Monday, April 17, 2017

Video Penuh Aksi Azizul Hasni Awang Pecahkan Record 2017

Posted by FadhDeela at 10:34 AM
Reactions: 
KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Azizulhasni Awang muncul Raja Acara Keirin selepas memenangi pingat emas di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 yang berlangsung di Hong Kong malam ini.
Pelumba yang bergelar ‘The Pocketrocket Man’ itu merupakan atlet pertama negara memenangi emas di kejohanan trek dunia sekaligus menyarung jersi pelangi yang menjadi buruan pelumba.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Rio itu menewaskan pelumba dari Colombia, Fabian Puerta Zapata dan Tomas Babek dari Republik Czech.
Mohd Azizulhasni hanya berjaya memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark selain memenangi pingat gangsa, dua kali -- di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara keirin.
Pelumba kelahiran Terengganu itu juga memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.
Kepulangan beliau semalam telah diraihkan dengan penuh kemeriahan. Sorakan peminat sukan tanah air menggamatkan suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus ketibaan jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, yang merangkul kejuaraan di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong, Khamis lepas.

Ketibaan Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman', turut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Dr Mohd Khairi Zawi dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Suasana di balai ketibaan lapangan terbang itu bertambah meriah dengan gelagat orang ramai yang hadir memakai baju tertera 'Team Malaysia' dengan melaungkan 'Malaysia Boleh' sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review