Sunday, March 11, 2012

John Carter Filem Trailer

Posted by FadhDeela at 12:56 AM
Reactions: 
Setelah sekian lama aku penyepikan diri ari nie aku kembali menulis!! sorry la kengkawan smua
aku bz sgt skrg..xde masa nak mengupdate blog kesayangan aku nie..nak tukar theme pun aku xsempat2 lg..dah la line tenet skrg mcm 'haram' skrg nie nape tahh
Hari nie aku spent masa g tgk wayang ngan kwn2 aku..lama jugak x g tgk wayang last g tgk wayang ngan encet lebah ari tu..
panjang lebar aku bcite..entry aku nak cite pasal filem John Carter..terbaik la cite nie!! kalo korang xtau nak tgk cite ape kat wayang g la tgk cite John Carter..bessstttt!! meh layan trailer and synopsis dia..

video

Filem yang berlatarkan gurun dan gambaran sebuah dunia asing ini mengisahkan bekas kapten tentera, John Carter yang terjerumus ke dalam sebuah lokasi di planet Marikh yang dipanggil Barsoom.

Carter terkandas di dunia asing penuh misteri itu dengan ajaibnya tanpa disedarinya sendiri. Namun, sebaik berada di dunia realiti dan terpaksa berdepan dengan masyarakat pelik yang memenuhi Barsoom, Carter mula sedar akan situasi sebenar yang mana pelbagai kemelut berlaku selain konflik peperangan yang bagai tiada noktah.

Bagaimanapun, di sebalik dunia asing yang hampir musnah itu, Carter akhirnya merasai nilai kemanusiaan dan rasa tanggungjawab apabila menyedari nasib dunia asing itu serta semua masyarakatnya kini bergantung di tangannya.

Bukan sekadar perlu menyelamatkan keadaan dan membela nasib Barsoom, Carter perlu berdiri sebagai pahlawan yang mempertahankan suasana tegang penuh kekejaman itu hingga terpaksa melupakan kepentingan dirinya sendiri.

"John Carter" dibarisi oleh Taylor Kitsch, Mark Strong, Lynn Collins, Willem Dafoe dan Thomas Haden Church.


2 comments:

fairus said...

SAYA TAK TERUJA SANGAT PASAL WAYANG-WAYANG NI.. ;)

fadhdeela said...

fairus: biasa la bile dah ada keluarga nie masa byk abiskan kat keluarga..betul x?hihi

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review