Monday, September 29, 2014

Lirik Lagu Mewangi – Akim & The Magistrate

Posted by FadhDeela at 5:07 PM
Reactions: 
0 comments

Salam..

Petang nie aku nk share lirik lagu Mewangi!! Lagu nie sgt best...Layanzzz

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Sunday, September 28, 2014

SeliparToilet Berwajah baru!

Posted by FadhDeela at 2:19 AM
Reactions: 
0 comments
Salam..

Malam nie aku banyak masa terluang so aku spent laaa masa aku untuk mencantikkan blog aku yang tak seberapa nie. Akhirnye berhasil!! Selipar_Toilet dah berwajah baru..ape macam ok ke tarak ok??
Cer komen sikit..hahaha 
Saya sudah penat masa untuk beradu...esok kita sambung lagi! Try cute kan pulak blog nie..Ok semua Good Night!!

Saturday, September 27, 2014

Malware 'Zeus' Sasar Pengguna Maybank2U, CIMBClicks Melalui Smartphone Android

Posted by FadhDeela at 5:06 PM
Reactions: 
0 comments
Hari ini, laman Facebook CyberSecurity Malaysia, sebuah organisasi di bawah MOSTI, telah memuat status tentang sejenis malware yang kini sedang giat digunakan oleh penggodam yang mensasarkan pengguna Maybank2U dan CIMB Clicks.
Walaupun malware yang bernama 'Zeus' itu sudah lama wujud, tapi kini penciptanya mula mensasarkan pengguna perbankan online di Malaysia. Sebelum ini, malware yang sama dilaporkan berjaya mencuri lebih US$47 juta!

Di Malaysia pula kerugian sudah dilaporkan sudah mencapai RM60,000 sepanjang bulan ini dan kebanyakan mangsa adalah dari kawasan Lembah Klang, lapor Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Hamza Taib, memetik Utusan Malaysia.

3 Petanda Apapbila Kucing Datang Pada Kita

Posted by FadhDeela at 5:05 PM
Reactions: 
3 comments


Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,

Pertama
Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua
Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga
Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Friday, September 26, 2014

Selamat Pengantin Madu Full Episod Download

Posted by FadhDeela at 10:20 AM
Reactions: 
0 comments
Salam..Good Morning semua!

Pagi nie aku nk wat review pasal drama baru di TV3 untuk slot Lestary "Selamat Pengantin Madu". Kalau cakap pasal MADU semua wanita - wanita meroyan kan!! Tiada wanita yang sanggup berkongsi kasih sayang suaminya dengan wanita lain. Aku pernah layan jugak drama ini, perrggghhh mmg emosi gila bila tengok. Jomm kita tengok sinopsis drama Selamat Pengantin Madu.

Fasha Sandha membawakan watak Hana seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik.

Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja. Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi.

Namun sebermula kisah ini dikembangkan, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman sebagai Masmira. Kewujudan wataknya yang mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul. Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul.

Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya.

Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira? Saksikan “Selamat Pengantin Madu” di slot Lestary TV3.

Thursday, September 25, 2014

Filem ANNABELLE

Posted by FadhDeela at 11:23 PM
Reactions: 
0 comments
Salam..Good nIte semua..

Malam nie nak wat review pasal cite hantu la...hikhikhikhik cite mcm berani sgt tp tgk trailer dia mcm best jer!! jommm tgk ANNABELLE!!!

Cerita Annabelle dilakonkan oleh Annabelle Wallis dan Sarah Wayne Callies Alfre Woodard, Michelle Romano dan ramai lagi. Filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia mulai 2 October 2014.

Sinopsis Filem ANNABELLE:

She terrified you in “The Conjuring,” but this is where it all began for Annabelle.
Capable of unspeakable evil, the actual doll exists locked up in an occult museum in Connecticut—visited only by a priest who blesses her twice a month.
New Line Cinema’s supernatural thriller “Annabelle” begins before the evil was unleashed.
John Form has found the perfect gift for his expectant wife, Mia—a beautiful, rare vintage doll in a pure white wedding dress. But Mia’s delight with Annabelle doesn’t last long.
On one horrific night, their home is invaded by members of a satanic cult, who violently attack the couple. Spilled blood and terror are not all they leave behind. The cultists have conjured an entity so malevolent that nothing they did will compare to the sinister conduit to the damned that is now… Annabelle.
Annabelle Wallis (“X-Men: First Class”) and Ward Horton (“The Wolf of Wall Street”) star as the Forms. Oscar nominee Alfre Woodard (“Cross Creek,” “Twelve Years a Slave”) stars as Evelyn, a neighbor who owns a bookstore and is familiar with the occult. Rounding out the cast are Kerry O’Malley (TV’s “Those Who Kill”) and Brian Howe (“Devil’s Knot”) as neighbors Sharon and Pete Higgins; Tony Amendola (TV’s “Once Upon A Time”) as Father Perez; and Eric Ladin (TV’s “Boardwalk Empire,”) as Detective Clarkin.
“Annabelle” reunites the filmmakers behind 2013’s hugely successful supernatural thriller “The Conjuring.” James Wan, director of the global hit, is producing “Annabelle” with Peter Safran. John R. Leonetti, who served as cinematographer on “The Conjuring,” is directing.
Gary Dauberman wrote the script. Richard Brener, Walter Hamada, Dave Neustadter and Hans Ritter are the executive producers. Also joining Leonetti behind the scenes are director of photography James Kniest, production designer Bob Ziembicki, editor Tom Elkins, and costume designer Janet Ingram. Joseph Bishara composed the score.
New Line Cinema presents an Atomic Monster/Safran Company Production, “Annabelle.” Scheduled for release beginning October 2, 2014, the film will be distributed by Warner Bros. Pictures, a Warner Bros. Entertainment company.


