Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Posted by FadhDeela at 12:34 AM
Reactions: 
0 comments
Kepada kawan2 blog smua SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!!! maaf dah lama x update blog sbb sgt bz...aku menghabiskan waktu aku untuk sedekah ape yg mampu untuk arwah nenek a.k.a mak iti..!! sesiapa xtau sape mak iti leh tgk entry aku yg lepas2..tahun nie mmg xbermakna buat aku sekeluarga sbb dlm tahun nie 2org keluarga terdekat aku meninggalkan kami..sedihhhh mmg sgt sedihhh tp kami perlu teruskan kehidupan..
ari nie jer dr solat subuh smpai la solat isyak td aku asyik terbayang wajah mak iti... T__T
Ok la kawan2 mahu tido esok mahu bgn pg utk ke kubur...insyallah lepas raya nnt aku akan aktif berblog kembali..jemput la datang ke rumah raya nnt yaaa!! insyallah khamis mlm jumaat nie kami sekeluarga mahu wat tahlil utk arwah mak iti dan arwah paklong..sesiapa nak dtg di alu2kannn!!
SELAMAT HARI RAYA!!!

Friday, August 26, 2011

Marion Caunter, Pengacara E! News Asia Kini Hamil Anak SM Nasa, CEO Naza Group.

Posted by FadhDeela at 9:48 AM
Reactions: 
4 comments
Kami pasti ramai yang sudah tahu mengenai berita baik ini! Marion Caunter yang sah menjadi isteri SM Nasa, CEO Naza Group pada 15 Oktober 2010 kini bakal bergelar ibu dan masih tidak dapat dipastikan samada anak lelaki atau perempuan. Sebenarnya kami juga adalah peminat setia pengacara E! News Asia ini kerana wajahnya yang comel, tak hairanlah SM Nasa turut terpikat dengan Marion.

Di laman ‘twitter’ Marion, dia turut berkata,

“I would like to thank all of you for your congratulatory messages and well wishes. Thank you so so much. We’re thrilled.:)”

Marion yang sudah hamil selama 5 bulan akan bercuti dari menjadi pengacara sebentar dan kami teragak-agak siapakah yang bakal menggantikan tempatnya buat sementara waktu ini? Atau mungkin rakan kerjanya, Dominic Lau yang akan menjadi hos seorang diri. Tapi itu tidak menjadi persoalan utama, yang penting dunia bakal menerima cahaya mata pertama dari pasangan yang bahagia ini.

Tahniah diucapkan kepada Marion Caunter dan SM Nasa, moga bahagia kehujung hayat!

Sumber: Oh Bulan

Monday, August 22, 2011

Artis Itu Memang Perampas – Noraini, Bekas Isteri Joey

Posted by FadhDeela at 12:11 PM
Reactions: 
0 comments

PEDAS benar bunyi kenyataan Kak Amy baru-baru ini. Semua tahu pesanan itu ditujukan kepada siapa. Agaknya kenapa kak Amy buat begitu ya?

Kenapa? Sebab sebelum ini, bila saya cuba betulkan kedudukan sebenar, orang kata saya begitu begini. Saya dihentam teruk. Malah ada di kalangan wartawan yang tak percaya dengan apa yang saya cakap walhal perkara ini benar-benar berlaku. Kalau awak tengok, ramai artis wanita kita yang berperangai begini, suka ambil hak orang.

Di bawah ialah kenyataan Noraini sebelum ini:-

Saya hanya nak pesan kepada artis-artis wanita, jika banyak lagi lelaki lain, jangan ambil suami orang. Tolong cari lain, jangan runtuhkan rumah tangga orang lain dan biarkan anak-anak kecil tanpa bapa.

Baca entri ini sepenuhnya untuk mengikuti luahan hati Noraini, bekas isteri Joey.

Maksudnya, merampas suami orang sudah jadi macam trend?

Susah nak cakap. Tapi perkara ini dah banyak yang terjadi depan mata dan saya antara yang diberi dugaan ini. Saya nak cakap lebih pun tak boleh sebab iyalah, saya ni bukan artis. Bila saya cakap nanti orang bidas saya semula. Macam mereka (Joey & Watie) senanglah boleh cerita macam-macam. Banyak wartawan yang tak tahu cerita sebenar, percaya bulat-bulat apa yang mereka cakap.

Habis, adakah ini bermaksud akak bermasalah dengan wartawan?

Saya tak pernah ada masalah dengan wartawan. Kalau media tanya, saya akan beritahu. Seboleh-bolehnya cakap benda yang betul, tak perlu sembunyi. Tapi yang sedihnya, bila saya beritahu, ada media yang putar-belit kata-kata saya.

Selepas bercerai, apa yang akak rasa sekarang?

Saya reda dengan ujian Allah S.W.T ini. Rasa lega sebab dah tak perlu turun naik mahkamah lagi. Cuma sekarang, saya fikirkan anak sajalah. Saya kena bangkit dari kegagalan ini dan hanya Tuhan sajalah yang tahu betapa sukarnya nak bina semula hidup apatah lagi saya ditinggalkan dalam keadaan yang cukup hina.

