Friday, March 31, 2017

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Nikah Malam Ini

Posted by FadhDeela at 4:28 PM
Reactions: 

PETALING JAYA: Aktor Sharnaaz Ahmad bakal disatukan sebagai suami-isteri dengan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor, 33 pada malam ini.
Pasangan itu akan dinikahkan pada majlis yang akan diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara, di sini kira-kira pukul 7.40 malam Jumaat.

"Tarikh itu dipilih mengikut nasihat keluarga yang mahu perkahwinan kami dipercepatkan dan tarikh 31 Mac itu tiada apa-apa yang istimewa.
"Keluarga mahu majlis dilakukan pada Mac kerana tidak mahu terkejar-kejar dengan bulan Ramadan dan Hari Raya Puasa," ujarnya kepada mStar Online.

Majlis resepsi akan diadakan pada 2 April di Kuala Lumpur dan di sebelah keluarga lelaki pula akan diadakan pada 16 April di G Hotel, Gurney Plaza, Pulau Pinang.
Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia tidak mengadakan sebarang majlis pertunangan sebelum bernikah.
"Kami buat majlis perkahwinan secara sederhana sahaja dan kami juga tidak bertunang kerana tidak mahu melalui dugaan bertunang.
"Perkara itu juga antara nasihat keluarga yang mahu kami terus sahaja bernikah," ujarnya.
Terdahulu majlis merisik diadakan di kediaman wanita tersebut di sini pada 18 Disember 2016.


0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review