Thursday, May 17, 2012

Aidil Zafuan Batal Permohonan Cerai Terhadap Rita Rita Rudaini

Posted by FadhDeela at 1:18 PM
Reactions: 

Salam semua,

Ari nie aku nak cite gosip jer!! hahaha byk dapat info kat Beautifulnara..Thanks abg nara..mintak izin kongsi cerita ya..First skali aku nak cite pasal rumah tangga si Rita dan Aidil..Aidil telah batalkan permohonan cerai terhadap Rita..Alhamdulillah!! kesungguhan Rita bersabar selama ini Insyallah kebahagiaan akan jadi milik dia.

Aidil Zafuan menarik balik permohonan cerai yang dilakukan sebelum ini dan memohon Rita untuk berpindah ke rumahnya sebagai tanda taat setia.
rita aidil
Ahmad Nazib Johari , selaku peguam Aidil berkata:-
Anak guam saya telah memfailkan notis dengan alasan permohonan di bawah Seksyen 47 enakmen itu tidak boleh digunakan kerana Rita tidak bersetuju untuk bercerai ketika kes berkenaan disebut pada 30 April lalu. Aidil pula menuntut untuk berdamai dan tinggal bersama demi anak-anak dan jika kedua-dua mereka melantik ahli keluarga masing-masing bagi menyelesaikan masalah, dia bimbang, situasi berkenaan menjadi lebih buruk. Berdasarkan kepada alasan ini, anak guam saya memutuskan untuk membatalkan permohonan bercerai terhadap isterinya.
Sementara itu Aidil yang ditemu di luar mahkamah telah berkata:-
Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia dan anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami.
Bagi Rita, tuntutan tersebut tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.

Kata Rita:-
Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak. Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,
Malah kata Rita, dia tidak ada sebab untuk berpindah kerana sudah lebih 4 tahun menghuni di kediamannya di Damansara:-
rita
Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab? Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?

Sementara itu Aidil menafikan yang dia mempunyai wanita lain dan mengakui masih menyayangi isterinya walaupun sedikit tawar hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rita di dalam media.

Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu. Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya menerusi laman sosial Twitter. Saya masih lagi menyayanginya, cuma hati saya sedikit tawar dengan kenyataannya yang telah keluar di media. Apa-apa pun, saya harap dia kembali kepada saya dengan syarat dia perlu menjadi isteri yang baik dan mendengar kata.
Biar aku lak yg berkata: hahahaha
Skrg nie bagi pendapat aku laaa Aidil masih tidak matang..buat keputusan xbpikir panjang..Demi kebahagiaan rumahtangga masing2 buangkan la ego tu.. Kalo itu permintaan suami ikutkan ajer la Rita..Pindah laa atas permintaan dia. Kalo masih sayang kenapa la x bincang baik2 kenapa smpai kena keluar umah???!! Kepada org keliling Aidil cukup2 laa masuk campur urusan rumahtangga mereka & si kembar Aidil tu jaga la rumahtangga ko je!!!! ramai yg tau masalah awk tu xperlu nak tutup cerita2 lama dgn merosakkan kebahagiaan org lain..Doakan yang terbaik utk mereka..

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review