Tuesday, May 31, 2011

Betul ke Cara Pemprosesan Tauhu Mcm nie??

Posted by FadhDeela at 6:57 PM
Reactions: 
8 comments
OMG!!!!!!!!!!!!!!!!! Geli nyer aku tgkkkkk...baru mbr aku post pic nie kat FB td..alamakkkk gelinyer tekak aku..walaupun aku xmkn tauhu tp gembang tekak aku tgk la weii..siot tol la!!! kat mana nie??xkan kat malaysia kot...aduh kalo kat malaysia ramai la org xmkn tauhu mcm aku gamaknyer..sape2 ibu2 mengandung..sape2 yg ada penyakit aku nasihatkan jangan tgk la..!! kang ada yg muntah hijau lakkk..jomm tgkk!! agaknye pas tgk pic nie lalu x korang nak mkn tauhu??!!! hahahahaha













Jeng..jeng...jenggg!!!











Pertunangan Elly Mazlein, Perkahwinan Ahmad Fedtri Dan Perkahwinan Salleh Yacob

Posted by FadhDeela at 5:28 PM
Reactions: 
4 comments
Byk yg aku tertinggal nie..bile baca beautifulnara byk input aku dpt..hihi thanks abg nara!! suka baca blog abg nara..1st kali kita cite pasal Pertunangan Elly Mazlein..!! aku suka tgk muka si elly nie..!! mata dia cantekk..elly bertunang ngan duda anak 2..! persoalan: kenapa dia dah boleh pegang tgn?hahahaha bertunangkan?bkn bernikah kan?? hihihi kalo nak pegang tgn pun jgn tunjuk kat public..xpe la aku jalan ngan bf pun pegang tgn jugak hihihi suka hati hang la elly hahahaseterusnyer Perkahwinan Salleh Yacob dengan isteri ke 4 nyer..sape tah nama dia..!! hihihi semoga berkekalan smpai ke akhir hayat..semoga abg saleh dapat kekalkan keharmonian rumahtangga beliau..syabaass!!! beliau bercadang berbulan madu di china bersama 3org isteri nyer lagi..siap bwk anak2 lagi..cayalahh saleh yacob!! hahahaha ada byk lagi pic perkahwinan mereka dia Beautifulnara!Akhir skali Perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya..aku suka dia nie kalo jadi pengacara!! suara jantan dia lantang sungguh hihi..isterinyer adalah seorg guru..alhamdulillah!! semoga berkekalan sehingga akhir hayatt!! aku suka tgk pic kawen dia nie..nmpk macho jer duduk masa akad nikah..smart abis la!! dulu aku ingt si Fedtri alah aaauw2 donat mcm tu..hihi sori la tersilap tafsir hihi mcm biasa pic selebihnyer leh tgk kat Beautifulnara!!

Monday, May 30, 2011

Koma disimbah Asid

Posted by FadhDeela at 12:10 PM
Reactions: 
5 comments
ape penyakit la diaorg nie..nape suka suki jer nak simbah org ngan asid..!!! skrg nie slalu sgt aku baca kat paper pasal simbah asid..ari tu 2 india nie simbah asid kat perempuan tp ari nie aku baca org simbah asid kat lelaki lak...diaorg nie ingt nyawa manusia nie mcm nyawa semut ke????!! xde hati perut langsunggg...huh!! tgk gambar tu..sopakk terus muka pakcik nie!! Ya ALLAH kesian nyer!!! marah sungguh aku..meh baca petikan metro!!

JOHOR BAHRU: “Mereka yang melakukan ini dayus. Akibatnya suami saya bukan saja melecur hampir keseluruhan muka dan badan hingga ke paras pinggang, malah cacat penglihatan seumur hidup,” kata isteri kepada mangsa simbahan asid, Zaiton Aris, 50, semalam.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, akibat perbuatan itu suaminya, seorang pemandu teksi, Khairul Zaman Jaiman, 47, bertarung nyawa di Wad Rawatan Kebakaran di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Menceritakan insiden menyayatkan hati itu, Zaiton berkata, kejadian pada jam kira-kira 12 tengah hari, 5 Mei lalu apabila teksi suaminya ditahan dua lelaki menaiki Proton Saga warna putih di Jalan Sena di Taman Rinting, di sini, iaitu satu kilometer dari kediaman mereka.

