Thursday, February 16, 2012

Filem: 7 Petala Cinta

Posted by FadhDeela at 9:56 PM
Reactions: 
Ari tu masa encet lebah datang sini aku g tgk wyg then ada la iklan next movie..aku tgk filem 7 Petala Cinta nie mcm menarik jer!! cite cinta islamik..rasa xsabar nak g tgk!!! Di Tayangkan pada 15 March 2012...sini aku bg sikit sinopsis dia..

7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.


Sinopsis Filem 7 Petala Cinta
Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

video

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review