! Kentut sendawa semua keluar..


Bukan main syok lagi orang tu!!

 Trip to Padang - Bukittinggi Indonesia: Part 3 - Nanti kita sambung ya!
 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review