Monday, November 28, 2011

Gaun Kahwin Filem Twilight Dijual Pada Harga RM2,716

Posted by FadhDeela at 11:28 PM
Reactions: 
2 comments
Untuk sehelai gaun kahwin yang dipakai oleh Kristen Stewart ketika melakonkan watak Bella dalam filem Twilight : Breaking Dawn Part 1, harga RM2,716 adalah mengejutkan. *murah betul*

Gaun ini dipakai ketika Bella mengahwini Edward Cullen dalam filem itu dan seorang pengatur majlis perkahwinan, Alfred Angelo telah bekerjasama bersama Summit Entertainment untuk menghasilkan replika gaun ini. Disimpan dengan penuh berhati-hati dan rahsia, gaun ini hanya pernah dilihat oleh 4 orang sahaja termasuklah pereka, Michael Shettel ketika proses penghasilannya.

Gambar gaun kahwin itu meletup di internet semalam (22 November) dan ia kini boleh dibeli di butik Alfred Angelo di seluruh dunia. Gaun ini benar-benar cantik pasti ramai wanita yang teringin untuk memakainya ketika hari perkahwinan nanti.

Kesilapan Ernst & Young Punca Salah Pengumuman Lagu Terbaik AIM

Posted by FadhDeela at 10:44 PM
Reactions: 
0 comments
Boleh pulak main silap2 kira...ape la korang nie! nmpk sgt xprofessional wat keje...bnda2 mcm nie pun leh silap kira..ape daaaa!!! walaupun aku xminat and suka si Yuna tu tp rasa melampau gile bile dah umum sbg pemenang pastu tarik balik..Aku kagum ngan Yuna dan Anuar Zain yang bersikap profesional untuk hadir ke sidang media AIM semalam. Bukan senang untuk memenangi sesuatu dan kemudian ditarik balik atas kesilapan sebegini. Yang penting, kredibiliti AIM selaku penganjur anugerah muzik yang paling berprestij telah pun tercalar. Anuar Zain telah berkata:-

Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut. Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu ‘Penakut’ sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka. Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut. Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja. Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif. Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan.

lagu Sedetik Lebih tu mmg besttt! mmg patut dia menang pun..ish2 diaorg nie lain kali wat keje betol2 laa...byk main betol!!!!

Pemuda tampar muka Menteri Pertanian

Posted by FadhDeela at 10:31 PM
Reactions: 
0 comments
NEW DELHI – Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan.

Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut.

Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.

Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.

“Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?” jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.

Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis.

Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut.

Menurut laporan agensi berita Bernama, Pawar yang memberi reaksi mengenai kejadian itu menyatakan perbuatan itu adalah bodoh.

Ketika ditanya sama ada dia akan mengemukakan dakwaan terhadap penyerangnya, menteri itu berkata, terpulang kepada polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pawar berkata, penyerang itu dilihatnya berdiri dalam kumpulan wartawan dan dia mungkin mengambil kesempatan daripada kawalan keselamatan yang longgar.

Semasa ditampar, Pawar hilang imbangan badan dan kelihatan tidak peduli dengan kejadian itu sebelum menuju ke pintu keluar auditorium dan memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya.

“Saya merancang untuk datang ke majlis itu untuk menampar menteri tersebut,” kata penyerang Pawar, Harvinder Singh.

*giler kentang org nie!! berani sungguh..hihihi kalo berlaku kat Malaysia ape kah tindakan yg akan dikenakan kepada org tersebut erk hihihihi *

Saturday, November 26, 2011

Video: Ong Kim Swee Tibai Wartawan!!

Posted by FadhDeela at 12:02 AM
Reactions: 
0 comments
Dah lama post nie duduk kat draft!! xmenyempat aku nak update blog nie..byk betul keje aku skrg..ish2 so mlm nie aku br bkesempatan nak update..akan aku update cerita terkini ataupun cite dah basi..hihihi
video nie pun aku rasa dah basi tp aku nak jugak masuk kat entry blog aku hihihi ada kwn kat fb duk post pasal Ong Kim Swee coach team harimau muda tibai wartawan...aku ingtkn dia bergadoh ngan wartawan..sebenarnya Ong Kim Swee menjawab soalan 'bangang' wartawan. hangin la org tua tu bile soalan xsepatutnyer di tnye..jom tgk ayat ape yg Ong Kim Swee tibai wartawan tu..!!! padan muka wartawan tu..hahahahahahahahaha sengal betol hikhikhik

video

Thursday, November 24, 2011

Inai berukir di tangan adalah HARAM!