Maksudnya?

Saya diceraikan dalam keadaan tak ada pekerjaan. Macam mana saya nak besarkan anak kalau saya tak bekerja? Saya sanggup berhenti kerja produksi dua tahun lepas sebab Joey kata dia sudah boleh menyara keluarga lebih-lebih lagi banyak tawaran dia dapat sejak kebelakangan ini. Tak sangka tahun kedua selepas saya berhenti, dia mula buat perangai dan saya dapat tahu mengenai skandal dia dan Watie. Joey juga tak mahu berbincang dan cuba memulihkan hubungan. Baginya, cerai sahaja yang ada sebagai jalan penyelesaian.

Jadi selama ini siapa yang menyara keluarga?

Saya kenal Joey dah lama, 14 tahun. Kami berkahwin enam tahun lepas. Masa tu, dia tak dikenali. Saya yang kutip dia, ‘cuci’ dia daripada karat menjadi manusia. Boleh katakan, sebenarnya saya yang menyara hidup kami anak-beranak hasil bekerja produksi dengan gaji lima hingga enam ribu sebulan. Tapi bila saya rela berhenti sebab hormat keputusan dia sebagai suami, ini yang dia buat pada saya. Madu yang saya beri, racun yang dia balas.

Selepas bercerai, ada tak Joey datang menjenguk atau bertanya khabar anak?

Maaf cakap ye, memang tak ada dan inilah yang membuatkan saya rasa lebih terkilan. Usahkan pada hari-hari biasa, hari jadi anak pun dia tak ada nak beri ucapan atau telefon anak. Paling saya ralat, masa anak sakit sampai masuk wad di hospital baru-baru ini pun dia tak datang jenguk. Bila saya tanya dia tahu tak yang anak ada di hospital? Dia kata tahu. Bayangkan, sampai hati dia sebagai seorang bapa buat begitu. Bukan anak orang lain, anak dia juga. Kenapa anak kekasih dia, Joey boleh layan dengan baik pula?

Maknanya, kita boleh bacalah yang Joey pun tak adalah bertanya mengenai persiapan raya anaknya, begitu?

Memang langsung tak ada.

Lama mengenali Joey, sebelum ini memang begitukah dia sebenarnya?

Dulu dia tak begitu. Dia seorang yang penyayang pada anaknya. Kami pun dulu, selalu dicop sebagai pasangan yang romantis. Ke hulu ke hilir bersama. Tapi tak sangka, sekelip mata kerana artis itu, dia boleh berubah. Dia lupa pada pengorbanan saya selama ini terhadap dia. Saya faham kalau dia dah tak mahu pedulikan lagi diri saya sebab kami dah tak ada apa-apa ikatan. Tapi dia masih punya pertalian dengan anak. Hari-hari si anak bertanya mengenai ayahnya. Setiap kali itulah saya terpaksa menipu dan katakan yang ayahnya pergi bekerja.

Sebagai seorang wanita, apa agaknya tanggapan kak Amy mengenai punca yang membawa kepada perubahan Joey?

Manusia diberikan akal untuk berfikir. Tapi kerana nafsu, manusia boleh hilang pertimbangan. Entahlah, saya pun pelik, perempuan tu masih muda dan ada rupa, tapi kenapa dia nak sangat dengan suami orang? Saya percaya ramai lagi lelaki bujang, kacak dan kaya yang mahu dekati Watie, tapi kenapa dia pilih Joey? Sudahlah suami orang, Joey tu pun bukannya kacak, bukannya artis yang berduit, jadi apa sebenarnya yang perempuan itu cari? Fikirlah sendiri. Mujurlah saya ni boleh berfikir dengan waras dan tak ikut emosi. Sekarang ini, kalau boleh, saya tak nak tahu dan tengok di surat khabar mengenai kisah mereka berdua. Kalau boleh bayang-bayang mereka pun saya tak mahu tengok.

Ada apa-apa lagi pesanan untuk wanita lain di luar sana?

Saya tak layak nak beri nasihat pada orang tetapi kalau berkawan dengan suami orang, fikirlah baik-baiknya. Macam mana kalau ia terjadi pada diri mereka sendiri? Sejauh mana mereka boleh tanggung seksa dan peritnya bila rumah tangga hancur? Paling penting, fikirkanlah nasib anak kecil yang akhirnya hilang kasih sayang seorang bapa kerana angkara anda yang berlandaskan nafsu semata.

*aku kalo jadi perempuan aku pun pasti akan kecewa ngan sikap artis tersebut!!* ape perasaan ko kalo suami ko buat mcm tu kat ko..kesian akak nie!! jht tol artis nie!!!

“Hubungan Saya & Keluarga Terjejas Ekoran Gambar Itu” – Nurul Ain Nordin, Pelakon Suatu Malam Kubur Berasap.

