Tuesday, November 4, 2014

Sepetang di Pantai Morib bersama Mr. Wolverine!!

Posted by FadhDeela at 1:12 PM
Reactions: 
3 comments
Ini cerita weekend hari tu..Sebelum nie tak pernah aku post pic Abg Wolverine aku kan?? hahaha Kali ini aku kasi tengok susuk tubuh nya dulu.. Tak yah poyo sgt Deela!! hahaha
Kami pergi ke Pantai Morib semata-mata nk cari ABC hahaha thank you Mr Wolverine sebab melayan kerenah saya..

Sebenarnya ini laa kali pertama aku pergi ke pantai morib, kesiankan!! Pantai dia besar tp kotor..tp suasana dia best la sebab kawasan kampung..Aku pergi sana just nk mkn ABC jerr pastu balik..hahaha 
Next time boleh laa lajak ke Gold Coast Morib!! 

Gambar Anak Che Ta & Zain Saidin Comel Sangat!!

Posted by FadhDeela at 9:10 AM
Reactions: 
1 comments
Salam... Selamat Pagi semua!!

Rozita Che Wan ataupun Che Ta telah selamat melahirkan seorang baby perempuan. Memang jadi hot story la baby Che Ta and Zain Saidin nie sebab baby dia comel sangat!!! Geram jer tengak gambar dia. Baru - baru nie beautifulnara ada post pic anak Che Ta and aku terbaca komen-komen pembaca, ramai yang puji baby sangat comel ada jugak yang bandingkan anak Che Ta dengan anak Awal & Scha. Yang lagi lawak ramai aweks kat luar sana nk cari calon suami mix or mat saleh. hahahaha

Lawak laa korang nie!! semua nie kan kerja Allah..kesian baby Lara xpasal-pasal dia terbabit skali. Bagi aku laa semua baby adalah comel. Kononnya peminat yang marah tu sebab Awal selalu upload pic Lara dan Lara ada account Instagram.. Alahaaai tu normal laa kengkawan!! baby 1st mmg la parent akan excited. Lgpun dia artis so biar laa dia nak share pic anak dia dengan peminat. Pendapat aku laa kalo xsuka jgn  marah!
Pasal nk cari calon suami mix or mat saleh...hahahaha nie lawak!!! xyah kott sbb Tomok dengan wife dia pun bkn mix tp still dapat baby comey! Cer tgk pic Arrian kat post aku sblm nie..Comel sesangat!!!
Ape-ape pun tahniah Che Ta & Zain Saidin!! 

Monday, November 3, 2014

Premium Dessert: Chocolate Tartufo dari KFC!!

Posted by FadhDeela at 4:03 PM
Reactions: 
3 comments
Jarang aku post pasal makanan kaaan?? Aku baru perasan pasal nie..padahal aku laa pencinta makanan.. tengok badan laa mcm tok gajah hahahahaha! *mentang-mentang Pahang menang 
Lepas nie akan aku post pasal makanan yang sedap-sedap boleh kongsi dengan kawan-kawan blog.
Tadi lunch budak-budak office aku pergi makan KFC and diaorg belikan aku dessert. Menu baru dari KFC: Premium Dessert: Chocolate Tartufo! 
Walaweeeiii sodapnye!!!! dia mcm kek lava gitu tp dia bkn kek dia mcm ais krim..ah xtau la nk terangkan macam mana tapi serius sedap..kalau makan time dia sejuk lagi sedap woooooor!! 
Sesiapa pencinta coklat memang sesuai sangat la makan..nyyuuuuuuuummmyy!
Sekarang dia tengah promosi 1 bekas tu hanya RM5. Pergi la dapatkan di KFC terdekat anda! hahahaha

THE AVENGERS 2: Age Of Ultron Trailer 2015 Official Marvel

Posted by FadhDeela at 3:21 PM
Reactions: 
2 comments
Salam...

The Avengers 2: Age of Ultron akan keluar di panggung wayang May 2015.. Waaah xsabar nk tunggu!!
Jom usha sinopsis and trailer dia!!
Sinopsis Film Avengers: Age Of Ultron (2015)
Sinopsis Film Avengers: Age Of Ultron (2015)


The Avengers: Age Of Ultron (2015)

Sinopsis Film Avengers: Age Of Ultron (2015)

Marvel Studios menyajikan Film Avengers: Age of Ultron iaitu cerita epic follow-up terbesar tentang film Super Hero sepanjang masa. Ketika Tony Stark mencoba untuk jumpstart pada program aktif tantang perdamaian banyak hal-hal yang serba salah dan juga oleh Earth’s Mightiest Heroes, termasuk Iron Man, Captain America, Thor, The Incredible Hulk, Black Widow dan Hawkeye, yang pada akhirnya diuji nasibnya dalam keseimbangan planet. Seorang villainous Ultron kemudian muncul, dan itu terserah kepada Avengers untuk menghentikannya dari rencana mengerikan yang akan berlaku, aliansi mereka menjadi gelisah dan tindakan tak terduga membuka jalan untuk sebuah petualangan (adventure) epic global dan unik.