Posted by FadhDeela at 11:42 PM
Reactions: 
0 comments
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz :" inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

copy paste dari Soal Jawab agama bersama Dr. Masyitah:

ASSALAMUALAIKUM. Saya mahu bertanya apakah hukum lukisan inai pada tangan? Saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dan merancang untuk dibuatkan lukisan inai itu. Bagaimanapun, saya bingung kerana ada rakan mengatakan ia haram. SYUHADA

Inai adalah perhiasan dan cara solekan yang diharuskan bagi wanita dalam Islam. Inai diguna sebagai pewarna rambut dan muka serta hiasan kuku dan jari.

Rasulullah SAW pernah menegur tangan seorang wanita kenapa dia tidak berinai. Tidak salah untuk melukis inai pada tangan asalkan bukan corak atau imej yang dilarang dan menyerupai tatu. Inai harus dilukis dengan corak seperti bunga dan daun.

wallahu'alam...

Nak pakai inai bole tp xperlu la nak lukis2 bnda2 yg mengarut!!! lgpun xcantek la kalo pakai inai yg lukis2 tu nampak serabuttt..kalo pakai kat ujung jari jer kan cantikk...ermmm masing2 punye citarasa asalkan xlanggar hukum ALLAH sudah la yaaa :)

Majlis Perkahwinan Zahiril Adzim Dan Shera Ayob

Posted by FadhDeela at 11:27 PM
Reactions: 
4 comments
Sorg lg artis yg menamatkan zaman bujangnyer adalah pelakon utama cerita Juvana, Zahiril dan pasangan nyer Shera! aku suka tgk muka shera nie sbb dia nampak ayu jer...cantek!! majlis dia juga simple tp nampak cantek sgt...! makeup shera pun nampak neutral..sweettt jerrr!! xpayah berjuta2 pun dah xcantek..ada tu kawen berjuta2 jugak tp xcantek langsungggg oooppsssss terlaser pulakk hihihihi

cantek sgt inai shera!! xpayah nak lukis2...lukis2 tu serabut aku tgkk! xcantek lak tu..lgpun pakai inai yg lukis2 tu adalah HARAM!!!!!!!! sila rujuk Di sini!!



cantikkan dia nie!! simple jerr tp nice giler..sweet jer muka dia..! semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat!!

Gambar: Pertunangan dan Pernikahan Ezlynn Dan Adam Fahmy

Posted by FadhDeela at 10:35 PM
Reactions: 
0 comments
Ramai jugak artis2 yg menamatkan zaman bujangnyer minggu lepas erkk...xtau pun Ezlynn nak kawen..cite pasal dia nak kawen pun xpernah dengar tup2 aku bukak beautifulnara ada pic dia bertunang dan bernikah!!!! Ezlynn nampak cantek..majlis dia simple je tp nak elegant!! smart betol..simple but nice!!

Wednesday, November 23, 2011

Malaysia VS Syria..

Posted by FadhDeela at 10:36 PM
Reactions: 
4 comments
malam nie perlawanan Malaysia menentang Syria utk ke Olympic...permainan yg hambar dan penonton pun hambar jer xmcm malaysia lawan indonesia kemarin..aku kesian tgk pemain2 malaysia bermain malam nie..nampak sgt diaorg keletihan!! kesian sgt tgk muka diaorg..langsung xberehat terus bermain utk game kali nie..!! walaupun keletihan byk jugak harimau muda menyerang tp mungkin tiada nasib mereka..
keputusan perlawanan malaysia 0 syria 2!! xpe pemain harimau muda dah tunjukkan yg terbaikk!!!!