“Saya difahamkan, dia memberhentikan kenderaan apabila dua lelaki mahu bertanya arah. Apabila suami menurunkan cermin kenderaan, seorang daripada mereka menyimbah asid ke muka suami. Suami meraung kesakitan sambil meminta tolong sebelum orang awam yang berada di lokasi menyiram air dan menghantarnya ke hospital,” katanya.

(VIDEO)Ghairah Prema Yin & Shah Jaszle

Posted by FadhDeela at 12:52 AM
Reactions: 
14 comments
giler la video clip nie!! ingt nie oversea ke??kalo oversea pun ko tu melayu n islam xperlu la nak wat mcm tu skali..aku tgk video nie kat blog abg nara...bak kata abg nara yg mengarah video nie se gambit...mmg gambit tol la dia tu!!! aku pun sbnrnyer xsuka sgt ngan gambit tu..muka bajet macho jer!! aku pernah jumpe dia kat OU..! siap ada body guard lg...! glamor sgt ke dia smpai nak ada body guard????hahahahahaha..kwn aku ckp dia anak org kaya..so wat??? lantak ko la ehh..baca petikan abg nara!

Memang memalukan. Tambah memalukan apabila video di bawah diarahkan oleh Gambit Saifullah dan Umair Mohamed. Tengok nama memang nama Islam. Kalau tak tengok dari segi agama pun, video klip ini memang dah nampak macam Amerika sangat. Tak ada budaya negara kita langsung. Apa kejadahnya? - Beautifulnara!!

video

korang tgk dan korang komen la...!! sekiann :)

Sunday, May 29, 2011

Ikan Bakar Sekinchan Di Kota Damansara

Posted by FadhDeela at 10:56 PM
Reactions: 
3 comments
Ari khamis ari tu Projek Manager aku bwk g mkn ikan bakar kat Sekinchan Kota Damansara..semperna nak celebrate besday bos dari jakarta!! mmg dah lama aku idam nak g mkn kat sini..mcm2 aku dengar komen org xsedap la mahal la..tp bg aku ok la sedap jer aku rasa..xtau la time aku g tu ngah lapo bebenar so smua aku rasa sedap..!! hihi aku tgk smua mcm berselera jer mkn..kitaorg selalu mkn ramai2 bile developer dari jakarta datang and review ngan client dah successful..alhamdulillah!! Meh usha menu kitaorg!! penuh meja ngan makanan hahahaha..dalam projek nie aku ngan kak vee jer wanita yg aktif berjimba so menu2 nie aku ngan kak vee la yg pilih..hihihihi jgn terliurrrr lakk hahahaha

tgk la muka2 manusia2 yg dapat mkn..hahahaha bwh nie la bos aku *project manager* He is the best PM!!! slalu jaga kebajikan staff2 dia..thanks la bos slalu blanja kami mkn!!

yg baju belang2 tu bos jakarta!! cha sebelah tu project mate aku..*leh x guna ayat tu* kira opis mate aku la..aku selalu gado ngan cha nie..dia suka menyakat aku! tp diaorg semua bestt!!

mkn elok2 la cik abg oiii..ish2 xsenonoh tol!!

Nie kak Vee..!!

Yg nie?? Encet Lebah hahahaha fizi..bdk kecikk tp jiwa bdk besar..

Pas mkn2 kitaorg seperti biasa la g sumbangkan lagu org!!hahaha normal la kitaorg kaki karaoke..kitaorg celebrate besday bos! pasal karaoke esok la erk aku update..hihi

Konsert Mentor Final..Siaran Langsung

Posted by FadhDeela at 9:07 PM
Reactions: 
4 comments
Final Konsert Mentor 5 TV3. Malam ini penentu segalanya siapakah yang bakal bergelar juara rancangan realiti hiburan Mentor musim ke 5.

Tiga Mentor akan beradu vokal,Salma,Iqa dan Shiha.Masing-masing memiliki kelebihan vokal tersendiri.Di tambah pula tunjuk ajar protege(sifu) mereka. Aku nak Salma menang!! sore dia sedaaappp!!! hihihi suka2 jer aku nie..xpe la sape pun menang sbb 3 finalis sedap2 sore dia..xmcm AF hahaha

Siaran Langsung Konsert Mentor 5 akan bersiaran dari Stadium Melawati,Shah Alam tepat pukul 9 malam ini 29 Mei 2011.Tetapi,kepada peminat Mentor 5 akan juga boleh menonton dikaca tv mahupun secara Live Stream di internet.