Posted by FadhDeela at 11:54 AM
Reactions: 
3 comments
Nurul Ain Nordin, pelakon filem Suatu Malam Kubur Berasap pernah menimbulkan kontroversi apabila gambarnya yang mendedahkan bahagian belakang badan tersebar di ruangan internet oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Isunya, gambar tersebut sepatutnya hanya berada dalam simpanan studio untuk proses editing bagi poster filem Suatu Malam Kubur Berasap. Namun, entah apa silapnya, ada pihak cuba menciptakan spekulasi sehingga menjejaskan nama baik pelakon baru ini.

Sehingga hari ini, Nurul Ain atau lebih dikenali sebagai Ain tertanya-tanya bagaimanakah individu atau blogger itu berjaya mendapatkan gambar berkenaan.

“Saya dapat tahu mengenai penyebaran gambar itu melalui kawan, ketika itu saya sedang tidur. Apabila saya periksa blog itu, saya amat terkejut & sedih dengan komen-komen yang dilemparkan oleh penulis. Saya tak pasti macam mana gambar itu boleh terlepas ke tangan individu itu kerana gambar itu (mengikut perjanjian) hanya digunakan untuk proses editing poster filem Suatu Malam Kubur Berasap,” jelas Ain dalam nada sedih.

Kenapa tak saman je individu berkenaan?

“Saya masih mentah, baru. Saya tak tahu macam mana nak ambil tindakan terhadap individu itu. Ada juga minta nasihat daripada orang berpengalaman, namun mereka sarankan saya supaya biarkan sahaja,” jelas Ain lagi.

Pernah jemput pemilik blog hadir ke acara

“Setelah gambar itu tersebar, saya secara peribadi menulis dan merayu kepada pemilik blog itu supaya memadamkan entri berkenaan, namun tidak diendahkan. Bukan itu sahaja, saya pernah menjemput individu itu untuk berjumpa, tapi tiada jawapan. Sebenarnya, saya nak tanya macam mana dia boleh dapatkan gambar itu. Dan, saya nak tanya apakah perasaannya apabila mengeluarkan gambar itu,” kata Ain yang ditemui di Studio Outloud, Bandar Damansara Perdana, Selangor.

*aduh makcikkkk statement ko xleh pakai laa..xkisah la pic tu utk tujuan ape??tp ko dah ambik pic mcm tu!! org yg ambik pic tu perempuan ke???adik beradik perempuan ko ke??? nak kuarkan statement jgn memalukan diri sndiri laaaa..!! pikir dulu baru bercakap!*

Khabar Angin Di Twitter Mengatakan Jackie Chan Telah Mati?

Posted by FadhDeela at 11:44 AM
Reactions: 
4 comments
Sekali lagi aktor berbakat yang berasal dari Hong Kong ini dikhabarkan telah mati apabila ada individu yang telah menyalahgunakan laman sosial membuat satu akaun Facebook dengan nama ” R.I.P. Jackie Chan (8/17/11)”. Individu yang tidak bertanggungjawab ini menyatakan bahawa Jackie Chan, 57 tahun, telah mati pada 17 Ogos. Laman ini benar-benar mendapat sambutan apabila dalam masa dua hari sudah mempunyai hampir 120,ooo followers.

Sebelum ini, peminat-peminat Jackie Chan yang juga seorang pelakon, pengarah dan pelawak ini telah dikejutkan dengan berita kematiannya pada bulan Mac tahun ini apabila khabar angin di laman Twitter tersebar mengatakan beliau kemalangan dan mati ketika bermain luncur salji di Switzerland.

Khabar angin diatas dinafikan sekerasnya apabila berita mengatakan Jackie Chan masih hidup dan baru menghabiskan penggambaran untuk filem “Xinhai Geming” yang mengisahkan tentang kewujudan Republic Of China apabila rakyat mendesak Dinasti Qing digulingkan.

*kenapa pasal kematian boleh buat main erk???!!* betul2 la menyusahkan org2 mcm nie..ape laaa!!

Benjy Hanya Didenda RM5000, Azean Irdawaty Lega. Denda jer??

Posted by FadhDeela at 11:38 AM
Reactions: 
0 comments
Sebelum ini kita dikejutkan dengan penangkapan Benjy atas kesalahan menyimpan dadah sebanyak 0.24 gram jenis syabu di kediamannnya pada bulan Mac 2010. Benjy atau name sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim pernah popular dengan drama-drama pada era 90-an.

Benjy yang kelihatan semakin berisi selepas beberapa siri penangkapannnya turut berkata,

“Saya lega, telah bebas dan semua berakhir, terima kasih kepada rakan-rakan atas sokongan, saya kembali.”

Kami turut berharap agar Benjy turut memulakan hidup baru sebagai seorang pelakon yang disanjungi seperti dulu. Ramai peminat-peminat diluar sana yang masih menantikan kepulangan Benjy yang sebenar.