Tuesday, November 22, 2011

Lagu Jeritan Batin - Salma & Azlan and The Typewriter

Posted by FadhDeela at 11:38 PM
Reactions: 
1 comments
video

Giler power diaorg nie nyanyi...sedap betul..mak aiii sore korang meremang bulu roma aku!! aku pernah tgk live si azlan nie nyanyi kat OU..dia nyanyi lagu jeritan batin nie jugak laaaa..dia nie kalo perform mmg all out laaa semangat giler menyanyi..berulang2 aku tgk video nie..terbaiiiiiikkk!!!

Sukan Sea 2011: Bola Sepak Final Malaysia VS Indonesia

Posted by FadhDeela at 10:43 PM
Reactions: 
0 comments
Yahuuuuuuuuuuuuuu puas hati aku!! semalam xsempat nak update blog pasal kemenangan Malaysia!! perlawanan malaysia menentang indonesia mlm smlm mmg kuat impek nyer...giler la perlawanan smlm..aku rasa mcm nak sakit jantung jer tgkkk..terjerit2 kitaorg kat umh..jeritan kitaorg kat umh berlawan2 ngan org atas bwh umh aku..mmg aku puas hati giler laa malaysia dapat kalahkan indonesia!!!
bkn niat hati nak cetuskan pergaduhan tp sebagai rakyat malaysia aku rasa terguris bile segelintar rakyat mereka xmenghormati Malaysia..

Kata2 jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee kepada pemain-pemain Malaysia semasa perlawanan final semalam :

~~"MEREKA tak hormati kamu, tak hormat bendera kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibubapa KAMU. Kalau KAMU benarkan ia(kekalahan) berlaku, maka KAMU adalah pengecut. Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia.."Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua kali dihadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya"~~

Pujian kepada smua pemain Harimau Muda!!!! mereka main bersungguh2 smpai masa perlawanan menjadi 120minit! giler lama weeeiiiii kalo mereka xpower mereka xleh bertahan bgitu lama..mereka berusaha utk mendapatkan kemenangan ini!! Harimau Muda mmg terbaikkk! *Tahniah pemain No. 24 ku tersayang!!!* hihihihihihi

Kat FB ramai yg komen dan marah dgn Fakri..knp mcm tu??kesian dia..dia berusaha yg terbaik utk Malaysia mungkin smlm bkn nasib nyer..bile malaysia menyerang aku tgk Fakri la yg bersungguh2 berlari..ke atas ke bawah dia bergerakkk!! mungkin smlm luck dia xde..ape2 pun smua pemain Harimau Muda telah melakukan yg terbaikkk!!! Syabass Harimau Muda!!!! Tahniah Malaysia!!!!!!!!!!!!!!! *Najib sila buat pengumuman laaa* hihihi

Meh tgk Video detik2 Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia!! Penalti yg membuatkan kemenangan Malaysia...Bertuah malaysi mempunyai penjaga gol yg cekap...KFCM berpotensi utk pergi jauh..!! dia sungguh power menangkap bolaaa!!

Sunday, November 20, 2011

SIARAN LANGSUNG FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2011 (FFM24) DI ASTRO PRIMA

Posted by FadhDeela at 9:21 PM
Reactions: 
0 comments
Malam ini sekali lagi industri hiburan negara akan bergemerlapan dengan kehadiran artis-artis tanahair pada Malam Festival Filem Malaysia 24 (FFM24). Kali ini artis-artis khususnya dalam industri perfileman akan berentap merebut pelbagai anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 FFM24.
Industri perfileman negara kini dilihat semakin berkembang walaupun agak ketinggalan dengan negara barat dan Bollywood, tetapi ianya suatu perkembangan positif apabila banyak bakat, baik dari pengarahan sehingga pelakon..banyak permata2 baru yang menyerlahkan bakat mereka.

Ini mewujudkan lagi pilihan dan persaingan sihat dalam industri perfileman negara.
Malam Festival Filem Malaysia 24 FFM24 terdapat 10 kategori akan dipertandingkan dengan 50 artis terbaik akan berentap merebut gelaran berprestij dalam industri perfileman negara. Kalau dilihat dari senarai pencalonan 5 terbaik dari setiap kategori, persaingannya memang sengit dan mummy sendiri pun memang susah untuk membuat pilihan terbaik.