Untuk menyaksikan Secara Live Streaming,Sila klik pada tajuk aplikasi pautan dibawah:

Konsert Mentor LIVE!!!

Jom layan Konsert Mentor Final!!!!

Saturday, May 28, 2011

Siti Nurhaliza sertai Wartaniah?

Posted by FadhDeela at 1:17 AM
Reactions: 
7 comments
laaa Siti nak join wartaniah lak...mcm2 la!! bole ke siti nak wat aktiviti lasak nie??siti tu kan lemah lembut..kulit pun bersih jer..sanggup ke nak main lumpur smua cik kak oiii hihihi xpe la dia masuk wartaniah pun sbb nak capaikan hajat dia nak jadi polis..good luck la siti..!! jgn xtahan lak ngan aktiviti lasak tu nnt sudah la erk hihi
meh baca sikit paper kosmo!!

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah pada masa terdekat.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd. Jiwa.

"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini semalam.

Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu.

Tambah Ahmad Zahid, dia turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.

Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

Semoga berjaya la kepada Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan lain2!!

Friday, May 27, 2011

Tomok Nak Kahwin ",)

Posted by FadhDeela at 11:44 PM
Reactions: 
2 comments
Tomok nak kawen..!! besar dah tomok nie..hihihi dulu ingt lg masa dia ngan new boys..hahahaha kelakar tol muka dia..!! pastu kena baling telur masa wat show kat mlk..hihi skrg nie tomok dah xmacam dulu..sedap jugak sore dia skrg..aku suka tgk tomok masa OIAM dulu.. 1 july nie tomok bakal berkawen ngan seorg pramugari..!

KUALA LUMPUR: Juara rancangan realiti TV, One In A Million musim ke-3, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32 .

Tomok berkata, dia mengenali Siti Rahayu sejak lapan tahun lalu dan memilih 1 Julai ini sebagai tarikh akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat di sini.
Penyanyi yang kini popular dengan lagu Merentas Masa itu berkata, dia mengenali bakal isterinya itu secara tidak sengaja pada 2003 sebelum bertukar-tukar nombor telefon.

“Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa selain bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis,” katanya.

Menurut Tomok, dia tidak menyangka hubungan persahabatan dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin. “Pada 6 Julai pula, kami akan mengadakan majlis persandingan tertutup di Saloma Bistro khas untuk rakan artis dan media manakala kenduri pihak keluarga saya akan dilangsungkan pada 9 Julai di rumah ibu bapa saya di Alam Damai, Cheras,” katanya.

Wednesday, May 25, 2011

Bruno Mars - Lazy Day

Posted by FadhDeela at 11:27 PM
Reactions: 
4 comments
Ptg td aku punye la stresss...aku stress ngan DIA!!!! nape la 'awk' xabis2 nak sakitkan hati sy!!!! dah la..cukup2 la ape yg awk dah wat kat sy..!!! sy stress ngan sikap awk!! sy dah lama maafkan awk cuma hati sy blum terbuka sepenuhnyer utk menerima sesiapa dlm hidup sy so pls jgn tuduh sy macammm! ape yg berlaku antara awk dan sy, lukanyer masih terasa lg walaupun dah genap setahun..dr hati sy dah lama maafkan awk dan keluarga awk..tolong phm dan terima yg sy masih belum bersedia utk sebarang hubungann! jgn paksa sy!!!!
Aku suka tgk video clip nie kalo aku ngah tension2 or stresss!! opis mate aku yg bg..bile aku bertekak ngan dia pasti aku akan stresss!! dah la..cukup aku da terseksa sblm nie..! serius aku dah mls nak ckp pasal dia..jom teman aku layan video clip Bruno Mars nie!! enjoyy!!

video

Tuesday, May 24, 2011

Air Asia buat Promosi Hebat..Harga dari 10sen!!