Sinopsis Film Avengers: Age Of Ultron (2015)
Wanda Maximoff (Elizabeth Olsen) - Avengers: Age Of Ultron

Marvel Avengers: Age of Ultron dibintangi oleh Robert Downey Jr. yang kembali sebagai Iron Man, bersama dengan Chris Evans sebagai Captain AmericaChris Hemsworth sebagai Thor dan Mark Ruffalo sebagai Hulk. Bersama dengan Scarlett Johansson sebagai Black Widow dan Hawkeye oleh Jeremy Renner dan dengan dukungan tambahan dari Samuel L. Jacksonsebagai Nick Fury dan Cobie Smulders sebagai Agent Maria Hill, tim mereka harus berkumpul kembali untuk mengalahkan James Spader sebagai Ultron, yang menakutkan dengan teknologi villain hell-bent pada kepunahan manusia.

Sinopsis Film Avengers: Age Of Ultron (2015)
Black Widow (Scarlett Johansson) - Avengers: Age Of Ultron 

Di sepanjang jalan ceritanya mereka menghadapi dua pendatang baru yang misterius dan kuat yaitu Wanda Maximoff diperankan oleh Elizabeth Olsen, dan Pietro Maximoff diperankan olehAaron Taylor-Johnson, yang bertemu dengan seorang teman lama dalam bentuk baru ketikaPaul Bettany menjadi Jarvis/The Vision. Ditulis dan disutradarai oleh Joss Whedon dan diproduksi oleh Kevin FeigeMarvel's Avengers: Age of Ultron adalah based dari cerita populerMarvel seri buku komik The Avengers yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1963. Credit:Marvel.

Gambar Comel Anak Tomok - Arrian

Posted by FadhDeela at 1:39 PM
Reactions: 
0 comments
Penyanyi Tomok tidak kisah sekiranya anak lelakinya Arrianshah Akid menjadi lebih popular daripadanya, malah berasa gembira tentang perkara tersebut.
Tomok berkata, dia juga menyedari tentang perkara itu kerana setiap kali memuat naik foto Arrrian di akaun Instagram, ia pasti mendapat ‘like’ yang banyak.
“Saya tak kisah bila ada yang kata Arrian lebih popular daripada saya, malah sebagai seorang ayah saya bangga.

“Seronok juga bila saya kongsikan foto Arrian di Instagram, saya lihat jumlah ‘like’nya pasti mencecah lebih 20 ribu,” katanya kepada Astro Gempak.
Tomok ketika ditemui semasa Majlis Pelancaran Album terbarunya di Hard Rock Café pada Isnin memberitahu, sungguhpun begitu dia tidak berhasrat untuk melibatkan anaknya dalam bidang seni.
“Saya dan isteri kalau boleh tidak mahu terlalu mendedahkan anak kami dalam bidang hiburan kerana mahu dia menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain.

“Ada juga tawaran yang datang untuk Arrian, tetapi kami tolak dengan baik dan mereka faham dengan keputusan kami,” katanya.
Tambah Tomok, antara tawaran yang diterima oleh Arrian adalah daripada produk yang mahu mengambilnya sebagai model iklan dan duta.
“Sebelum ini ada perbincangan mengenai perkara tersebut namun ia tergendala di tengah jalan,” ujarnya.

Selain itu, Tomok turut berkongsi perkembangan mengenai program bual bicara kendalian Oprah Winfrey yang diterimanya sebelum ini.
“Kami sudah membalas e-mel daripada mereka tetapi tidak ada maklum balas sehingga hari ini. Bagi Tomok, ia bukanlah satu kerugian malah kami berbangga kerana video tersebut telah menarik minat ‘orang luar’ untuk melihat adat yang dijalankan di negara kita,” katanya.
Dalam pada itu, Tomok juga mengakui tidak sabar menantikan kehadiran anak kedua mereka yang dijangka dilahirkan pada Februari depan.

Aku belanja sikit gambar-gambar anak tomok yg comel lagi cute nie!! geramm nye laa tengok pipi dia tu.. Sumber: Instagram Tomok!!

Friday, October 31, 2014

Video: Pengakuan Baim Wong dan Elfira Loy Berpacaran aka Bercinta!

Posted by FadhDeela at 2:16 PM
Reactions: 
0 comments
Baim Wong bercinta dengan Elfira Loy?? Serius comey gile la diaorg nie!! Aku gagah gila cari video Elfira di Jakarta bersama Baim. Semoga hubungan Baim dan Elfira hingga ke hujung nyawa..Cewaaaaaaah!!
Since tahun lepas lagi Baim sudah mengaku bercinta dengan Elfira dalam rancangan Meletop. Aaauuuuwww sweet gitu!!

Pelekat Peti Sejuk Punca Kanser! AUTA ke FAKTA??

Posted by FadhDeela at 11:09 AM
Reactions: 
2 comments

Ehsan encik Google!
AUTA

Satu kajian daripada Universiti Princeton mendakwa pihaknya menemui kesan menakutkan apabila pelekat magnet peti sejuk boleh menyebabkan penyakit kanser.
Laporan itu dikongsikan beberapa blogger  serta fanpage terkenal yang mempunyai jutaan pengikut.

Walaupun sudah lima bulan kajian itu dibuat namun sehingga semalam masih ada pemilik akaun Facebook berkongsikan perihal penemuan kajian tersebut. Sehingga kini lebih 6,000 pengikut laman  Fanpage itu berkongsi laporan mengenai bahayanya pelekat magnet peti sejuk itu.

Laporan itu mendakwa makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk itu akan dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet hasil daripada pelekat magnet yang diletakkan di pintu peti sejuk itu.
Malah, orang yang memakan makanan daripada peti sejuk itu berpeluang menghidap penyakit kanser apabila sel aktif hasil elektromagnet itu akan merebak secara senyap.

