Thursday, April 20, 2017

Trip to Hatyai - Part 1

Posted by FadhDeela at 10:10 AM
Reactions: 
0 comments
Salam semua.. last 2 week aku dgn cik abg pergi trip budget ke hatyai.. mula asal nak pergi naik train jer tapi cik abg nak bwk anak buah dia so kitaorg decide bwk kete. Lagi panjang la langkah aku kalau naik kete.. haha
Mudah jer bawak kete masuk ke hatyai.. next entry aku story document yang kena prepare.
Kami pergi 3hari 2malam.. 9 - 11 April 2017

Day 1:
  • Floating Market
  • Asean Night Market
Kami gerak dari perak ke bukit kayu hitam.. gerak pepagi sebab nak sampai kat border pagi. Mls bak beratur pjg kat immigration.
Dah sampai kat border kena melepasi few checking.. wat lek wat peace jer diaorg just check random. Tak salah wat pe nak takut. Dah lepas kastam malaysia jln depan sikit ada kastam thailand pulak. Park kete pastu kena turun sorg2 utk cop pasaport. Kena beli kad putih - Arrival & Departure card (RM2) bagi jer passport kat org tu nnt dia tuliskan. Then pergi la beratur cop passport. Bfore pergi aku ada baca blog yg ckp kena selit RM2 dlm passport tapi aku tak buat pun. Mmg diaorg tak mintak tapi cik abg dgn anak buah dia kena.. so maknanya kat sini RM2 tu not nessesary la yer! Hahaha rasuah ke? 
Immigration part dah settled jom pergi cari kedai utk buat insurance. Insurance nie perlu! Utk keselamatan kita kat thailand. Aku buat aritu dlm 150baht (RM19.50). Settled semua Jom ke Hatyai!!
Kami dah sampaii.. time thailand dgn malaysia beza 1 jam awal. Aku sampai around 11.00am dlm hati sure tak boleh check in lagi sbb still awal. Tapi jenis aku mmg suka try n error. Aku stay kat Hatyai GreenView Hotel. Alhamdulillah terbaik hotel nie bagi check in awal.. staff dia pun helpful cuma communication xberapa ok.. mcm ayam dgn itik la wei nak bercommunicate hahahaha
Lepas dah rest beberapa minit kitaorg pun gerak pergi cari makan.. hasil blog juga aku jumpa kedai mkn nie! Terbaik nook!! Kedai halal sedap di Hatyai Kai Tod Decha.. - kami waze jer. Gagah jln kaki weii..Jumpa!
Ayam Goreng - Sedap gile!!
Sontam Betik
Ikan Kerapu masak ape tah.. Tak ingat! Sedap gile
Kami Kekenyangan!! Sedap.. Puas hati weiiii
Kenyang!! Mkn tak tengok org kiri kanan weii sedap sgt!! Kami nak balik hotel ambil kereta nak ke Floating Market pulak.. perut dah kenyang xmampu nak jln kaki kitaorg decide ambil tuk-tuk jer.. 20baht sorg!
Kitaorg hanya guna waze saje kat hatyai.. Alhamdulillah semua tempat hendak dituju berjaya sampai.. make sure co pilot korg jgn mcm aku!! Failed kanan kiri.. hahaha selalu kena mrh tunjuk lain sebut lain kikikikiki

Sampai dah floating market! Masyallah aku boleh gile mcm nie.. shopping!!! Baju murah-murah!! Ada saiz aku.. matilanak!!
video
video
Tapi memandangkan trip kali nie aku hanya focus pada mkn so aku xde shopping sgt pun.. beli sepasang baju hatyai n sehelai blouse kerja.
Puas berjalan.. balik hotel n rest.

Aktiviti mlm pergi ke Asean Night Market! Nie lagi jahanam weiii..

video

Day 2 will be continued.