Posted by FadhDeela at 9:57 PM
Reactions: 
4 comments
weeiii mmg best tgk promosi Air Asia nie...jgn lepaskan peluang nak g bercuti ngan keluarga..!! aku dah book dah..hahahahaha selamat terbang ke Langkawi & Krabi!!! waaaahhh terbaikk la weii mmg berjalan la aku 2012..hahaha dah lama aku idam nak g krabi..akhirnye!!

Book From: 23 - 29 May 2011
Travel From: 6 Feb - 20 June 2012

FROM Ringgit Malaysia 10sen!!!!!!

Many Destinations can go!..


Kalo nak lebih details korang masuk AIR ASIA!!!!
Selamat Bercuti kawan2!!!...Yaaahhhuuuuu..

Monday, May 23, 2011

Video: Sekitar Pengebumian Anak2 Yatim yang terkorban

Posted by FadhDeela at 3:33 PM
Reactions: 
4 comments
Nak nngs aku tgk video nie!!! sedihhh sgtt..kesian bdk2 nie..dah la ibu bapa dah tiada nasib malang lak menimpa..nak nngs aku tgk! Aku hanya mampu berdoa agar roh mereka di tempatkan di sisi org2 yg beriman dan pada yang terselamat semoga mereka kuat mengharungi kehidupan yg akan dtg..amin!!

video

PS: wartawan pun jgn la mcm tu skali..bg la ruang kat ahli keluarga mangsa!! simpati la sikit pada mereka..

Abang cerita detik adikyer tertimbus..Sedihnyer!!

Posted by FadhDeela at 2:54 PM
Reactions: 
2 comments

KUALA LUMPUR: “Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik.

“Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata.”

Demikian luahan Mohd Awie Abdul Latif, 11, menceritakan detik kematian adiknya, Mohd Riezman, 9, dalam tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa dan mencederakan sembilan penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini, kelmarin. Mohd Awie yang ditemui di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam berkata, sebelum kejadian pada jam 2.30 petang itu dia, Mohd Riezman dan kebanyakan penghuni lain berada di dalam khemah untuk melakukan persiapan bagi majlis serahan bantuan oleh seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Ketika itu, Riezman berada dekat dengan saya. Kemudian, ada orang menjerit supaya menyelamatkan diri kerana ada tanah runtuh lalu kami semua segera lari. Saya sungguh terkilan kerana tak sempat menyelamatkan adik,” katanya.

Malang Tak Berbau di pagi hari..

Posted by FadhDeela at 11:06 AM
Reactions: 
0 comments
masa aku g keje td jem teruk xyah cite la..mungkin sbb hujan kot pg td!! tp yg aku sakit ati abg2 moto nie nape la suka suki jer bhenti kat tepi highway tuk berteduhhhh..bahaya nyer abg2 ku syg..kalo nak berteduh berhenti la kedalam sikit jgn la berhenti tepi2 higway...tau la kete2 nie kadang2 gile jugak lalu kat laluan kecemasan..
skrg nie aku nak cite pasal ada sorg cik abg nie jatuh motor tol2 depan aku..alamakkkk ciannnyer abg!! aku benti kat shell td isi minyak..ada sorg abg nie tergelincir jatuhh smpai motor dia terserettt kechepukkkk tergolekkk....ssrrreeettt moto dia kat depan aku!!! nasib aku xangkat hos minyak tu lg kalo xmau mandi minyak abg tu...motor dia tol2 terjatuh kat depan aku..sikitt jer lg nak kena aku..aku pun tergamam terpingga2 tgk abg tu..ciann pun ada!! bajet nak tolong nak angkatkan moto dia tp mak aii berat nyer...last2 aku angkat abg tu jer la!! hihiihihi *termiang lak pg2 ni* cian kat abg tu bercalar kaki dia..!! tersipu2 abg tu tersenyummmm malu kot abg tu ngan aku hihihi kalo time hujan2 nie sape yg bwk moto tu elok2 la erk..jgn wat aksi tau..!! nnt jatuhh bahaya!! Majulah Sukan Utk Negara..*ada kena mengena ke??* hihi

Sinopsis & Trailer Pirates of Caribbean On Stranger Tides!!