FAKTA

Menurut Pakar Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, fakta yang dikemukakan itu adalah palsu.
Beliau berkata, tidak mungkin pelekat magnet itu mampu menembusi pintu sesebuah peti ais dan mempengaruhi keadaan makanan di dalamnya.

“Pelekat hiasan yang hanya diletakkan di luar pintu peti ais, tidak mungkin boleh masuk dalam makanan.
“Apatah lagi keadaan suhunya yang sejuk menyukarkan makanan itu bertindak balas dengan faktor yang lain,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendengar penemuan seumpama itu dilakukan mana-mana universiti setakat ini.
“Saya harap orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan perkara yang tidak sahih,” katanya.

*So boleh aku wat koleksi lagi kat pintu fridge!! Yaaaaaaaaahuuuuuuuuuu

Tuesday, October 28, 2014

Inilah Wajah Sebenar Lelaki Serupa Ustaz Azhar Idrus Dalam Video Panas Yang Tersebar

Posted by FadhDeela at 9:29 AM
Reactions: 
0 comments
Wajah Sebenar Lelaki Menyamai Ustaz Azhar- Berita Harian| 

Baru-baru ini kita dikecohkan dengan penyebaran video panas Ustaz Azhar dengan seorang perempuan durasi 0.38 saat. Selepas video itu tersebar pelbagai tomahan telah dilemparkan kepada Ustaz Azhar Idrus ada juga yang tidak percayainya.
Kemudian orang ramai dengan Ustaz Azhar telah tampil menafikan sekeras-kerasnya video
tersebut adalah bukan Ustaz Azhar dan mengatakan ada pihak tertentu cuba jatuhkan Ustaz Azhar
dalam menyampaikan dakwahnya.

Ada juga mengatakan Video ini telah diedit oleh penyokong UMNO atau orang kuat UMNO dengan alasan Ustaz Azhar Pro PAS jadi mereka telah edit dan menfitnah Ustaz Azhar.Tidak dapat dipastikan siapakah yang edit video tersebut dan menyebarkan fitnah ini yang pasti dalam video ini bukan Ustaz Azhar Idrus.

Dalam gambar diatas terdapat perbezaan telinga Ustaz Azhar dengan Wajah yang diedit dalam
video tersebut.
Berikut dikatakan wajah lelaki sebenar dalam video panas yang tersebar.

Jadi kepada yang sebar fitnah ini anda terimalah balasanya nanti dosa dengan Allah boleh
bertaubat Dosa dengan manusia selagi tidak mohon ampun tanggunglah akibatnya tambahan
pula fitnah seorang ustaz yang menyampaikan ilmu agama.
Kepada rakan-rakan yang membaca dan melihat pendedahan ini mohon jasa baik anda share
info ini mudah-mudahan dengan bantuan anda jenayah fitnah kepada UAI ini dapat diketahui umum.

Sumber: beritahariann.net

Monday, October 27, 2014

6 Nama Bayi Yang Perlu Dielakkan

Posted by FadhDeela at 6:24 PM
Reactions: 
0 comments
TENTU kita pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’ bukan? Telah terbukti bahawa nama amat penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu/insan. Dalam program
Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.

Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang. Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya

Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan.
Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja. Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua.

Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut.

Friday, October 24, 2014

Square Shawl Atau Tudung Bawal Murah!

Posted by FadhDeela at 5:23 PM
Reactions: 
0 comments
Petang - petang nie sure dah takde mood nk buat kerja kan?? Aku tau sangat laaa sebab aku pun sama..hahaha!! Dasar pemalas 
Meh usha aku punye tudung bawal aka Square Shawl yang masih baru dalam pasaran. New baby la kira nya dalam dunia perniagaan nie. Alhamdulillah baru 2 bulan aku jual Tudung Bawal @ Square Shawl nie dapat sambutan. Dah 2kali laa aku restock! Alhamdulillah...Aminnnnnnnnnn!!!

Dengan 1 tudung korang boleh pakai dengan pelbagai cara dan fesyen. Boleh tengak model aku yang cun melecun tu. *Sorry model adalah ibu mengandung* ambik berkat baby dlm perut. Insyallah next week aku tambah 2 corak baru yer! And aku buat video cara-cara nak pakai tudung bawal seperti selendang.

Square Shawl @ Tudung Bawal:
Price: RM25 exclude postage
Material: Chiffon Fine; Kain Tidak Jarang; Kain Tidak Tebal; Kain Jenis Sejuk; Mudah Bentuk
Bidang 45
Order: Whatsapp/SMS: 012-6268 544 @ 012-918 4189

Sedih: Bekas Kekasih Datang Peluk Di Majlis Persandingan

Posted by FadhDeela at 5:10 PM
Reactions: 
0 comments
Cerita yang cukup sadis!! Nasib cerita yang dulu aku tak buat mcm nie..hahahaha!!! Sengal

Hari Jumat (17/10), merupakan hari yang paling membahagiakan buat artis Raffi Ahmad dan Nagita Slavina. Sebab, mereka mengikat janji suci sebagai pasangan suami isteri.

Namun dipastikan tak ada bekas kekasih Raffi yang hadir dalam pernikahan pengacara kaya tersebut. Berbeda dengan Risna (22) di Kecamatan Kajang, Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan.
Risna dengan tabah datang ke pernikahan bekas kekasihnya, Rais (25) dengan pasangannya. Ternyata dia tak kuasa melihat pemuda yang menjadi kekasihnya selama tujuh tahun itu bersanding dengan wanita lain di pelaminan.

