Monday, October 6, 2014

Majlis Amal 'Sempurnakan Aku' bersama Anuar Zain

Posted by FadhDeela at 1:24 AM
Reactions: 
Salam semua..Selamat Hari Raya Aidiladha!

Macam mana sambut raya siang tadi? jangan mkn daging banyak2 yerr nanti darah naik susah pulak..mcm nasihat untuk diri sendiri jerr hahahaha
Aku nk story malam nie pasal Majlis Amal Sempurnakan Aku bersama Anuar Zain. Hari tu aku ada terbaca kat FB abg nuar pasal majlis amal nie. Majlis ini akan diadakan pada 5 Disember 2014. Tiket boleh didapati di www.ticketcharge.com.my mulai 6 October 2014 *weiii esk dah bole beli tiket* Aku teringin nak pergi tapi sure tiket dia mahal kan!! huwaaaaa..esk kita tgk laa bape harga tiket yang mampu nk beli.

Kuala Lumpur 30 Sept - Penyanyi lelaki tersohor tanah air, Anuar Zain yang bakal mengadakan persembahan amal pada 5 Disember ini, hari ini mengajak orang ramai hadir bagi membantu mengutip dana bagi mengisi tabung untuk pesakit jantung kanak - kanak.

Beliau berkata, persembahannya pada makan malam anjuran Pusat Jantung Kanak - kanak Kongenital (PCHC), Institut Jantung Negara (IJN) itu diadakan secara jualan tiket individu dan meja. Kata Anuar, golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menghidap penyakit kongenital ini perlu dibantu memandangkan pesakit berkenaan menghadapi masalah jantung sejak bayi lagi. 

"Kita semua dilahirkan dengan fitrah untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Jika kita tidak boleh membantu dari segi kewangan, kita boleh bantu dari segi tenaga dan saya percaya ramai di luar sana yang berkemampuan untuk menghulur derma bagi membantu tabung Kumpulan Sokongan (Support Group) PCHC yang diwujudkan khusus untuk pesakit dan keluarga kongenital," katanya.

Beliau berkata pada sidang akhbar selepas mengumumkan persembahan Makan Malam bertemakan Sempurnakan Aku Bersama Anuar Zain di sini hari ini. Sebagai selebriti tanah air, Anuar berkata beliau juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk dilaksanakan dan beliau melakukannya menerusi persembahan amal pada 5 Disember ini nanti. Katanya, dalam persembahan selama kira-kira satu jam nanti, hadirin akan dihiburkan dengan 12 hingga 15 lagu hit beliau. Selain persembahan nyanyian, Anuar berkata, para peminat yang hadir mungkin berpeluang untuk memiliki barangan peribadi penyanyi itu sekiranya beliau bersetuju untuk membuat lelongan barangan peribadinya pada malam persembahan.

1 comments:

fairus said...

Bagus Anuar Zain ni.. seorang penyanyi yang ada personaliti tersendiri..

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review