Pengadilan Festival Filem Malaysia 24 FFM24 dari juri2 profesional tanahair,dah pastinya setiap anugerah pastinya ada suara2 yang tidak berpuas hati,itu semua adalah asam garam pertandingan,bukan semua hati orang dapat kita penuhi..betul tak??Apapun nantikan keputusan penuh malam ini di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24). FFM24 adalah untuk meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta menggalakkan penghasilan karya filem yang bermutu dan diterima di peringkat global.

Menyebarluaskan Program Merakyatkan Filem (PMF) dalam menyemai sikap mencintai filem tempatan di kalangan masyarakat. Anugerah festival filem malaysia 2011 (FFM24) akan bersiaran secara langsung menerusi Astro Prima & menerusi laman web rasmi Astro Prima dibawakan secara langsung Saksikan acara yang gilang gemilang ini pada pukul 9.00 malam. Acara karpet merah yang gilang gemilang. Saksikan penghibur dan artis tanah air dalam Karpet Merah ini pada pukul 8.30 malam.

Kenapa diaorg Tidah Hormat Lagu Kebangsaan Malaysia!!

Posted by FadhDeela at 2:55 PM
Reactions: 
0 comments
Ramai yg complain masa pertandingan bola malaysia lawan indonesia ari tu ada penyokong indonesia tidak menghormat lagu kebangsaan malaysia berkumandang.!! ermmm xtau nak kata apa tp tu mmg cukup rasa terhina bile org main2kan lagu kebangsaan kita!!! aku terasa nak wat entry pasal bnda nie..Aku terbaca kat blog Addin pasal " Video Kenapa Indonesia Tak Hormat Lagu Negaraku?"!!
Betul ke lagu mereka sama ngan lagu kebangsaan kita?????korang dengar laaa pastu korang komen pasal nie..aku xtau nak kata ape dahhh

video

Bagi aku laa kalo ye pun lagu negaraku sama ngan lagu mereka xperlu mereka nak bersikap mcm tu sbb tu lagu kebangsaan kita..mereka perlu hormat walaubagaimanapun!!!! sikap segelintir rakyat mereka telah menguris perasaan rakyat Malaysia..hanya disebabkan pertandingan bola sepak kita berkelakuan mcm nie..ermmmmmmmm memalukan!! rakyat Malaysia pun xperlu mencetuskan pergaduhan hanya disebabkan pertandingan bola sepak..
Semoga Malaysia dapat bermain dengan cemerlang di Final nnt! Insyallah!!

EKSKLUSIF : gambar pemuda kazakhstan dengan anak perempuan najib: Daniyar Nazarbayev + Nooryana Najwa

Posted by FadhDeela at 2:20 PM
Reactions: 
2 comments
Selamat berhujung minggu semua!!! sementara ngah lepak kat Old Town nie guna wifi dia yg sgt laju bole la aku update blog aku nie..hihihi terbaik la old town wifi ko..laju gilossss!!!!!! hihihi ngah usha2 blog kengkawan aku tertarik lak pasal nak cite anak dara PM kesayangan korang ni..huhuhu pic eksklusif anak Najib dan jejaka Kazakhstan!! *awat muka dia mcm cina*

Anak dara najib ngan bakal mak mertua dia!! peeeehh awat mcm opera cina jer aku tgk!! hahahahahahahahahahaha lawak nyer

Saturday, November 19, 2011

Final Bola Sepak Sukan Sea: Malaysia VS Indonesia!

Posted by FadhDeela at 9:18 PM
Reactions: 
4 comments
waaaaaaaaaaaaaaaaaaahh seram giler nak tgk game nie nnt! giler kentang Final nie Malaysia lawan Indonesia!! waduh2 bkn takut ngan indonesia tu tp Baddrol maybe xditurunkan sbb dia dah kena 2 kad kuning..amboi2 boleh kecot perut tgk game nie...Semoga Malaysia dapat bermain ngan bersungguh2 untuk mengalahkan Indonesia!!! Go go chaiyok Harimau Muda!! Malaysia boleh...aku nak g tgk ngan kengkawan la so bersemangat sikit...hihihi
Jommm rakyat malaysia kita berdoa malaysia dapat kalahkan garuda lagi...21 november!!! isnin nie mari kita sama2 doakan kejayaan malaysia...aminnn