Risna langsung memeluk dan menangis di dakapan Rais. Dia sudah tak memikirkan ada istri Rais di sebelahnya. Suasana yang awalnya gembira, berubah menjadi haru.
Para undangan dan keluarga Rais pun terkejut bahkan ada menangis melihat kejadian tersebut.
Keluarga Rais mengatakan, pihaknya sudah pernah melamar Risna karena mereka sudah berpacaran sejak 2005 lalu. Namun ditolak oleh keluarga Risna dengan berbagai alasan.

“Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” jelas keluarga Rais.
Foto Rais yang mengenakan pakaian adat bugis tengah mendekap mantannya yang menangis di depan istrinya tersebar di jejaring sosial.

Songket Exclusive Murah & Cantik

Posted by FadhDeela at 4:52 PM
Reactions: 
0 comments
Salam Jumaat semua!!

New item hot di pasaran..Corak cantik-cantik!! Ada dua jenis songket iaitu Songket Biasa and Songket Exclusive..

Harga untuk songket biasa normal price rm80 now kita bg offer rm60!!
2 meter kain satin & 2 meter kain songket.

Harga untuk songket exclusive pulak harga biasa RM100 but now kita kasi offer RM80!!
2 meter kain songket 2 meter thai silk.
Ada pelbagai warna dan cantik-cantik!! Boleh view kat Instagram @ssfashionconcept @ezzatyaryssa. Ataupun korang boleh call direct ke 012-918 4189 (SHAH) & 011-2617 8035 (Ana ieZa)

Monday, October 20, 2014

Ramalan ku Benar Belaka

Posted by FadhDeela at 4:05 PM
Reactions: 
0 comments
Hingga ke saat ini
Berbagai persoalan
Tak henti melanda
Buntu... ku memikirkannya

Kau memilih diri ku
Di atas dasar apa
Apakah kerna cinta
Atau... pelepas sepi cuma
Seumpama... dedaunan...

Yang telah gugur bertaburan
Membiarkan... ranting dimamah usang
Apakah semua itu
Akan terjadi pada ku

Andainya benar
Maka tepatlah apa yang diramalkan
Waktu bersama mu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan... bersama

Dan satu darinya... engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilangan mu
Susah payah kita... semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan

Susah payah kita... semai benih cinta
Merempuh dugaan... akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain... dihati mu... bertakhta
Hingga ke saat ini... ku masih terkenangkan
Saat-saat yang indah... nyata kesudahan aku parah

I Want To Touch A Dog - Allahuakbar!!

Posted by FadhDeela at 1:46 PM
Reactions: 
2 comments
Salam semua! 

Dah lunch belum?? Kat media sekarang kecoh dan heboh pasal program 'I want to touch a dog'. Program ini dianjurkan bagi mengelakkan kita takut kepada anjing dan tidak menganaiya anjing. Program nie bagus tp kepada kita yang islam nie kenapa mesti nak sentuh dan mengomol si anjing itu?
Macam-macam pendapat aku dengar pasal benda nie ada yang setuju ada yang xsetuju. Ada yang kata kalo dah pegang boleh samak. Yang penting niat!! 
Bagi pendapat aku laaa kalau nk pupuk sifat jangan takut pada anjing tak perlu laaa sampai kena pegang, gomol anjing tu. Bila kita dah tunjuk dengan memegang anjing depan kanak-kanak yang masih belum mgerti apa-apa, Apakah akibatnya nanti.. Wallahualam!!
Apa pulak pendapat kawan-kawan blog??



Uqasha Senrose berhijab ke tidak??

Posted by FadhDeela at 1:15 PM
Reactions: 
1 comments
Salam..
Just nak share dengan korang semua dengan ape yang aku nampak weekend aritu..aku dengan housemate aku g makan dekat empire damansara semalam..aku terjumpe uqasha senrose tetapi aku kompius sekejap betul ke dia or orang lain fseingat aku dia bertudung!!
Orang yang aku jumpe tadi tak bertudung...errrmmmmm aku salah org ke?? Ke mata aku kero tak nampak tudung dia..harap2 aku salah org sebab dia manis sgt pakai tudung..macam-macam perangai manusia sekarang!!
Jangan bhijab hanya untuk mendapatkan populariti sahaja..berhijab laa sepenuh hati!! Wallahualam..

Wednesday, October 15, 2014

Laura Kamhuber from The Voice Kid - I will Always Love You

Posted by FadhDeela at 2:47 PM
Reactions: 
0 comments

The Best of The Voice Kids..Superb!!

Posted by FadhDeela at 1:37 PM
Reactions: 
0 comments

Video Puting Beliung di Pendang Kedah

Posted by FadhDeela at 1:18 PM
Reactions: 
0 comments
ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya 15 rumah kediaman di dua lokasi masing-masing di Pendang dan Kuala Kedah dilapor rosak selepas dilanda angin puting beliung, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas apabila bumbung bangunan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.

Berdasarkan maklumat, angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda, sebelum menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di Kampung Alor Besar. Turut mengalami kerosakan, tiga rumah di Taman Seri Kota di Kuala Kedah akibat insiden sama.

Monday, October 6, 2014

Majlis Amal 'Sempurnakan Aku' bersama Anuar Zain

Posted by FadhDeela at 1:24 AM
Reactions: 
1 comments
Salam semua..Selamat Hari Raya Aidiladha!