*tu jer denda dia???* berbaloi2!!! hahahaahhaahahahah terbaikkk la

Kad Jemputan Ashraf Muslim & Noor Dayana Bertulisan Jawi

Posted by FadhDeela at 11:35 AM
Reactions: 
2 comments

Pelakon kacak Ashraf Muslim & pasangannya, Noor Dayana yang akan mengikat tali pernikahan mereka di Kota Mekah pada 1 Syawal telah pun mengedarkan kad jemputan ke majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 Hijrah bertempat di Melaka International Trade Center (MITC). Keunikan kad jemputan Ashraf Muslim & Noor Dayana dilihat daripada penggunaan tulisan jawi dihiasi khat yang menampilkan ciri-ciri budaya masyarakat Islam. Konsep sebegini amat sesuai digandingkan dengan peribadi Ashraf Muslim & Noor Dayana yang mungkin ingin mengimarahkan lagi penggunaan

*smart jugakk kad kawen mcm nie!!*

Baju Arwah Buat Teman Tidur

Posted by FadhDeela at 10:51 AM
Reactions: 
2 comments
ari nie aku masuk opis dahh..so aku kena hadapi kehidupan aku mcm biasa..!! masih dlm keadaan sedih lg..pantang tgk gambar arwah nenek msti nak nangis..mata aku pun dah mcm mata panda!! huhuhu
aku smpai dari kg mlm smlm...gerak lepas tahlil...mcm2 bekalan mak & makcik aku bekalkan utk sahur dan berbuka ari nie..alhamdulillah..!! yg pasti aku akan bwk blk adalah baju arwah mak iti *sape xtau sape makiti tu leh usha entry aku yg lepas* klik sini aku takut aku rindu kat dia..!! aku bwk bj utk ubat rindu jer xde niat ape2!! salah ke kalo aku wat mcm tu?????!!! aku nak tnye sape erk yg tahu pasal bnda nie??? tolong kawan2 sape tahu..salah x aku wat mcm tu..aku cuma wat teman tido jer..sbb bnda br lg aku rindu kat dia..!!
masa mandi jenazah ari tu, aku tgk wajah dan badan arwah sgt bersih!! cara dia meninggal pun cukup mudah..aku redha atas pemergian arwahhh!
Semoga Arwah mak iti di tempatkan di sisi org2 yg beriman..!! aminnnn

Saturday, August 20, 2011

Al Fatihah buat Arwah Nenek

Posted by FadhDeela at 12:35 AM
Reactions: 
2 comments
Arwah Paklong & Arwah Mak Iti

Ya ALLAH!!!! besar sungguh dugaan aku thn nie..aku terasa kehilangan ini..! 18 August 2011 bersamaan 18 ramadhan *malam jumaat* nenek yang aku panggil Mak Iti Kembali ke rahmatullah..Aku masih dalam keadaan terkejutt!! malam semalam pukul 10.45 abg ipar aku call bgtau mak iti sesak nafas suruh blk kg..dlm aku tgh mengemas bj2 tetibe akak aku pulak call bgtau mak iti dah tiada..ya allahh!!!!! luruh jantung aku dengar!! mak iti adalah nenek belah mak aku..dia duduk ngan famili aku since mak aku baru kawen lg..so aku ngan dia dari kecik sampai la besar mmg rapat ngan dia..duduk sebilik tido sekatil..
Alhamdulillah semua nyer berjalan ngan lancar..dari dia hembuskan nafas terakhir sampai la nak kebumikan...thn nie ini jer 2 kehilangan yg memberi kesan yg sungguh mendalam buat aku!!! Selapas kehilangan paklong semalam kehilangan nenek yg paling aku syg!!aku dah xmampu nak menaip lg...nnt2 aku sambung blk!! mohon kepada kwn2 doakan arwah di tempatkan disisi org2 yg beriman...Al Fatihah buat arwah SITI BTE YUNUS!!!

Tuesday, August 16, 2011

Gambar : Nabil Raja Lawak Bersama Bakal Isteri, Nazirah Ayub. Romantiknya!

Posted by FadhDeela at 9:22 PM
Reactions: 
7 comments
woooooooooooo nabil nak kawin???!! terbaikk la yop..sumpah aku xtau pun nabil nie nak kawin..mari kita baca ulasan nabil di Oh Bulan.

Jelas terpancar gembira di wajah kedua-dua bakal pengantin, Nabil Raja Lawak, 28 & Nazira Ayub, 23 ketika menceritakan kepada OHBULAN! mengenai persiapan perkahwinan mereka di kedai Kad Lestari, Seksyen 2, Shah Alam, tengah hari tadi. Mengikut perancangan, Nabil & Zira akan diijabkabulkan pada 30 September 2011 di Masjid Wilayah, manakala majlis resepsi akan dijalankan pada 2 Oktober 2011 bertempat di bandar I-City, Shah Alam.

Nabil & Zira mempunyai impian tersendiri. Mereka menginginkan perkahwinan berkonsepkan kartun wonderland yang menjuruskan kepada keseronokan & ceria bersama para jemputan yang dianggarkan berjumlah 1500 orang. Pada masa yang sama, Nabil sempat berkongsikan perasaannya yang akan bergelar seorang suami dalam masa 6 minggu lagi kepada OHBULAN!