Sobri Beraksi Sendiri, Bob Kuman Masuk Ke Hospital Selepas Jatuh Tandas

Posted by FadhDeela at 2:49 PM
Reactions: 
6 comments
Berita sedih buat peminat Bawal Power ketika berlangsung’nya Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu ke 4 malam tadi. AC Mizal selaku pengacara mengumumkan yang kumpulan ini akan tampil solo kerana Bob Kuman telah dimasukkan ke hospital akibat cedera jatuh tandas.

Kemunculan Sobri tidak mengecewakan walaupun menurut beliau yang kami temui selepas siaran langsung berkata semua idea dan aksi yang dilontarkan adalah spontan ketika itu. Menurut Sobri, beliau menerima panggilan telefon mengatakan Bob Kuman telah dimasukkan ke Hospital Tawakkal selepas jatuh dalam tandas selepas solat Jumaat tadi.

Sobri turut memberitahu yang kecederaan Bob Kuman agak serius kerana beliau tidak sedarkan diri selepas jatuh & dikhabarkan menerima jahitan di’muka akibat cedera ‘menyembah’ mangkuk tandas. Kami doakan yang terbaik buat Bob Kuman dan semoga beliau cepat sembuh untuk meneruskan perjuangan hidup secara am & dalam persaingan Maharaja Lawak Mega. SMS ML20 BP ke 32999.

video

Persembahan Ezad, Rahmat & AXLs di AIM 18

Posted by FadhDeela at 12:02 AM
Reactions: 
0 comments
Dah lama aku nak update tp xde kesempatan sbb skrg nie bz sgt...yela aku br masuk keje baru xkan nak bukak blog kat opis!! hihihi skrg dah jadi junior blk so kena laa buat2 baikk...hihi ujung2 minggu mcm nie la br bkesempatan nak post cite2 yg tertangguh dan visit blog kengkawan..ari nie sementara tunggu game bola berlangsung aku nak kongsi persembaha AIM 18 ari tu..ada 3 persembahan yg aku rasa besttt!!!! skrg aku upload dulu 2 video..video 1 lg tunggggggggguu!! hihihi

video

video

Thursday, November 17, 2011

BOLA SEPAK SUKAN SEA XXVI: MALAYSIA VS INDONESIA!

Posted by FadhDeela at 11:34 PM
Reactions: 
2 comments
Yeaaaaaaaaaaaaaaaa Malaysia Menang!!!!!! Puas hati aku! hahahahahahahaahaha tu jer aku nak update mlm nie!! meh tgk goal yg dijaringkan oleh SYAHRUL AZWARI!!!!!!! membuatkan Malaysia menang......

video

kelakar aku baca perang mulut antara penyokong Malaysia & penyokong Indonesia kat comment tu!! alahh lepak sudahhhh biasa laa adat pertandingan ada menang ada kalah..Malaysia pun pernah kalah dulu..ape la diaorg nie emo terlebih!!!!

Wednesday, November 16, 2011

Trailer Filem Dukun: Di banned!!

Posted by FadhDeela at 11:03 PM
Reactions: 
4 comments
Aku tunggu cite nie di tayangkan..sekali aku dapat tau kat FB Umie Aida filem nie kena banned!! hadoiiiii asal laaa di banned nyer cite nie?? umie aida ada bg link trailer cite nie..so jom kita tgk trailer dia walaupun cite dia xdapat di tayang kannnnn

Sinopsis:

Dukun is a fictionalised tale based loosely on the high-profile case of Mona Fandey’s bizarre murder of a politician in 1993. It tells the story of Diana Dahlan who is sentenced to death after being found guilty of killing a businessman, Datuk Jefri. Dukun is a narrative account from the perspective of Diana’s lawyer Karim, whose daughter Nadia eventually becomes a victim of Diana’s unworldly affairs.

video

Pengarah:
Dain Iskandar Said

Penulis:
Dain Iskandar Said … Lakon layar
Huzir Sulaiman … Skrip
Dominique Hee … Idea asal

