




Nur Hawa Zainal Abidin, 20, atau lebih senang dipanggil Wawa Zainal adalah artis wanita yang baru meningkat naik dalam bidang seni hiburan. Kelibatnya dalam drama A’na Lulu benar-benar memberikan kesan kepada para penonton dengan watak gedik dan manja yang dilakonkan.
Anak ke-8 daripada 11 orang adik beradik ini mula menapak dalam industri hiburan apabila dia menghantar foto kepada MIG Production secara suka-suka tanpa menyedari yang dia bakal memulakan hidup baru sebagai seorang pelakon. Berasal dari Sabah, Wawa mempunyai darah campuran Melayu Brunei – Pinoy (Filipina) dan itu jelas tergambar di wajahnya yang cantik.
Namun begitu, sebagai seorang artis yang meningkat naik, Wawa telah menimbulkan kontroversi apabila gambar seksinya tersebar di laman-laman internet dan forum. Ketika ditemubual oleh OHBULAN! sebentar tadi, Wawa menjelaskan,
“Gambar tersebut diambil ketika saya belum menjadi artis lagi, dan pada waktu itu saya memakai rambut palsu dan saya sengaja mengambil gambar itu untuk suka-suka. Tapi sebelum ini telefon bimbit saya telah hilang dan mungkin saya telah disabotaj.”
Ditanya jika dia sengaja menyebarkan gambar itu untuk mendapatkan populariti, Wawa dengan tegas berkata,
“Saya mahu orang mengenali saya melalui bakat dalam diri saya. Namun apabila sudah terjadi hal sebegini, saya terpaksa hadapi pandangan orang lain walaupun dalam hati ini rasa takut sekali.”
Apabila ditanya mengenai gambarnya bersama seorang lelaki yang tersebar di internet, dia menjawab,
“Lelaki itu hanya saudara rapat saya dan kami memang sudah kenal dari kecil lagi. Bukannya teman lelaki seperti yang digembar-gemburkan.” ujar gadis putih melepak ini.
Wawa turut memberitahu kami siapakah pelakon lelaki popular yang diingininya jika diberikan peluang untuk berlakon bersama,
“Jika diberikan peluang untuk berganding bersama pelakon lelaki yang popular, saya teringin untuk berganding bersama Aaron Aziz.” ujarnya lagi sambil ketawa.
Dia turut memasang niat untuk memegang watak yang lebih positif memandangkan kesemua drama yang dibawanya sebelum ini hanya sebagai seorang yang manja dan mengada-ngada.
Wawa Zainal kini sedang menjalani penggambaran untuk drama terbarunya, Klik Musim 2. Gambar kontroversi Wawa Zainal selepas ini.PETALING JAYA 28 Sept. — Pusat beli-belah Empire Gallery Subang di sini, ditutup sementara waktu kepada orang ramai sehingga laporan siasatan pelbagai pihak mengenai punca letupan di pusat beli-belah itu disiapkan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Empire Gallery masih perlu ditutup sehingga bomba dan polis jalan siasatan. Selepas itu pihak pemilik bersama jurutera mereka perlu periksa kawasan itu sama ada ia boleh dibuka atau tidak kepada orang ramai.
"Keutamaannya sekarang adalah keselamatan orang ramai sebab itu kerajaan tempatan dan pemilik bangunan itu perlu lakukan kajian lanjut. Mereka juga perlu beri jaminan bahawa ia selamat kepada orang awam sekiranya ia dibuka semula,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian. — Bernama
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa, Syaiful Nizam Zamaluddin, 24, sedang mengosongkan revolver selepas tamat bertugas.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata ketika mangsa sedang membersihkan revolver, lapan anggota lain sedang memerhatikannya menghala revolver ke arah bawah di hadapan setor senjata.
"Dengan tiba-tiba mereka terdengar bunyi tembakan dan nampak keadaan mangsa dalam keadaan parah.
"Mangsa tertembak di bahagian kanan kepala sebelum peluru tembus keluar dari atas kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang, di sini.
Beliau berkata, peluru berkenaan adalah yang terakhir dalam revolver mangsa dan kejadian berkenaan dipercayai adalah kemalangan.
Katanya, anggota berkenaan sudah berkhidmat lebih daripada dua tahun di IPD Kajang dan tidak mempunyai sebarang masalah.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur, baru saja berkahwin dan isterinya kini hamil tujuh bulan.
Sehingga ini, katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
*aduh aii kesiannyer tgk bini dia...dah la mengandung anak 1st...kalo aku kat tempat dia xtau la kuat ke x aku nak hadapi smua tu..!!!*
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti
Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam..PETALING JAYA: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit.
Bagaimanapun, setibanya di rumah, kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan dan selepas diperiksa, terdapat luka dan bengkak di bahagian berkenaan.
“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,” katanya.
Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa.
*mcm mana dunia nie???!! pttnyer org dewasa protect kanak2 tp skrg org dewasa cederakan kanak2..!! keciannyer bdk tu...ape yg diaorg dpt bdk kecik tu diperkosa???????!!! ada feel ke perkosa bdk besar tu???masyallahhhh!! menakutkan jer nak hantar anak ke umah pengasuhh...kena la check betul2 sape pengasuhh tu..!!*
Amboii muda2 dah pikir nak kawen..bgss2!!! perancangan awal..hihihihihi yang penting aku nak ckp baby2 tu comey2 giler!!!! baby2 tu lg comey dari justin bieber..hahahahaha“Well by 25 or 26, I want to see myself, like, married or start looking for a family, I want to be a young dad. I want to be able to have done what I wanted to do — to be successful, to do a movie or whatever. But if the time is right, I definitely want to be married by 25.