Axia Perodua New Model - Ada masalah Untuk Beli Kereta..blacklist??

Posted by FadhDeela at 11:25 AM
Reactions: 
0 comments
Salam.. Morning semua!!

Ada x kat sini yang nak beli kereta tapi ada problem untuk buat pinjaman???? Blacklist?? hahaha aku dah mcm sales girl lak.. Actually saje nk tolong buah hati..buah kaki..segala jenis buah laa tp buah tuuuut jgn sebut xbaik!! hahaha *sewel*

Ok kalau sape2 nk beli kereta ada problem bole call no kat dlm pic tu! Skrg nie perodua kan ada kuarkan model br..ape lg booking la skrg..cantik!! 




KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA...

Posted by FadhDeela at 1:06 AM
Reactions: 
2 comments
Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.
  • Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.
  • Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.
  • Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.
  • Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.
  • Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga                mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.
Oleh itu para suami.....
  1. peluklah isteri
  2. belai lembut rambutnya
  3. sentuh wajahnya
  4. gosok lembut lengannya
  5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
  6. gosok lembut punggungnya
  7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.
Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.
Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

iPhone 6 Launching

Posted by FadhDeela at 12:58 AM
Reactions: 
0 comments
Sekarang nie semua org tengah demam iPhone6 sampai ada yg sanggup berabis beribu2 sbb nk beli iPhone6. Meh tgk video sorang mamat nie br jer beli iPhone6 pastu hp dia jatuh kedebuk kat lantai.. Ohh No!!! hahahaha kesiann...kesiaaan

Baby Shower Picnic

Posted by FadhDeela at 12:49 AM
Reactions: 
0 comments
Baby Shower... Minggu lepas aku dgn bdk office aku planning buat Baby Shower surprise utk member baik aku kat opis. 1st time weii arrange event mcm nie and result dia superb!! hahaha Congrats utk diri aku sbb dapat buat kwn aku gembira.. Aku akan sentiasa happy and bahagia bile org yg aku sayang happy. Insyallah suatu hari nnt aku akan rasa kenangan seperti ini. Aku yakin Jodoh petemuan di tangan ALLAH. opppss ter'touching' lak..haha











Boy At The Coffin

Posted by FadhDeela at 12:00 AM
Reactions: 
0 comments

Salam,

Masih ingt lagi masa Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 aritu ada sorang budak lelaki duduk menangis tepi keranda ibu nya. Adik Muhriz telah kehilangan ibunya, Mastura anak kapal MAS dalam tragedi MH17.

Sedih gile tgk keadaan adik Muhriz menangis tepi keranda ibunya kerana rindu kat ibunya. Paknil cuba utk berkongsi hiba dan kasih sayang dengan menjejaki adik Muhriz.

   

Thursday, September 18, 2014

Oohh Fahrin Ahmad..

Posted by FadhDeela at 7:56 PM
Reactions: 
0 comments
Salam semua..
Saje jer xde bnda nk story pun just nk share pic aku dgn fahrin pagi td..hahahaha
Pagi td time aku bsuka ria kat gum td tetibe ada laa sorg mamat ni duk menendang2 arah aku..dlm hati aku "apehal laa mamat nie duk terkangkang2!" Hahaha skali dia toleh omg abg luqman aka fahrin ahmad..
Kalo anuar zain aku pengsan kat situ..biasa la peminat setia abg nuar weii..tp ari nie fahrin dulu..br lps workout seksi weii...gile xseksi?? Hott ko!! Aku rasa mcm nk terkam jer..tanpa buang masa aku ajk laa dia selfie..Rasa bsalah la jugak sbb kaco dia nk workout tp dia sgt la sporting..
Lepas nie aku mintak2 jumpe Anuar Zain laaaak!!! Hahaha

Monday, September 8, 2014

Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna Full Download

Posted by FadhDeela at 5:35 PM
Reactions: 
0 comments
JUDUL : MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA


EPISOD : 32 episod
TARIKH : 2 September 2014 (Isnin-Khamis)
SIARAN : Slot Akasia 2014
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Sara Ali, Ika Nabella, Hefny Sahad, Amy Mastura, Zamarul Hisyam, Tasha Shilla, Reza Hasbi, Azri AF9, Shella Faeiz, Marr Mohamad dan Sabreena Ibrahim.
WATAK PELAKON: Fahrin Ahmad sebagai Luqman
                                    Sara Ali sebagai Melina

SINOPSIS DRAMA MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA:

Maaf Jika Aku Tak Sempurna mengisahkan Melina, anak gadis Datuk Zakri yang hanyut dalam keseronokan hidup sebagai anak muda ibukota. Pergaulan bebas dan sikap yang suka berlibur di kelab-kelab malam membuatkan Datuk Zakri dan Datin Maziah berasa risau. Pembelajaran dan kuliah-kuliah juga sering diabaikan gadis berusia 23 tahun itu.