Posted by FadhDeela at 12:21 AM
Reactions: 
2 comments
setelah sekian lama aku xg tgk wayang td aku g berjimba!! pas main bowling g tgk wayanggg!! hihihi mmg terbaik la weeii..hujung2 bulan wat aktiviti mcm tu...hahaha dah la aku bulan nie gabak betul kete..tp xpe la sekali sekala bkn slalu pun aku tgk wayang..sementara xberapa bz nie baik aku gunakan sepenuhnye hihi..td ada la org tu ajak aku tgk Nur Kasih..alamak yg sori la teman kureng sikit la Nur Kasih tu..!!cite lain la kita tgkk..so ambik kptsn tgk cite Pirates of Caribbean On Stranger Tides!!
bole tahan juga cite dia..aku bg 4/5 la..paling best watak Kapten Jack Sparrow nie..lawak tol hihihi Kalo sape nak tgk dipersilakan..mmg best!!
Meh baca sinopsis cite Pirates of Caribbean On Stranger Tides!!

Captain Jack Sparrow (Johnny Depp) tak pernah mengira kalau ia bakal bertemu lagi dengan Angelica (Penelope Cruz). Sejak awal Jack memang tak pernah bisa meyakinkan dirinya sendiri tentang apa yang ia rasakan. Jack tak yakin apakah ia telah jatuh cinta pada wanita ini atau tidak. Dan sepertinya Angelica tahu persis bahwa ia bisa memanfaatkan Jack untuk mendapatkan apa yang ia inginkan.
Dengan rayuannya, Angelica berhasil meyakinkan Jack Sparrow untuk membantunya mencari legenda mata air yang konon bisa membuat orang tak bertambah tua sedikit pun. Jack yang masih ragu toh akhirnya bersedia juga berangkat bersama Angelica untuk mencari mata air ini. Celakanya, masalah Jack bukan hanya Angelica saja. Angelica adalah putri dari bajak laut Blackbeard (Ian McShane), musuh besar Jack Sparrow.
Saat perjalanan dimulai, Jack semakin tak pasti. Ia tak lagi tahu siapa yang sebenarnya lebih berbahaya, Blackbeard atau Angelica. Sayangnya perjalanan sudah dimulai dan tak mungkin Captain Jack Sparrow mundur dari perjalanan penuh risiko ini. Berhasilkah mereka menemukan mata air legendaris itu? Dan mampukah Jack Sparrow lolos dengan selamat kali ini?

video

Pengalaman Sham Kamikaze mendapat Hidayah ALLAH!!

Posted by FadhDeela at 12:05 AM
Reactions: 
2 comments
Alhamdulillahhhhh...!! syukur kepada Allah bile aku baca pasal Sham Kamikaze mendapat Hidayah Allah..skrg nie sham dah byk berubah..Sham dah xseperti sham kamikaze yg kita kenal dulu...dulu sham bertindik pakai subang...jom tgk video Sham menceritakan bagaimana dia mendapat hidayah..SYUKUR!!

video

Ramai jugak artis2 skrg nie dah berubah mendapat hidayah ALLAH..Alhamdulillahhh syukur!!

Sunday, May 22, 2011

Gambar - gambar Tanah Runtuh Timbus Rumah Anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa Ulu Langat

Posted by FadhDeela at 12:36 AM
Reactions: 
4 comments
Semua gambar2 ini dari mohamadazhan semua details boleh usha ke blog mohamadazhan!!! sedihh sayu hati aku melihat gambar2 kanak2 yg terperangap runtuhan tersebut!! Ya ALLAH selamatkan mereka..tempatkan mereka di sisi org2 yg beriman...AMIN!!









video

Saturday, May 21, 2011

Kemaruk Bermain!!!

Posted by FadhDeela at 11:41 PM
Reactions: 
4 comments
tgk la bdk dua org nie...!! geram jer aku tgk diaorg nie..nie la anak2 buah aku..sorg anak abg aku sorg anak akak aku..diaorg nie umur xjauh beza sgt pun..diaorg nie xleh dekatt msti bercakar!! tah la jeles ke ape ke xtau nak ckp..nmpk gaya nak bermain tp ganas sgt..sorg suka sgt main tarik2 sorg tu suka sgt mengigittt..mcm2 gaya la anak2 buah aku nie!! nie nak kuar lg 2org..amboiii cepatnyer anak buah aku jadi ramai..kalo smua berkumpul jadi taska lak umh aku!! tp seronok tgk gelagat diaorg nie...!!

