Sunday, March 12, 2017

Datuk Lee Chong Wei Berjaya mara ke Final All England 2017

Posted by FadhDeela at 7:30 PM
Reactions: 
Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir Seluruh England selepas mengalahkan Chou Tien Chen dari Taiwan pada aksi separuh akhir sebentar tadi.
Pilihan utama kejohanan itu mencatat kemenangan 10-21, 21-14, 21-9 dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Barclaycard, Birmingham.
Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia akan bertemu pemenang Shi Yuqi dari China.
Manakala pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melakar sejarah tersendiri apabila mara ke perlawanan akhir All England buat kali pertama.
Mereka memenangi aksi separuh akhir sebentar tadi selepas menumpaskan gandingan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-17, 21-15 di Arena Barclaycard, Birmingham.
Menanti mereka di perlawanan akhir ialah pilihan kelima dari China, Lu Kai-Huang Yaqiong yang sebelum itu menumpaskan Chris Adcock-Gabrielle Adcock (England) 19-21, 21-12, 22-20.
Semoga berjaya pasukan badminton negara.
Harap ada Live Streaming jap ag! Biasa laaa rumah tak ada Astro  
Sumber: hmetro

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review