Macam mana sambut raya siang tadi? jangan mkn daging banyak2 yerr nanti darah naik susah pulak..mcm nasihat untuk diri sendiri jerr hahahaha
Aku nk story malam nie pasal Majlis Amal Sempurnakan Aku bersama Anuar Zain. Hari tu aku ada terbaca kat FB abg nuar pasal majlis amal nie. Majlis ini akan diadakan pada 5 Disember 2014. Tiket boleh didapati di www.ticketcharge.com.my mulai 6 October 2014 *weiii esk dah bole beli tiket* Aku teringin nak pergi tapi sure tiket dia mahal kan!! huwaaaaa..esk kita tgk laa bape harga tiket yang mampu nk beli.

Kuala Lumpur 30 Sept - Penyanyi lelaki tersohor tanah air, Anuar Zain yang bakal mengadakan persembahan amal pada 5 Disember ini, hari ini mengajak orang ramai hadir bagi membantu mengutip dana bagi mengisi tabung untuk pesakit jantung kanak - kanak.

Beliau berkata, persembahannya pada makan malam anjuran Pusat Jantung Kanak - kanak Kongenital (PCHC), Institut Jantung Negara (IJN) itu diadakan secara jualan tiket individu dan meja. Kata Anuar, golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menghidap penyakit kongenital ini perlu dibantu memandangkan pesakit berkenaan menghadapi masalah jantung sejak bayi lagi. 

"Kita semua dilahirkan dengan fitrah untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Jika kita tidak boleh membantu dari segi kewangan, kita boleh bantu dari segi tenaga dan saya percaya ramai di luar sana yang berkemampuan untuk menghulur derma bagi membantu tabung Kumpulan Sokongan (Support Group) PCHC yang diwujudkan khusus untuk pesakit dan keluarga kongenital," katanya.

Beliau berkata pada sidang akhbar selepas mengumumkan persembahan Makan Malam bertemakan Sempurnakan Aku Bersama Anuar Zain di sini hari ini. Sebagai selebriti tanah air, Anuar berkata beliau juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk dilaksanakan dan beliau melakukannya menerusi persembahan amal pada 5 Disember ini nanti. Katanya, dalam persembahan selama kira-kira satu jam nanti, hadirin akan dihiburkan dengan 12 hingga 15 lagu hit beliau. Selain persembahan nyanyian, Anuar berkata, para peminat yang hadir mungkin berpeluang untuk memiliki barangan peribadi penyanyi itu sekiranya beliau bersetuju untuk membuat lelongan barangan peribadinya pada malam persembahan.

Sunday, October 5, 2014

Kemalangan maut di Jelapang

Posted by FadhDeela at 9:42 AM
Reactions: 
0 comments
IPOH 4 Okt. - "Saya minta maaf mama, saya minta maaf."
Luahan pilu sambil diiringi tangisan itu berulang kali diucapkan Yusriman Ros­lan, 22, anak kepada Noor Hayati Wook, 50, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 256, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini.
Yusriman yang memandu kereta Proton Saga BLM untuk pulang berhari raya di Kampung Chain, Lenggong berkata, sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir, wanita tersebut yang dalam keadaan nazak sempat bercakap dengannya dan dua lagi adik-beradik lain.
Kemalangan yang melibatkan enam buah kereta dan dua buah treler itu bukan sahaja menyebabkan dia dan dua lagi adik beradiknya kehilangan ibu tersayang, malah turut mengorbankan seorang adik perempuannya, Siti Yuslianis, 20.

"Mama tersepit, saya cuma mampu pegang kepalanya sahaja. Dia sempat meminta maaf dan memaafkan kami sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ketika itu, Yuslianis sudah tidak berge­rak," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Dua lagi anak mangsa, Yusrizal, 25, dan Siti Yusliana, 12, bagaimanapun hanya cedera ringan.
Menceritakan mengenai kejadian malang itu, Yusriman berkata, dia yang ketika itu memandu di lorong kanan jalan melihat sebuah treler yang dipandu laju melanggar sebuah treler lain sehingga terbalik di sisi kiri jalan.
Katanya, dia yang melihat melalui cermin pandang belakang bagaimanapun terkejut apabila treler tersebut menuju ke arah keretanya pula sebelum mengheret kenderaan tersebut.
"Kejadian berlaku sangat pantas dan saya tidak sempat buat apa-apa. Saya hanya mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan cermin kereta pula pecah. Kami hanya mampu menjerit," katanya sambil mengesat air mata.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan Noor Hayati, Siti Yuslianis dan Yusrizal yang tersepit di tempat duduk masing-masing.
Katanya, Noor Hayati dan Siti Yuslianis yang masing-masing duduk di bahagian belakang pemandu dan penumpang hadapan maut di tempat kejadian manakala Yusrizal yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan ringan.
"Sebanyak 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Meru serta Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS), Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerim panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.37 pagi.

"Kesemua mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Dua lagi anak mangsa dikeluarkan dari kereta itu dengan bantuan orang awam," katanya yang memberitahu kereta mangsa diheret sejauh 200 meter.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuz­lan Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu pemandu treler berusia 40-an itu kini ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kejadian berlaku ketika wa­nita itu yang merupakan isteri kepada anggota polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, bersama empat anaknya dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Lenggong.
"Kejadian dipercayai berlaku ketika menuruni bukit selepas Terowong Menora apabila treler yang dipandu lelaki terbabit gagal dikawal sebelum merempuh kereta yang dinaiki lima beranak itu,"

Beri hadiah menggunakan aplikasi KASI~~!