One thing — I’m not looking to get married now,” – Justin Bieber.
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Hasil temubual OHBULAN! bersama Mamat Sepah, kami berjaya mendapatkan penjelasan dan bukti yang kukuh tentang bagaimana gambar itu boleh tersebar di internet.
Kami difahamkan, gambar tersebut tidak sengaja dimasukkan ke laman facebook Mamat Sepah. Kemudahan aplikasi pintar Blackberry menyebabkan Mamat tidak sengaja ter’upload’ gambar yang sepatutnya ditapis terlebih dahulu. Dia berkata, “Ketika saya menangkap gambar Fida, saya memakai spek mata hitam dan umum tahu saya ada masalah rabun. Saya tidak nampak rambut Fida yang terdedah disebabkan spek mata hitam dan masalah mata saya.” *statement ko!!!!! pikir dulu br ckp leh x??!!! kalo xsengaja means xkisah la bukak tudung depan lelaki bkn muhrim???!!*
Dalam percutian ini, mereka berdua menaiki kereta yang berbeza dan tidak wujud soal mereka hanya bercuti berdua.
Mamat turut menambah, “Pada waktu itu, kami pergi bercuti bersama, tapi bukan kami sahaja. Fida ada membawa PA dan Manager-nya sekali dan saya turut membawa keluarga saya. Jadi, kami bukanlah pergi bercuti berdua seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.”
Ketika diberitahu samada spekulasi yang mengatakan Fida sudah berani membuka tudung sejak mengenali Mamat adalah benar atau tidak, dengan tegas Mamat menjawab, “Secara jujur, saya tidak pernah lihat rambut Fida. Bagi saya kereta adalah tempat privasi, dan mungkin ketika itu Fida berasa panas dan sedang membetulkan rambutnya semasa saya mengambil gambarnya.” *panasssss!!!! akhirat lg panasss cik kak...*
Mamat yang kelihatan menyesal dengan kejadian ini menjelaskan lagi, “Saya langsung tidak pernah berniat untuk mengaibkan Fida apatah lagi untuk memburukkan orang yang saya sayang. Saya juga berharap agar pihak berkenaan tidak memburukkan kami lagi kerana gusar akan menjejaskan hubungan.”
Mamat turut berkongsi beberapa keping gambar eksklusif bagi membuktikan kehadiran orang lain selain dari mereka berdua ketika bercuti.
nasihat aku sbg sedara seislam: jgn nak salahkan org lain kalo ko dah buat silap...!!! kalo org lain mungkin xjadi kecoh mcm nie sbb org lain xkenal ko sape tp skrg nie ko tu dah public figure so ko kena terima teguran org lain..nak wat ape2 pikir laaaaaa!!!!! statement yg nak kuar dr mulut ko tu pikirrr duluuuu!!! jgn ingt ko g luar negara org xtau ke???! tah la manusia nie mcm2 hal laaaaaaaaaaaaaa!!!!
tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu
reff:
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa
apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi
tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu
repeat reff
woo ooo ku sakit karenamu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci
sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci ooo
cinta dan benci ooo yang ku rasa
Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya sedang buntu dan keliru sama ada ingin meneruskan hubungan dengan dia (Joey) ataupun tidak. oey tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi kebuntuan ini datang daripada diri saya sendiri mengenangkan tohmahan orang sekeliling yang turut membuatkan saya berfikir kembali sama ada ingin meneruskan hubungan atau tidak. Saya sebenarnya bertuah kerana Joey seorang lelaki yang baik dan memahami keadaan saya walaupun ketika ini saya belenggu tentang hubungan kami tetapi dia tetap memberi sokongan kepada saya.
Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Kalau memang dah tertulis ada jodoh dengan Joey, tak lama lagi kahwinlah Watie dengan Joey. Semoga Watie cepat-cepat hilang kekeliruannya dan membuat keputusan yang tepat. Sama-samalah kita doakan.
Filem yang menjadi kegilaan ramai ini akan mula ditayangkan di Hollywood pada 18 November ini. Tp tayangan kat Malaysia aku xtau bile!!
Yang pastinya, filem terbaru lakonan Kristen Steward, Robert Pattinson dan Taylor Lautner ini bakal menggegarkan pawagam di seluruh dunia dengan aksi dan jalan cerita yang lebih menarik. Bella (Kristen Steward) telah berkahwin dengan Edward ( Robert Pattinson), apa akan terjadi dengan Jacob (Taylor Lautner) yang juga mencintai Bella?
Adakah Jacob akan membunuh Edward? Atau Bella akan bercinta tiga segi lagi seperti siri sebelum ini?
Nantikan filem Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 di pawagam Malaysia dan layankan trailer eksklusif..Tak sabarnyer nak g tgk!!!!!!!!!!!!!!!Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.
mmg lawakk la cite nie!! xrugi la kalo nak g tgk tp aku rasa kat wayang dah abis citenyer...!! so leh la g langgan astro first sbb dah kuar kat astro first..bestt cite nie!!
Bukan senang untuk redha dengan kematian orang yang kita sayangi..semoga Safura dan keluarga terima kematian ngan redha..keciann sgt!!
Al Fatihah buat arwah adik Nur Aisyah Mariam..semoga arwah di tempatkan di sisi golongan yang berimann!!Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan. Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun. Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana.
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..
Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak
nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak
derhaka denganNYA........
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."
17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review