Pelakon:
Umie Aida … Diana Dahlan
Faizal Hussein … Karim
Elyana … Nadia
Adlin Aman Ramlie … Datuk Jefri Jailani
Nam Ron … ASP Talib
Sofi Jikan … Fadzil
Hasnul Rahmat …

Pekerja (crew):
Cheong Yuk Hoy … Pengarah Fotografi
Yee I-Lann … Pereka Produksi

Penerbit:
Dominique Hee … Penerbit Eksekutif
Astro Shaw Sdn Bhd … Syarikat Penerbitan Filem

Tuesday, November 15, 2011

Gerammmnyer!!!

Posted by FadhDeela at 10:23 PM
Reactions: 
4 comments
Sakitnyer hati aku!!!! aku xtau nak gambarkan mcm mana perasaan aku skrg....selama 4thn aku keje kat opis lama dulu AKAUN SOCSO aku TIDAK DIBUKAKnyer!!! weeeeeeeeeeeeiiiiiiiiii selama nie ko tolak gaji aku kat payslip buat ape ahhh??????!! deeeyyyymmmmmmmmm!! perrgghhh giler laa..lama kot aku dah keje tp 1 pun xmasuk dlm akaun aku..SENGAL PUNYE BUDAK GEMUK!!! aku nak g report la sblm company baru aku bukakkan akaun socso..!! padan ngan muka ko..
bile aku tanye kwn2 yg lain ramai check pun sama "MAAF TIADA REKOD"!! Ya ALLAH kesian kwn2 aku yg masih bkeje kat situ...ape perlu aku buat erk??perlu report kat mana yaaa?? waaaaa penat jer keje selama 4thn..paastu kalo xcident mati xpe jugak kalo cacat macam mana???? mana nak cekau duit nak tanggung???!! kalo mati lak sure mati katakkkk..hampeh punye ex-bos!!!!! stresssss nak tido laaaa menyampahh!!

Monday, November 14, 2011

Kacaknya Aaron Aziz!!!

Posted by FadhDeela at 11:15 PM
Reactions: 
0 comments
siapa xkenal dengan Aaron Aziz!! kacak betul la dia nie..walaupun dah kawen tp still macho dan bergaya..untung isteri dia sbb dapat suami yg kacak mcm nie! huhuhu over lak aku hihihi aku suka tgk aaron aziz blakon jadi watak sorg lelaki yg macho romantik mcm dlm cite nora elena!! bestnyer!!! hahahahaha jomm tgk profile dan pic2 aaron aziz..

PROFIL AARON AZIZ

Nama: Aaron Aziz

Umur: 35

Warga negara: Singapura

Status: Berkahwin

Isteri: Diyana

Anak: Danish, 3, dan Dwi, 1 tahun setengah

Website: http://www.aaronaziz.com






Elfira Loy Bintangi Telefilem Biar Mimpi Sampai ke BintangBersama Pelakon Indonesia, Randy Pangalila

Posted by FadhDeela at 10:45 PM
Reactions: 
0 comments
telefilem ‘Biar Mimpi Sampai Ke Bintang’ yang di bintangi Elfira Loy dengan Randy Pangalila. Telefilem ini diarahkan oleh Michael Ang dan akan ditayangkan di Astro Ria, cuma kami tidak pasti bila tarikhnya kerana khabarnya ia sedang dalam penggambaran. Randy merupakan pelakon Indonesia yg sering membintangi sinetron2 hebat...jom saksikan video promo dan trailer Biar Mimpi Sampai Ke Bintang!! *menarik jugak aku tgk trailer dia*

video
video

Seksi giler ko jah!!!!!

