Thursday, January 31, 2013

Awie Hanya Tahu Cabang Perniagaan Kelab Malam, Cari Rezeki Untuk Keluarga

Posted by FadhDeela at 10:26 AM
Reactions: 
Salam,

Minggu nie mmg minggu free aku kat opis!! buhsan xde keje nak wat.. Kalo xde keje tu biasa la mlayan internet laa hihi

Pagi aku baca la blog Beautifulnara.. Aku tertarik nak share entry pasal awie nie.

Ihsan - BEAUTIFULNARA!!

Walapun ada pihak yang mempertikaikan tindakan Awie menjalankan perniagaan kelab malam yang bertempat di Ipoh, Perak, Awie mendakwa dia mempunyai perancangan untuk membuka tiga lagi cawangan kelab malamnya yang dipanggil Malai Rock Station.
Menurut mStar Online, Awie merancang membuka cawangan kelab malamnya Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang.
Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh.
Awie berkata berkata begitu kerana tidak puas hati dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lepas.

Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?
Tambah Awie lagi:-
Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?”
Errrmmm xtau nak ckp mcm mana dengan statement dia..!! kalo salah ckp kang marah lak peminat dia.. Saksikan pic2 seterusnyer:




SEKIAN TERIMA KASIH....Hahahahahaha

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review