Melina berubah menjadi anak gadis yang angkuh, sombong, lepas laku dan sering melawan apabila dinasihati. Atas sebab itu, Datuk Zakri terpaksa meminta pertolongan anak lelaki sahabat baiknya iaitu Luqman Haqeem untuk menjaga Melina. Luqman Haqeem adalah anak tunggal kepada Rashid dan Aliah yang tinggal di Cameron Highlands. Sekembalinya dari UK selepas menamatkan pembelajaran, Luqman bekerja sementara di kebun sayur milik keluarganya di tanah tinggi tersebut. Atas rasa serba salah kerana jasa yang pernah diberikan oleh Datuk Zakri, Luqman akhirnya akur menerima tugas barunya sebagai penjaga Melina.

Dia diarahkan menjadi pemandu dan juga pengawal peribadi bagi mengekang kebebasan terlampau yang selama ini dimiliki gadis itu. Pertelingkahan tercetus dan pergaduhan sering mewarnai pertemuan mereka berdua. Bagi Melina, Luqman memang lelaki penyibuk yang diupah oleh ayahnya untuk mengongkongnya. Dia ke kelab malam, Luqman akan datang mengheretnya pulang. Dia berpeleseran dengan kawan-kawan, Luqman akan muncul menariknya pergi.

Dia benar-benar bencikan Luqman! Biarpun lelaki kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis di kolejnya, semua itu belum mampu mengubah perasaan Melina. Baginya Luqman hanyalah seorang lelaki kampung yang tidak berpelajaran, berfikiran tertutup dan ketinggalan zaman. Biarlah setampan mana pun lelaki itu, Luqman tetap menjadi manusia paling dibencinya. Lebih-lebih lagi dengan sikap Luqman yang sering lantang mempersoalkan gaya hidupnya yang bebas. Dia sering cuba membebaskan diri dari kawalan Luqman namun seringkali gagal kerana lelaki itu lebih pantas menghidu niatnya. Semuanya berubah apabila bapa Melina meninggal dunia dalam kemalangan.

Dan kerana terpaksa, Melina dikahwinkan dengan Luqman. Apakah kesinambungan kisah mereka apabila Luqman dipaksa berkahwin dengan Melina?

Saturday, September 6, 2014

Eun B dari Ladies Code Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Posted by FadhDeela at 7:37 PM
Reactions: 
0 comments
Berita sedih buat dunia hiburan Korea Selatan apabila salah seorg penyanyi kumpulan Ladies Code, Eun B disahkan meninggal dunia selepas terbabit dlm sbuah kemalangan semalam. Eun B meninggal dunia di tempat kejadian setelah can yang dinaikinya merempuh dinding penghadang jalan di Suwon. Sementara itu 2 lagi anggota kumpulan Ladies Code iaitu Rise dan So Jun dimasukkan ke hospital kerana kemalangan tersebut.

eun b ladies code dies of accident

Ladies Code dianggotai oleh Ashley, Rise, So Jung, Zuny dan Eun B. Kumpulan ini popular dengan lagu Bad Girl. Kemalangan berlaku ketika kumpulan Ladies Code dalam perjalanan menuju ke Seoul selepas selesai membuat persembahan di Daegu. Eun B meninggal dunia pada usia 22 thn. Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30pagi waktu Malaysia.

eun b ladies code dies of accident

Joan Rivers Meninggal Dunia

Posted by FadhDeela at 7:10 PM
Reactions: 
0 comments
Salam semua!!
Ptg nie jomm kita layan gosip artis..hujung2 minggu nie kita tgk ape cite best dlm dunia hiburan.. Check it out!!

Pengacara program Fashion Police, Joan Rivers, 81 thn disahkan meninggal dunia pada hari Khamis selepas dimasukkan ke sebuah hospital di New York. Joan Rivers telah dimasukkan ke Hospital Mount Sinai sejak 28 Ogos lalu apabila dia berhenti bernafas selepas menjalani satu pembedahan yang melibatkan peti suara dia sebuah klinik di New York.

joan rivers meninggal dunia

Joan Rivers menhembuskan nafas terakhirnye kira-kira jam 1.17 petang. Pengacara ini pernah menimbulkan kemarahan umat islam apabila mengeluarkan kenyataan lancang mengenai penduduk Palestin dan secara terang-terangan menyokong perbuatan puak Zionis menyerang Gaza. Dia juga turut menyifatkan pejuang Hamas sebagai penganas. *Israel punye pompan!*

Perdana Menteri Israel telah menyampaikan salam takziah atas pemergian Joan Rivers. Saat-saat terakhir pengacara ini ditemani oleh kaum keluarga dan sahabat handai. Takziah diucapkan atas pemergian ini.


 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review