Posted by FadhDeela at 10:20 PM
Reactions: 
2 comments
seksinyer mereka2 ini!!! ape sudah jadi????? ada baju mcm nak terkuar benda nyer..ada lak yg bj sesingkat yg ada..si minah fasha nie lak baju bocor2! alahaiiii ape yg nak di tunjukkan tu??? public dah tgk smua nyer sebelum suami korang tgk..cian suami korang smua...cer korang tgk..sanggup ke?? huhuhu sedihh!!

nie kalo potong tali2 tu mahu terlucut baju si fasha nie..huhuhu juling mata aku! hahaha

yang nie lain pulak style nyer!!!!!!!! dah mcm iklan ubt ketiak lakkk..hahahahahaha sedih la tgk diaorg nie..ada jugak tu yg ckp "saya rasa pakai mcm nie xseksi" waaaaahh kalo dah mcm nie masih xseksi mmg parah diaorg nie..huhu errrrrrrrrmmmmmmmm

Sunday, November 13, 2011

Meet Uncle Hussain Keluarkan Video Muzik Rasmi ‘Pokok’

Posted by FadhDeela at 6:37 PM
Reactions: 
2 comments
Aku minat sgt dengar lagu Pokok nyanyian Meet Uncle Hussain dgn Hazama..lagu dia tenang jerr! sblm nie aku search kat Youtube ada jugak video clip lagu Pokok nie tp td tgk kat Beautifulnara ada vedio clip rasmi dari Meet Uncle Hussain..jomm kita layann sat!

video

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BOLA SEPAK SUKAN SEA KE 26 ANTARA MALAYSIA LAWAN KEMBOJA 13 NOVEMBER 2011

Posted by FadhDeela at 5:12 PM
Reactions: 
0 comments
SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BOLA SEPAK SUKAN SEA KE 26 ANTARA MALAYSIA LAWAN KEMBOJA 13 SEPTEMBER 2011. Selepas mengharungi dua perlawanan, Indonesia unggul selaku pendahulu Kumpulan A apabila mengutip enam mata, diikuti skuad Harimau Mudadengan empat mata.
Singapura yang telah beraksi tiga perlawanan turut mengumpul empat mata, manakala Thailand (dua perlawanan) mengutip tiga mata, manakala Kemboja masih gagal meraih sebarang mata.

Sebelum ini, Kemboja menjadi mangsa belasahan apabila tewas 0-6 kepada Indonesia sebelum dijinakkan Singapura 2-1. Kelmarin, gawang Kemboja terus dibedil apabila tewas 0-4 kepada Thailand. Justeru skuad Harimau Muda dikatakan berpeluang cerah untuk berpesta gol apabila membuat perhitungan dengan Kemboja nanti selepas mereka menundukkan Thailand 2-1 sebelum ini.

Jika anda ingin menyaksikan perlawanan Malaysia vs Kemboja. Siaran Langsung Perlawanan Malaysia vs Kemboja 13 November 2011 akan disiarkan di Saluran RTM TV1, TV3 dan juga ASTRO ARENA 801.

Filem Abuya - Sinopsis Dan Trailer

Posted by FadhDeela at 5:01 PM
Reactions: 
2 comments
Abuya sebuah lagi filem arahan Imran Ismail akan menemui kaki wayang pada 10 November 2011.Filem yang berkonsepkan aksi dan drama ini dibintangi oleh Faizal Hussien,Jue Aziz,Yank Kassim,Iqbal Mazlan dan Khir Mohd Noor.

Sinopsis berkisar tentang Abu Zakaria yang membawa ajaran sesat dan mengelar dirinya Abuya.Abuya menubuhkan markas Khalifah dan membuatkan penduduk kampung taksub dengan berbagai kebolehan luar biasanya.Saksikan kemunculan filem ini di pawagam.

video

Katil ‘Terakhir’ Michael Jackson Akan Dilelong!

Posted by FadhDeela at 12:09 AM
Reactions: 
2 comments
Beberapa perabot yang terdapat di kediaman di kediaman Michael di Holmby Hills termasuklah sebuah katil yang digunakan Michael pada saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir akan dilelong bulan hadapan.Kami ingin memelihara nilai sejarah pada barangan peribadi Michael ini,” ujar pakar lelong barangan selebriti, Darren Julien.

Katil bersaiz Queen berbingkai kayu antik yang menjadi saksi kelakuan ‘gopoh-gapah’ Dr. Conrad Murray yang telah meragut nyawa Raja Pop itu pada tahun 2009 itu masih dalam keadaan baik malah cadarnya juga telah digantikan.

