Monday, January 23, 2012

Izwan Pilus meninggal dunia??

Posted by FadhDeela at 11:06 PM
Reactions: 
Serius terkejut aku baca pasal Izwan Pilus nie!! xtau pun pasal arwah meninggal dunia..dah lama aku xbukak Beautifulnara so mmg xtau ape2..td bukak terus terbaca..Al Fatihah buat arwah..!! takziah buat keluarga arwah.. semoga roh nyer ditempatkan di sisi org2 yg beriman...

Izwan Pilus sudah pun meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi. Berita ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter.

Izwan Pilus dilahirkan pada 24 November 1979. Punca pemergian masih tidak dapat dikenalpasti. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah

Update 1: Di bawah ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.

izwan pilus meninggal dunia

Update 2: Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Nanti akan diupdate lagi untuk kesahihan sepenuhnya.

Update 3: Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.

Update 4: Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Update 5: Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan

Update 6: Gambar di bawah dikatakan gambar terakhir Allahyarham. Sejuk mata memandang.

1 comments:

fairus said...

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT... AMIN.

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review