Posted by FadhDeela at 12:57 AM
Reactions: 
0 comments
Sebelum aku beradu aku nak kongsi dengan korang semua app baru. App nie best kita boleh bagi hadiah kat orang pakai HP dengan secara FREE!! aku tekan kat sini bg hadiah secara FREE..FREE!! hahaha
Aku dah try buat and berjaya pun..tunggu nak pergi redeem jer hadiah tu kat KL nnt :)

Semua jenis HP boleh install app nie..Android ke Apple ke smuanya bole! OK kalau korang nk try korang leh pergi kat Play Store and search 'KASI'. Seperti gambar kat bawah nie.

Lepas korang install korang open app tu then boleh pilih hadiah ape yang korang nk bg kat BF, Kakak, Abang BFF ke sesiapa jer laaa. Macam aku, aku dah choose Mochi Sweet! *sbb aku suka mkn mochi hihi* Untuk Mochi aku dia dpt 10% with purchase of 6 pcs! yeaaaaaaaaaaaaayy.. Pastu korang click button Claim.
Sesuadah itu korang boleh laa claim kat kedai yg korang dah pilih. Balik Raya Haji nnt aku nk g claim aku punye Mochi kat OU! yeaaay sedapnye mochi :) Selamat Mencuba kawan-kawan!!!

Saturday, October 4, 2014

Sambal Ketuk & Acar Buah Sedap & Murah~!

Posted by FadhDeela at 11:30 PM
Reactions: 
2 comments
Salam..

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan2 blog! Hari ini aku nk promosi sikit Sambal Ketuk dan Acar Buah. Semua homemade dijamin halal dan bersih..InsyALLAH! So far skrg mendapat sambutan. Baru 3minggu di pasaran alhamdulillah sudah dekat 200 botol terjual. Business kecil-kecilan nie aku buat dengan spupu dan akak aku.

Kalau ada sesiapa nk try boleh la cuba. 1 botol RM12. Kalau beli byk kitaorg boleh buat COD area Damansara, USJ, Putra Height, Subang Jaya, Sg Buloh, Shah Alam and Rawang.
Kalau nak pos pun kami bole pos tp bukan dlm botol la yer..kami akan buat packing seperti picture kat bawah. Pos pulak RM12 + RM6 utk pos. 
Sambal ketuk and acar buah nie sedap mkn dgn nasi panas2! kalo nk rata makan mcm tu jer pun sedap gak..aku wat kudap2 kat office..

Packing untuk post.

 

Seks Suami Isteri malam Aidilfitri

Posted by FadhDeela at 11:15 PM
Reactions: 
0 comments
Kepada Rakan Blogger yang belum berkahwin jadikan entri ini sebagai sumber ilmu persiapan dan mungkin entri “Selamatkah seks ketika hamil” juga boleh jadi sumber ilmu.
Majoriti pendapat dari rujukan beberapa ustaz menyatakan tiada khilaf dalam soal seks suami isteri malam Aidilfitri :

1. Ustaz Fadli (Penasihat Syariah eQurban.com) : Pada dasar hukum, tiada dalil & hujjah yg sahih lagi kukuh dari sumber agama (alquran, hadis, ijma’ n qias) yg mengatakan haram@larangan seorg suami bersama dgn isterinya pd mlm raya krn para jaguh fiqh yang muktabar (imam malik, imam hanafi, imam syafie n imam ahmad) juga berittifaq (setuju ) bahawa dibolehkan seorg suami bersama isterinya pd semua keadaan yg dibenarkan, dan tiada larang secara mutlak dalam kalangan tokoh ahli hadis, fuqaha’ n lain2 sekiranya si suami bersama dgn istrinya pd mlm raya.

2. Ustaz Effendi (Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur) : hukum jimak suami isteri adalah pada bila2 masa kecuali pada waktu iktikaf, haji, umrah, haid, nifas dan siang ramadhan sahaja. tidak ada khilaf ulama dalam bab ni. hanya ada kata2 dari sebahagian orang awan yg menyangka kalau jimak pada malam raya maka syaitan akan melekat sekali sebab mereka baru dilepaskan selepas diikat sepanjang ramadhan. itu hanya dakwaan tanpa hujah. nabi saw dah ajar doa jimak supaya dijauhi syaitan ketika berjimak. harap maklum.

3. Ustaz Azwan Muhamad : Tidaklah sampai jatuh haram utk jimak pada malam Aidilfitri. Hukumnya seperti yang telah disepakti oleh ulama adalah makruh. Antara waktu-waktu yang makruh selain 2 malam hari raya ialah pada pertengahan (tanggal 15) bulan Islam (waktu bulan mengambang). Makruh jima’ di bawah matahari atau bulan mengambang. Makruh jima’ selepas solat zohor hingga ke petang.
Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta. Makruh jima’ jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang. Juga makruh. Juga makruh pada malam Rabu dan antara waktu azan dan iqomah.

4. Hj Muhamad Khanafi (CEO eQurban.com) : memang tak pernah dengar hukum camtu..dr sudut dalil al quran dan hadis..hanya ade 3 situasi saja iaitu pada waktu siang ramadhan,waktu haid dan nifas,dan waktu berihram haji dan umrah.Ketiga2 situasi itu secara jelas ade hukumnya.sy berpandangan kemungkinan sandaran hukum haram jimak suami isteri mlm adidilfitri ini berdasarkan hadis dhaif.sebenarnya hadis dhaif hanya boleh digunakan dlm soal2 fadhail amal sahaja dan bukannya soal hukum.