“Saya tak sabar nak tunggu hari perkahwinan. Rasanya, sudah sampai masa untuk saya dirikan rumah tangga, lagi pun saya sudah berumur 28 tahun. Tambahan lagi, ada pihak seperti Festival Pengantin yang ingin merealisasikan impian saya. Memang bersyukur sangat,” kata Nabil dalam nada gembira.

“Pertama kali saya berjumpa dia sekitar 6 tahun lepas melalui kawan baik sendiri. Pendek kata, kawan baik saya tu merupakan abang ipar kepada Zira. Masa tu, dia baru habis SPM, manakala saya masih bekerja sebagai despatch. Ketika itu, dalam hati saya terdetik, “eh cantik gak budak ni”. Masa tu, jumpa gitu-gitu je.

“Kemudian, kami kebetulan bertemu semula pada awal 2011 ketika menghadiri sebuah kenduri arwah. Kami bertegur sapa & borak-borak. Mungkin sudah jodoh, tau-tau nak kahwin dah,” jelas Nabil ketawa menceritakan saat perkenalannya bersama gadis impian.


Monday, August 15, 2011

Macam-macam ragam versi 2

Posted by FadhDeela at 10:31 PM
Reactions: 
4 comments
ari tu aku ada wat entry pasal macam2 nie!! kalo korang lupa leh ke Macam-macam Ragam so kali nie aku wat utk macam-macam ragam versi 2 lak..hahahahahaha
Kali nie punye version aku wat versi kedewasaan *lucah* sikittt!! hihihi selamat melayaannn!!

amboiii dikkk!! kecik2 lg ko dah pandai tgk tempat2 mcm tu erkk!! bahaya bdk nie kalo dah besarrr



budakkk niee baik xyah g sek laaaaa!!! perangaiiii ampeh gilerrr...

Gambar Keluarga Bahagia Aaron Aziz

Posted by FadhDeela at 11:44 AM
Reactions: 
14 comments
Comeynyerr anak si Aaron Aziz nie!! perasaan x bini aaron aziz tu mcm muka baizura kahar..hihihi sweet jer tgk famili diaorg niee!!alhamdulillaaahh semoga mereka bahagia hingga hujung nyawa :)

rasa nak cubit2 jer anak kecik aaron nie!! comeyyy! pandai tol dia wat muluttt!!




Macam-macam ragam!!

Posted by FadhDeela at 12:44 AM
Reactions: 
6 comments
hahahahhaahhahahahhaah pecah perut aku tgk gambar2 nie!! aku ambik gambar2 nie kat FB..sape la punye keje ambik gambar2 mcm nie..kelakar la weeiiiii!! nnt aku kongsi gambar lain lak erkk..cukup utk ari nie aku share...jommm tidurrr!! esokk kijoo...gd nite salamm :)


OMG!!!! anak sape laaa nieee!!!!!

"Aduhh gatalnyerr!!! peehhhh lega dapat garu" kikikikikiki

aduhhh aiii bengong laaaa weeeiii!!

hahaahahaah budus laa sape punyer keje nie!! hahahahhahaha

Saturday, August 13, 2011

Eksklusif: Yusry KRU dan Lisa Surihani Naik Pelamin 2012

Posted by FadhDeela at 10:04 PM
Reactions: 
12 comments
OMG!!!!! Yusry nak kawen ngan lisa???!! Yusri sndiri mengeluarkan statement yg dia mahu menikahi Lisa thn depan 2012..Alhamdulillah..semoga hajat dan cita-cita mereka kesampaian..semoga mereka berbahagiaaa!!

petikan dari Berita Harian :-

Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan.

so kepada peminat-peminat Lisa Surihani & Yusry jangan bersedih hehe, doakan agar mereka bahagia hingga ke akhir hayat

Gambar Kebahagiaan Rita Rudaini & Keluarga

Posted by FadhDeela at 4:02 PM
Reactions: 
2 comments
Happy jer aku tgk Kak Rita dan keluarganyer!! alhamdulillah tgk kak rita bahagia!! kepada org2 yg nak tgk umah tangga mereka bergolak hentikan la..sudah2 laaaa mereka dah hidup bahagia bersama 2 org anak lelaki yg sgttt comeeeyy!
Jom layan tgk gambar2 Rita Rudaini :) *Gmbar2 di ambik dekat twitter kak rita & Beautifulnara*




















Temubual Jimmy Shanley Menjawab Tuduhan Isterinya

Posted by FadhDeela at 3:40 PM
Reactions: 
2 comments

Ikuti temubual Pancaindera dan Jimmy Shanley sepenuhnya di bawah:-

SECARA terbuka, Suhaila kata Jimmy ni tak siuman. Sebagai suami yang masih sah, bagaimana Jimmy menerimanya?

