Friday, September 26, 2014

Selamat Pengantin Madu Full Episod Download

Posted by FadhDeela at 10:20 AM
Reactions: 
Salam..Good Morning semua!

Pagi nie aku nk wat review pasal drama baru di TV3 untuk slot Lestary "Selamat Pengantin Madu". Kalau cakap pasal MADU semua wanita - wanita meroyan kan!! Tiada wanita yang sanggup berkongsi kasih sayang suaminya dengan wanita lain. Aku pernah layan jugak drama ini, perrggghhh mmg emosi gila bila tengok. Jomm kita tengok sinopsis drama Selamat Pengantin Madu.

Fasha Sandha membawakan watak Hana seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik.

Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja. Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi.

Namun sebermula kisah ini dikembangkan, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman sebagai Masmira. Kewujudan wataknya yang mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul. Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul.

Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya.

Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira? Saksikan “Selamat Pengantin Madu” di slot Lestary TV3.

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review