Beberapa barangan berupa lukisan, perabot antik juga beberapa arca yang terdapat dalam rumah yang didiami Michael sejak Disember 2008 turut menjadi antara barangan yang akan dilelong pada 17 Disember ini termasuklah sebuah cermin yang terdapat nota tulisan tangan Michael bertulis, “TRAIN, perfection, March April. FULL OUT May.”

Saturday, November 12, 2011

My Last day...

Posted by FadhDeela at 1:55 AM
Reactions: 
2 comments
Syukur alhamdulillah rezeki ALLAH..hari ini 11.11.11 tarikh best!! ramai yg berebut nak kawen pakai tarikh nie tp aku lak berebut resign..hihihi selama 4thn bkeje kat company nie akhirnyer aku menamatkan perkhidmatan aku kat situ...lega dpt keluar dari situ!! company aku tu dah mcm2 masalah geng2 yg lama kat situ semuanyer telah ambik langkah cari keje lain..alhamdulillah dapat jugak aku keje lain..dah lama aku tunggu peluang mcm nie..!! rezeki anak...hahahahhahaha *bile lak aku kawen dan beranak nie??????!!* sebenarnyer syg giler nak tinggalkan kwn2 kat situ sbb kwn2 smua nyer best2 tp xde masa depan kalo stay kat situ...kena jugak move utk masa depan aku...!

so ari nie graduation aku dari situ..sedih nyer xyah cite laa dah 4thn aku duk bertapa kat situ..auntie tea lady pun menangis td sbb tau aku resign..aku rahsiakan dari smua org tinggal 2hari nak blah baru aku gtau..sori la kengkawan!!! terpaksa wat mcm tu utk keselamatan..hihihi

harap2 aku boleh sesuaikan diri kat tempat baru nie! senin nie start la aku sebagai sorg junior smula..nak mulakan sesuatu yg baru tu mmg payah tp aku akan berusaha utk membuat suasana pekerjaan baru aku nie menjadi best!!!
Doakan aku leh berkeje ngan tenang dan aku suka ngan keje yg bakal aku lakukan...!!! go go chaiyok deela!!!!

Wednesday, November 9, 2011

Trailer : Filem Fantasi Pertama Afdlin Shauki, ‘Misteri Jalan Lama’

Posted by FadhDeela at 11:59 PM
Reactions: 
0 comments
Filem terbaru arahan Afdlin Shauki ini bakal menggegarkan panggung diseluruh negara pada 24 November ini!

‘Misteri Jalan Lama’ yang dibarisi artis-artis ternama seperti Hans Isaac dan Que Haidar telah menjadikan sebuah filem yang bergenrekan fantasi drama ini sebuah filem yang menakjubkan dan berbaloi untuk ditonton.

Bukan hendak memuji, tetapi sebagai cubaan pertama pengarah filem berbakat yang pernah memenangi Anugerah Filem Terbaik FFM 2009 untuk filem ‘Papadom’, dia berjaya mengarah sebuah filem yang dikira agak asing genrenya di hati warga Malaysia.

Antara barisan artis lain yang turut menjayakan filem ini termasuklah, Que Haidar (Ilya), Hans Isaac ( Indra), Marion Caunter (Sania), Vanidah Imran (Queen Dewata), Nasir Bilal Khan (King Dewata), Afdlin Shauki (Harak), Liyana Jasmay, Sari Yanti dan juga Gambit Saifullah.

Kisah ini bermula apabila dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang ditemui 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik dan banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Sikap yang berbeza antara dua beradik ini menjadi punca masalah mereka.

video

Tuesday, November 8, 2011

Gambar Dr Syed Muzaffar bersama Kekasih Barunya!

Posted by FadhDeela at 1:26 PM
Reactions: 
1 comments
msti kontroversi giler aku punye tajuk kann!! hahahahahahaha rileks2 jgn la korang melatah yaaa..hihihi sbnrnyer kekasih hati baru Dr Syed Muzaffar adalah anak beliau...comey giler!!!! ada beberapa pic beliau bersama2 dengan anak kesayangan nyer!! ada 1 pic yg aku admire giler...smart giler!! jom layannnn...

nie la pic yg aku admire tu! smart kannnn!!!!
 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review