*Hahaha so ape lg??? alamaaak terlebih pulak cite pasal seks mlm nie..hihih Selamat Beradu Kasih kepada yang dah kahwin saje ya! :)

Selamatkah Seks Ketika Hamil?

Posted by FadhDeela at 8:16 PM
Reactions: 
0 comments
Selamatkah Seks Ketika Hamil?

Kebanyakkan wanita mengandung ataupun suami, takut untuk melakukan hubungan seks berikutan bimbang akan berlakunya kontraksi yang tidak diingini, kontraksi ni maksudnya perut isteri akan mengeras dan berasa agak sakit sedikit seperti tanda ingin bersalin.

Apabila kehamilan itu hanya boleh dihasilkan melalui hubungan seksual, mustahil selepas berjaya hamil pasangan suami isteri tidak boleh melakukan persetubuhan, kecuali dalam keadaan tertentu apabila ia disahkan doktor boleh memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan.
Suka saya berkongsi Artikel dari Berita harian tidak lama dulu.
Hubungan intim tak jejas kehamilan

Tiada sebab hubungan intim itu boleh menjejaskan kehamilan, kata Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby. Jika wanita mengandung rasa tidak selesa untuk bersetubuh kerana keadaan pening dan loya, itu tidak mengapa.

“Tiada apa yang akan berlaku kepada janin jika hubungan dilakukan kerana tiada kemungkinan anggota kelamin suami terkena kandungan dan tidak mengganggu kandungan dalam perut,” katanya.
Jelasnya, anggota kelamin dan rahim wanita adalah dua organ yang berbeza kedudukannya walaupun terdapat komunikasi antara organ berkenaan. Pangkal rahim tebal dan pembukaannya ditutup rapat oleh lendir yang tebal serta tiada kemungkinan untuk bahagian itu terbuka.

Beliau berkata, hubungan kelamin tidak menjadi masalah kecuali jika doktor melarangnya. Larangan itu disebabkan oleh pelbagai faktor yang berlaku berikutan keadaan kesihatan.

Antaranya:

apabila keadaan kesihatan wanita itu tidak mengizinkan seperti pendarahan selepas persetubuhan, yang mungkin petanda awal kemungkinan akan berlaku keguguran janin.
jika suami menghidap penyakit yang boleh menjangkiti wanita itu, kecuali penyakit itu sudah sembuh,
keadaan uri lekat atas atau berdekatan serviks yang boleh mengakibatkan pendarahan jika uri renggang,

keadaan pangkal rahim yang renggang (cervical incompetence), yang boleh menyebabkan ia terbuka atau apa apa saja yang boleh memudaratkan kesihatan wanita atau anak dalam kandunganTambah Dr Ismail, pada peringkat awal kehamilan, mana mana posisi hubungan intim juga sesuai. Kekerapan hubungan kelamin semakin berkurangan apabila si isteri mula rasa kurang minat melakukannya.

“Apabila tahap kehamilan meningkat dan perut pun besar, posisi biasa tidak lagi sesuai. Posisi tertentu seperti posisi mengiring, posisi isteri di atas atau posisi yang sesuai dan selesa untuk kedua-dua dua pasangan boleh dilakukan,” katanya.
Sebagai nasihat, Dr Ismail berkata, suami perlu tahu sedikit sebanyak mengenai perkara yang tidak diingini, yang boleh berlaku ketika persetubuhan dilakukan ketika isteri sedang hamil.

“Apa pun posisi seks, suami harus pastikan isteri selesa. Jangan meletakkan tekanan atau berat badan pada perut isteri, jangan berlebihan, terlalu kasar atau lupa diri selama hubungan intim berlangsung.
“Jika si isteri mengalami masalah pendarahan selepas persetubuhan atau pada bila bila masa, suami perlu akur nasihat doktor,” katanya.

INFO: Panduan posisi seks terbaik untuk wanita hamil

1. Posisi wanita di atas:
Posisi seks yang banyak digunakan dan yang paling selesa untuk wanita hamil.
Posisi ini memungkinkan isteri lebih selesa untuk melakukan hubungan intim.

2. Posisi wanita menonggeng
Hubungan dengan posisi ini tidak memberi tekanan pada perut isteri yang semakin membesar. Oleh itu, isteri akan berasa lebih selesa.

3. Posisi duduk.
Sesuai dilakukan pada peringkat pertengahan hingga akhir kehamilan.
Posisi ini dilakukan dengan cara suami duduk dan isteri duduk di atas pangkuan suami dan kedua-duanya saing berhadapan atau isteri membelakangkan suami apabila perut semakin membesar.

4. Posisi berlutut atau berdiri.

5. Posisi suami berbaring di atas, tetapi hanya separuh badan.

Thursday, October 2, 2014

Siapakah Chomel

Posted by FadhDeela at 2:41 PM
Reactions: 
0 comments
Dah dgr tak lagu yang aku post tadi? Lagu Andai Hatiku Bersuara.. Best x?? Meh aku share siapa itu Chomel!! Chomel merupakan artis youtube yang berasal dari Singapore.
Nama Sebenar Chomel ialah Noor Zafirah binti Abdullah, aku ingtkan lelaki skali tgk pic dia..perempuan rupanya hehehe berusia 21 tahun.Bakat Chomel ini bukan sahaja dalam bidang nyanyian,tapi juga dalam mencipta lagu dan bermain gitar.Chomel mula main gitar seawal umur 14 tahun lagi dan mula mencipta lagu pula ketika berumur 15 tahun. Single Chomel yang pertama ialah lagu Teman. Bagi aku suara dia ada unik nye sendiri. Sedap didengar..