Monday, April 17, 2017

Video Penuh Aksi Azizul Hasni Awang Pecahkan Record 2017

Posted by FadhDeela at 10:34 AM
Reactions: 
0 comments
KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Azizulhasni Awang muncul Raja Acara Keirin selepas memenangi pingat emas di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 yang berlangsung di Hong Kong malam ini.
Pelumba yang bergelar ‘The Pocketrocket Man’ itu merupakan atlet pertama negara memenangi emas di kejohanan trek dunia sekaligus menyarung jersi pelangi yang menjadi buruan pelumba.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Rio itu menewaskan pelumba dari Colombia, Fabian Puerta Zapata dan Tomas Babek dari Republik Czech.
Mohd Azizulhasni hanya berjaya memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark selain memenangi pingat gangsa, dua kali -- di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara keirin.
Pelumba kelahiran Terengganu itu juga memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.
Kepulangan beliau semalam telah diraihkan dengan penuh kemeriahan. Sorakan peminat sukan tanah air menggamatkan suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus ketibaan jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, yang merangkul kejuaraan di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong, Khamis lepas.

Ketibaan Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman', turut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Dr Mohd Khairi Zawi dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Suasana di balai ketibaan lapangan terbang itu bertambah meriah dengan gelagat orang ramai yang hadir memakai baju tertera 'Team Malaysia' dengan melaungkan 'Malaysia Boleh' sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Kenapa Tidak Boleh Simpan Telur Di Dalam Peti Sejuk

Posted by FadhDeela at 10:18 AM
Reactions: 
0 comments
Salam Semua.. Selamat Pagi
Pepagi pekena telur setengah masak syok jugak kan! Pagi nie kita cerita pasal "Kenapa telur tidak boleh simpan di dalam peti sejuk terlalu lama"

Setiap rumah di dunia ini pasti akan ada menyimpan telur ayam untuk dimakan, dimasak dan sebagainya. Kerana telur amat mudah dimakan serta senang untuk disediakan. Kebiasaannya semua telur akan disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan ketahanan telur.

Tahukah anda bahawa menyimpan telur di dalam peti sejuk mempunyai risiko yang amat memberhaya kepada kita?
Menurut satu kajian yang telah dilakukan daripada Journal of Food Protection mengatakan, penyimpanan telur di dalam peti sejuk berisiko tinggi dengan terdedahnya satu jenis bakteria yang dikenali sebagai 'salmonella'.
Berdasarkan kajian berkenaan kekurangan nutrisi di dalam telur juga akan berlaku apabila telur telah disimpan di dalam peti sejuk. Kekurangan nutrisi akan mengakibatkan kehilangan kandungan enzim, protein dan mineral di dalam telur.
Sekiranya kesemua nutrisi yang berada di dalam telur hilang, telur tersebut tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada badan manusia malah ianya akan menyebabkan berlakunya berbagai penyakit.

Mulai sekarang kita perlu berhati-hati jika ingin menyimpan telur di rumah. Pastikan penyimpanan telur ayam di rumah berada di tempat yang sesuai iaitu di tempat suhu yang normal tidak terlalu sejuk dan tidak juga terlalu panas.

Monday, April 3, 2017

24 April hari kelepasan am tambahan - Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15

Posted by FadhDeela at 11:10 AM
Reactions: 
0 comments
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara, bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Bagaimanapun, katanya bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri yang berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing. "Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Selasa, 13 Disember 2016 menggantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan baginda pada 12 Disember 2016. 

"Sehubungan itu, kerajaan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-15 akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan baginda. "Istiadat Pertabalan akan diadakan pada pagi hari Isnin, 24 April bertempat di Balairung Seri, Istana Negara manakala, pada sebelah malam diadakan Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan, Istana Negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata, selain itu dua acara lain akan turut diadakan pada 20 April ini iaitu majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat bertempat di Masjid Putra, Putrajaya disusuli Pameran Raja Kita pada hari Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama).
 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review