Kenyataan tu macam ada orang tolong draf saja. Iyalah, mungkin dia sibuk sebagai orang bisnes, adalah pihak lain yang akan tolong dia buat kenyataan itu. Tetapi perlu saya nyatakan, orang tak siuman tak boleh puasa. Sesiapa baca kenyataan tu pun boleh fikir di mana tahap pemikiran seseorang itu berada. Tak akan 20 hari saja dia jadi isteri, dah tahu segalanya. Saya tak marah sebab tahu selalunya selepas beranak isteri boleh mengalami kemurungan. Sebagai suami saya baca dan abaikan saja.

Betul ke sebelum ni Jimmy susah sangat nak ‘masuk’ dalam keluarga dia?

Saya malas nak cakap lebih-lebih. Saya pun tak pernah cakap mengenai sikapnya ketika bersama sanak saudara saya pula. Selama kahwin pun tak pernah makan semeja dan tak pernah pun dia minta izin atau bersalam dengan suami kalau nak keluar rumah. Saya bukan baru hidup semalam, orang luar tahu lah saya ni macam mana orangnya. Setakat ni saya tak ada masalah pun dengan keluarganya. Kalau orang bercakap, barulah saya balas balik. Iyalah saya tak berpeluang nak bawa dia berjumpa saudara-mara saya. Bayangkan apa saya rasa bila saudara-mara saya cakap kenapa bini kamu masam saja? Asyik pegang telefon saja? Dan mana isteri kamu?

Pada 17 Oktober 2010 semasa hari persandingan di Ipoh, saya diam dan tak buat sidang akhbar pun pasal ini sebab mungkin isteri tengah kemurungan ketika ini. Memang betul suami kena faham situasi isteri tetapi saya jenis tak minat ‘bersosial’ terutama lepas kahwin. Mungkin di situlah puncanya.

Didakwa tak suka bercampur dengan orang? Pelik juga ya sebab sebagai seorang selebriti, Jimmy tentunya sentiasa dikerumuni ramai orang.

Ada saya cakap saya tak ada kawan? Hello..Facebook saya pun ada 5,000 orang. Tak cukup lagi ke? Tapi kena ingat kawan yang berkualiti adalah lebih penting daripada kuantiti. Bila dah kahwin, sepatutnya pasangan kita adalah kawan terbaik buat kita. Mana-mana saya pergi, orang ramah saja dengan saya dan paling tidak pun saya memberi senyuman. Tolonglah cermin diri di tasik yang tenang. Masyarakat tak bodoh bila menilai seseorang. Saya pun tak hipokrit. Memang saya seorang yang suka menyendiri. Jenis pergi dan balik kerja saja. Dah kahwin lagilah saya nak utamakan isteri dari segalanya tapi apa kan daya, saya merancang dan isteri menentukannya. Kalau saya sombong tak adalah sampai tujuh tahun saya ada dalam industri ni.

Komen mengenai soal tak keluarkan duit perbelanjaan pula?

Pertama sekali berita mengandung tak pernah dikongsi bersama. Hanya pada 28 November 2010 saja berita perihal kandungan dilemparkan pada saya. Kalau nak suami bayar segala kos rawatan kenalah bawa suami sama-sama pergi buat ujian imbasan bayi dan sebagainya. Barulah nampak normal sebagai pasangan suami isteri. Kenapa sekarang baru nak bangkitkan? Siapa yang pelik sekarang ni? Sekarang masyarakat dah tahu. Itulah kita kena berfikir sebelum bercakap bukan hanya membaca teks yang disediakan. Kalau orang bisnes dan jutawan macam mana pun, bila dah memilih orang kebanyakan sebagai pasangan, kita kenalah ikut kemampuan seseorang itu dan bersyukur di atas segalanya. Bukan mempersoalkan. Ikuti lah kisah nabi Muhammad dan isteri tercintanya. Kedua, susah ke nak telefon suami beritahu nak bersalin dan dimana. Sudahlah tak beritahu suami, emak sendiri pun dia tak pelawa ke hospital. Mak mertua yang menghubungi suruh datang tapi saya takut nanti kalau saya datang kena halau. Bukan tak pernah jadi pun sebelum ni.

Macam kes tampar tu, sejauh mana besar salah yang Suhaila buat sampai Jimmy boleh naik tangan?

Saya malas lah nak cerita perihal dalam bilik pada masyarakat tapi bila isteri dah cerita saya nak buat macam mana. Sebagai seorang suami, saya tampar pun mengikut langkah yang sebaiknya. Cakap baik-baik sudah, asingkan tempat tidur semalam pun sudah, minta pertolongan ibu mertua pun sudah dan kemudian barulah tampar tanpa ada kesan sebagai pengajaran. Tapi semua pun tak jalan juga sampai terpaksa pergi kaunseling di mahkamah. Islam tak suruh kita lakukan kekerasan pada insan yang lemah terutama pada isteri. Tak ada pula dicerita itu semua dan apa yang sebenarnya berlaku. Lagipun, saya tak sentuh pun dia di malam pertama bermakna saya tak tampar pun dia pada hari sebelum pernikahan dan pada malam pertama. Sebagai lelaki, saya tak pernah cubit mana-mana perempuan pun sebelum ini.

