Wednesday, February 20, 2013

Fizz fairuz putus tunang????

Posted by FadhDeela at 8:55 AM
Reactions: 
Salam smua...

Pagi2 aku dh nk wat gosip tp aku xkira nk bgtau jugak..pg td otw g office dgr hot fm then am krew bgtau fizz fairus putus tunang..pts disebabkan tunang nyer tu isteri org..aiyoyo!!!

1 word aku nak bg "PADAN MUKA"!!! Nie smua karma..Allah byr cash..wat u give u get back laa..kepada almy nadia bersabar la syg insyallah anda akan dpt yg lebih baik dr fiZz..

Sblm nie aku mmg minat dgn fizz tp lepas dia menang Abph keperangai berubah terus aku xminat dia.. kacang lupakan kulit

Okla nnt kalo dpt lg info aku update yer!!

Info Terkini dr hmetro:

Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review