Diantara lagu - lagu chomel adalah:-
Istana Kenangan
Dia
Teman
Sandaran Di hati
Ubahlah Sikapmu
Biarkan
Lamunan Cinta
Dan banyak lagi......

Andai Hatiku Bersuara - Chomel

Posted by FadhDeela at 12:16 PM
Reactions: 
2 comments
Salam..

Pernah dengar tak lagu Andai Hatiku Bersuara? semalam duk layan lagu dengan cik abg..hammboii bkn main jiwang lagi kaaan.. Dengar MP3 amboii suara dia sedapnya!! Sekali bila cik abg bukak video clip dia..Maaakk aii tomboy rupanye! Jgn pandang pada rupa pandang pada bakat.. Serious suara dia mmg sedap.. Jooom layannnn!!


Andai Hatiku Bersuara - Chomel ~ Lirik~ 

Oh tuhan berikanlah aku 
Kekuatan menempuhi dugaanmu 
Aku percaya ada hikmatnya 
Disetiap dugaan yang ku terima 

Andainya hatiku bersuara 
Pastinya ia akan berkata 
Cukuplah sayang aku tidak berdaya 
Mengharungi segala sengsara 

Berapa kali harus aku terluka 
Barulah kan ku sedar 
Cintaku tidak layak Untuk dirinya 
Mengapa masih aku setia di sisinya 

Tidakku mengerti Tidakku fahami 
Seperti insan biasa aku ingin bahagia 
Menyintai dan dicintai tiada duanya 
Andai terlampau permintaanku ini 

 Maafkanlah kasih 
Berapa kali harus aku terluka 
Barulah kan ku sedar 
Cintaku tidak layak untuk dirinya 
Mengapa masih aku setia di sisinya 

Tidakku mengerti tidak ku fahami 
Seperti insan biasa aku ingin bahagia 
Menyintai dan di cintai tiada duanya 
Andai terlampau permintaanku ini 

Maafkanlah kasih 
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih 

Oh tuhan berikanlah aku 
Kekuatan menempuhi dugaanmu 
Aku percaya ada hikmatnya 
Disetiap dugaan yang ku terima

Wednesday, October 1, 2014

Harga minyak ron95 naik 20sen

Posted by FadhDeela at 8:27 PM
Reactions: 
0 comments

Oiiiiiiiii naik lagi harga minyak nie??? Naik..naikk...naikk bile nak turun ah?? Terima Kasih Kerajaan..mmg penuh laa stesen minyak mlm nie..berita yg menyedihkan 1st October 2014!! Lepas nie bkn minyak jer naik segala jenis mak nenek akan naik..
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!!!

Magic - Rude Lyrics

Posted by FadhDeela at 4:27 PM
Reactions: 
0 comments
Saturday morning jumped out of bed
And put on my best suit
Got in my car and raced like a jet
All the way to you
Knocked on your door with heart in my hand
To ask you a question
'Cause I know that you're an old-fashioned man, yeah

Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, but the answer is 'No'

Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway

Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
Yeah, no matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude

I hate to do this, you leave no choice
Can't live without her
Love me or hate me we will be boys
Standing at that altar
Or we will run away
To another galaxy, you know
You know she's in love with me
She will go anywhere I go

Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, 'cause the answer's still 'No"

Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway

Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
No matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude
Rude

Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say, I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, but 'No' still means 'No'!

Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway

Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
No matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude
Why you gotta be so
Rude
Why you gotta be so rude?

Laksa RM1.50 tambah kuah percuma

Posted by FadhDeela at 1:59 PM
Reactions: 
0 comments
Bole isi sendiri sebanyak mana pun laksa ke dalam mangkuk,  dengan harga RM1.50 malah percuma jika hendak tambah kuah.

Pastinya ini tawaran menarik kepada penggemar laksa dan inilah yang ditawarkan Ishak Ibrahim, 77, atau lebih dikenali sebagai Pak Aq oleh penduduk di Jalan Kuala Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Mereka boleh ambil sendiri rencah seperti bawang, timun dan cili sebagai penyedap rasa. Lain orang, lain cita rasa. Ada yang tak makan bawang. Jadi mereka bebas pilih rencah ikut selera mereka," kata Pak Aq yang merupakan pesara tentera.

Mengenai harga laksa yang dijualnya itu agak murah berbanding tempat lain, Pak Aq berkata ini kerana dia tahu pelanggan yang kebanyakannya penduduk tempatan berpendapatan sederhana dan rendah.

“Pada awalnya, kebanyakan pelanggan saya terdiri daripada penduduk setempat iaitu nelayan, petani dan mereka yang bekerja kampung, sebab itu saya tidak jual dengan harga seperti di tempat lain.

“Lama kelamaan saya terfikir ada baiknya saya terus kekalkan harga ini kerana sambutan yang diterima  menggalakkan dari hari ke hari. Macam ada jenama sendiri pula," katanya.

Seorang pelanggan, Idrus Arshad, 45, berkata,  dia mengunjungi gerai Pak Aq sejak zaman bujang pada tahun 80-an.

“Sampailah sekarang, saya sudah berkeluarga tapi masih ke sini setiap kali hujung minggu" katanya.

Bagi Sim Ah Beng, 68, pula dia menggemari laksa Pak Aq kerana rasanya seperti masakan ibu sendiri.

“Kalau datang sini, makan dua mangkuk pun belum tentu cukup. Rasanya sedap, kuahnya dimasak menepati selera saya," katanya.
 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review