Kononnya, Suhaila berdiam diri sebab tak nak publisiti murahan, macam mana tu?

Semua ini tidak akan berlaku jika seseorang isteri patuh, mendengar dan taat pada arahan serta perintah suami. Sesiapa pun boleh bersuara cuma kita perlu tahu apa yang dikatakan dan impaknya pada diri sendiri bukan pada pihak yang disuarakan. Biarlah masyarakat yang menilai karya media sama ada publisiti itu murah ke tidak.

Selepas Suhaila ‘membongkar’ segala pekung, Jimmy rasa tercabar tak dengan apa yang dia buat?

Saya hanya takut pada Yang Maha Esa saja. Kalau saya takut kenapa saya failkan kes nusyuz dan kembali taat. Saya tahu jika dah ke mahkamah memang segalanya akan ‘terlondeh’ dan sebelum saya nak failkan kes, saya dah pesan beberapa kali kepadanya berubahlah sebab saya tak mahu bawa ke mahkamah. Tapi dah dicabar maka jadilah kes mahkamah. Saya dah diamanahkan untuk mendidik dan mengubah isteri oleh mertua. Kalau itu pun saya dikatakan salah, saya minta maaf.

Kiranya Jimmy menyesal ke berkahwin dengan Suhaila?

Saya tak nak menuduh siapa betul siapa salah sebab dua-dua ada kesilapan. Menyesal berkahwin? Memang tak, sebab itu ketentuan Tuhan serta saya percaya pada Qada’ dan Qadar. Hanya terkilan sedikit. Ramai yang tanya kalau dah tahu dia begitu kenapa teruskan juga? Sebenarnya, saya pegang pada janji dia yang mahu berubah selepas bernikah. Nampaknya, janji tinggal janji. Sekarang ada hati dia nak ambil hak penjagaan anak dari suami. Saya tak nak perjudikan masa depan anak, jadi saya akan mempertahankan hak di mahkamah. Saya minta maaf jika semua ini mengguris hati dan perasaan para pembaca semua, tetapi saya juga ada maruah yang perlu dipertahankan.

Macam2 la cerita rumahtangga jimmy nie!! kesian lak aku tgk jimmy nie nak pertahankan umah tangga dia ngan isteri...kita xleh nak komen lebih2 sbb kita xtau ape yg diaorg hadapi..ape yg bole kita wat hanya doakan yg terbaik utk mereka!!

Fidah Bercinta dengan Mamat Sepah

Posted by FadhDeela at 2:13 PM
Reactions: 
6 comments
lorrr si fidah nie bercinta ngan mamat sepah..huhuhu so hubungan fidah ngan mito dah xde ape2 la erkk..hihihi msti korang pelik sape mito tu...hihi fidah nie dulu 1 kolej ngan aku..!! mito tu bf dia masa kat kolej dulu..diaorg nie loving couple la kat kolej dulu...smua org tau pasal diaorg! lgpun fidah nie dulu artis kolej aku..kalo ada function ape2 msti dia akan menyanyi...sedap jugak suara minah nie ala2 CT...
Tadi usha Oh Bulan terkejut baca pasal dia bercinta ngan Mamat Sepah..

Rafidah Ibrahim atau Fida, 25, bekas Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007, berkongsikan ciri-ciri peribadi Mamat yang membuatkannya tertarik hati kepada jejaka berkulit hitam manis itu.

“Walaupun kami berdua dalam proses mengenali hati budi. Saya amat tertarik dengan sikapnya yang amat pentingkan keluarga. Ketika pertandingan Maharaja Lawak, Mamat bersama ahli kumpulannya memang sibuk dengan aktiviti promosi serta latihan. Namun, dia masih sempat menghabiskan masa 2-3 hari bersama ahli keluarga. Dari situ, saya dapat lihat yang Mamat ni memang jenis caring orangnya,” kata Fida sambil tersenyum.

“Mamat juga seorang yang manja & mempunyai sifat yang sensitif. Tapi, adakalanya Mamat ada mengeluarkan lawak-lawak yang kasar. Fida susah nak terima, terkejut. Apa pun, saya akan cuba sesuaikan diri,” jelas Fida yang mempunyai perwatakan lembut.

OHBULAN! juga bertanya sama ada Fida & Mamat akan membawa hubungan mereka berdua ke arah seterusnya seperti pertunangan atau perkahwinan dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kami berdua masih belum meletakkan tempoh untuk bertunang atau berkahwin. Lagipun, kami berdua baru sahaja nak menapak dalam bidang hiburan. Apatah lagi, tahun ini rezeki seakan mencurah-curah. Bukan apa, kami gusar andai kata hilang fokus kelak. Pada saya, kalau sudah sampai jodoh, adalah jawabnya,” kata Fida yang juga sepupu kepada penyanyi no 1 Malaysia, Siti Nurhaliza. *mengaku jugak ko spupu CT erk..dulu xnak ngaku!! cehh*


Unik dan Klasik!

