Thursday, February 2, 2012

Filem Sumpahan Kum Kum

Posted by FadhDeela at 10:26 PM
Reactions: 
Ada sape2 dah tgk cite nie???? last week encet lebah dtg sini kitaorg g tgk wayang..disbbkan cite lain smua fully booked kitaorg pun ape lg redah jer la tgk cite hantu..!! dari tgk cite keramat baik aku tgk cite Sumpahan Kum Kum..!! seriously aku ckp mmg menakutkan!!!!! seram jugak laa..meremang2 bulu roma aku..lakonan Feroz Khan mmg terbaik..good job bro!!!

Cerita bermula apabila Mila (Shima Anuar) yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom (Lydiawati), memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima (Wawa Zainal) ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini (Echa) dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi (Feroz Khan), anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh (Maimon Talib), ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul (Putri Mardiana) sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.

Pengarah
Ismail bob Hashim

Pelakon Sumpahan Kum Kum
Feroz Khan,Putri Mardiana,Lydiawati,Echa,Maimon Mutalib,Kazaar Saisi dan Abdul Razak Ahmad

Trailer Sumpahan Kum Kum

video

5 comments:

anem ahia said...

macam best je cite die..tak saba rase na tengok nanti...

fairus said...

MASA KECIK ARWAH NENEK BIASA TAKUT2KAN SUPAYA ;TIDAK KELUAR MALAM DENGAN KATAKAN KAT LUAR RUMAH ADA HANTU 'KOM KOM'

fadhdeela said...

anem: g la tgk..best jugak la!! menyeramkann :P

fadhdeela said...
This comment has been removed by the author.
fadhdeela said...

fairus: yeke..sy xtau pun pasal kewujudan hantu kom kom nie..huhu

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review