Posted by FadhDeela at 12:12 AM
Reactions: 
2 comments
pernah x korang tgk ada tepon kat dlm lift???!! selalu ada tepon yg bile kecemasan tu kannn??hahahahaha ari tu aku g meeting kat SIRIM aku terkejut giler nampak telefon dalam lift! ada tepon pastu tepon tu klasik lak!! hahahahahaha mmg classss..kalo korang x caya tgk pic kat bawah..aku siap capture nak bg bukti kat korang semua!

ahhhh caya x????!! aku xtau la telefon nie leh guna ke x??xtau lak aku kalo diaorg just letak wat perhiasan semata2!! hihihihi telefon nie mmg klasikk..mcm telefon lama pun ada jugak nie :P

Friday, August 12, 2011

Mengambil Kesempatan Keatas Orang Lain

Posted by FadhDeela at 11:05 AM
Reactions: 
0 comments
semalam aku nak wat entry nie tp xde idea nak bercerita..huhuhu aku nak cerita pasal org ambik kesempatan kat org lain nie...bnda nie berlaku kat depan mata aku!!
Opis aku kan sebelah imigresin so skrg nie kan ramai pendatang yg ngah wat program pemutihan..smlm masa aku tunggu member aku ada la 3org pakcik teksi nie duk bercakap2 ngan pendatang2 nie..!! msti dia nak ketuk diaorg nie..! pastu ada sorg pakcik konon nyer nak tunjuk ganas laa meludah2 kat tepi jalannnn!! *pengotor la pakcik oiiiii*
aku xdengar sgt butir ape yg diaorg ckp tp aku nampk la muka pendatang tu mcm sedih jer..masing2 duk kuarkan duit dr dompet..skali aku tgk masing2 kuarkan RM50!!!! diaorg ada la dlm 7 org..ambik 2 teksi!! 7XRM50 = RM350!!!! mahalnyerrrrr!
bagi aku la kalo 2 teksi pun xperlu la smpai sorg RM50!!!!! tu ridiculous sungguhh weiiii...cian kat diaorg! xsmua pendatang tu jahatt..diaorg dtg dari jauh nak cari rezeki..jgn la ketuk mcm tu skali..!!
Macam2 manusia nie!!!

Video Libasan Power Safee Sali & Amirulhadi..

Posted by FadhDeela at 12:23 AM
Reactions: 
3 comments
pehh power sepakan safee sali dan amirulhadi...!! nie la kontroversi yg isteri pemain bola singapura kata safee sali dan amirulhadi monyet!! ishhh msti minah tu buta seni or buta bola..hihihi punye la bergaya sepakan mereka..tu la semangatt yg mereka bg semasa melawan singapura tempoh hari..aku duk tgk berulang kali..hihihi seronok la tgk diaorg libas bola tu..syg xkenaaa libasan tu!! alhamdulillah bola sepak malaysia semakin cemerlang..semoga pasukan bola sepak kita terus maju!!

Wednesday, August 10, 2011

Safee Sali Dapat Tawaran ke Bundesliga Jerman

Posted by FadhDeela at 10:55 PM
Reactions: 
4 comments
Alhamdulillah bertuah betul Safee Sali nie..mula dapat tawaran dr indonesia skrg dapat pulak tawaran ke Bundesliga Jerman..!! tp safee sali masih belum membuat ape2 keputusan sbb belum mendapat betul2 tawaran dari kelab jerman itu..bangga nyer anak malaysia dapat bermain bola sepak smpai ke luar negera...mmg cara permainan safee sali sgt superb!! tahniah safee sali..jgn lepaskan peluang yg terbaik nie!

Alaaahh Comelnya dia Tidur

Posted by FadhDeela at 12:57 PM
Reactions: 
4 comments
Comey giler kot budak nie!!! gerammmnyer aku tgkkkk! rasa nak picit2 jer pipi diaaa...tembamnyer masyallahhhh!! kalo anak buah aku nie dah lama kena geget pipi tembam dia tu...cute sungguh laaaaa

Tuesday, August 9, 2011

Nur Fathia pelakon Stanza Cinta

Posted by FadhDeela at 11:51 PM
Reactions: 
15 comments

aku ngah layan fuuhh kat tv 3 nie!! guest fuuhh minggu si fathia pelakon stanza cinta nie...suka aku tgk muka..sweet jerr nampak ayunye! masa dia blakon dlm stanza cint pun suka aku tgk..maniss jer muka dia..sejuk mata memandangg!! dia menangis pun muka dia manis jer..so ari nie aku nak cite pasal dia..siapa fathia nie sebenarnyer..meh tgk biodata fathia:

Nama: Nur Fathia Abd Latiff
Tarikh Lahir: 1 September 1987 *laaa muda aku setahun jer..muka matured betul*
Tempat Lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada 4 adik beradik
Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM selangor

Fathia adalah anak sedara pengacara TV3 Farah Deeba..Fathia menceburi bidang seni nie semasa berumur 19thn..Tengok iklan shampoo sunsilk nie xsangka la minah nie adalah si fathia...comeyyy jer :P

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review