yg paling aku xleh blah kecik2 mcm nie dah pandai main ipad!!!! aku yg dah tua nie pun xpernah dapat ipad tp bdk2 nie dah dpt ipad..syok jer tgk diaorg mainn...main tekann jer sesuka hati dia yg penting kena ada bunyi..!! hihihi bdk2 2org nie xleh sorg pegang msti nak ditariknyer..jeles sgtt la! paling kelakar bile ayah aku berdiri pakai seluar..berlumba2 merangkak paut kaki atok dia..hahahahaha kalo sorg ayah aku dukung msti sorg lg dukk tgkkk xpuas hati..!! hahaha geramm jer aku tgk gelagat diaorg nie..Rindunyer kat anak2 buah aku!!!!

nie start nak berebut la nie!!!

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia

Posted by FadhDeela at 8:36 PM
Reactions: 
0 comments
Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, juga ibu kepada pelakon Faizal Hussein telah kembali ke rahmatullah telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri.

Mstar ada menyebut, cucunya Ayang Hussein berkata bahawa arwah telah dihantar ke klinik ekoran demam panas & batuk. Namun, doktor disyaki telah memberikan ubat yang tidak bersesuaian sehingga sistem imunisasi arwah gagal berfungsi.

Ayang Hussein & ibunya kemudian menghantar arwah ke hospital & dimasukkan ke ICU setelah koma pada pukul 10 malam tadi. Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota, Danau Kota selepas waktu Asar nanti.

Al-Fatihah buat Mahyon Ismail. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tragedi Tanah Runtuh Batu 14 Hulu Langat - Rumah Anak2 Yatim Tertimbus!!

Posted by FadhDeela at 5:53 PM
Reactions: 
2 comments
Aku dpt mesej dari kawan aku br jer jap td!! "Tanah runtuh batu 14, Hulu Langat membabitkan Rumah Anak2 Yatim & Anak2 Hidayah Madrasah Al Taqwah, 2 Mayat berjaya ditemui, 21 lg tertimbus!!!" Ya Allah ramainyer yg tertimbus dan masih xdpt di temui..Allahuakbar!!!!

Setakat ini dilaporkan 2 kanak-kanak maut manakala 7 lagi berjaya dikeluarkan selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus.Kesemua mereka telah dihantar ke hospital Kajang.
Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.
Walaubagaimanapun berita terkini melaporkan 21 lagi tertimbus...
Ya Allah selamatkan mereka!!!! Mari doakan mereka semua di sana berjaya dikeluarkan dan selamat!! AMIN...

Salma Mentor - Sedalam Mana Cintamu

Posted by FadhDeela at 4:31 PM
Reactions: 
0 comments
Minggu lepas aku xtgk semi final 1 mentor nie....diaorg ckp saingan semuanyer sengit2!! minggu lepas Salma nyanyi lagu Sedalam Mana Cintamu - Safura!! lagu fav aku tu..mmg terbaik la nyanyian Salma..! Salma fav aku dlm mentor nie..undi for Salma!!! jom layan lagu Sedalam Mana Cintamu nyanyian Salma!!!
video

Friday, May 20, 2011

Kopi ada Gelatin Babi!!!

Posted by FadhDeela at 5:07 PM
Reactions: 
4 comments
Petang2 mcm nie br aku bkesempatan nak baca paper..bukak2 je terbaca pasal ramuan kopi ada gelatin babi..!! persoalan aku yg pertama Gelatin Babi tu ape????!! sedih aku bile baca pasal berita nie..rasa aku ramai org2 melayu and islam mkn kat Kluang Railway Station nie...!! 1 lg persoalan aku Kluang Railway Station dengan Kluang Station same ke???!!!! moh la baca petikan dari Metro nie:

KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.

Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.

Uncle2 nape tipu kami!!!!!!!!!!!!!!!!! MasyALLAH!! kena rajin memasak la gamaknyer...xleh mkn kat luar dah skrg smua org nak tipu kita..jht la diaorg nie...!! huh

Ole - Ole Bali @Empire Subang

Posted by FadhDeela at 11:48 AM
Reactions: 
6 comments
Lokasi: Ole - ole Bali @Empire Subang... Type: Makanan Indonesia
Peh ari tu pas meeting kat Shah Alam ada org nie nk belanja aku mkn lunch..aku pun ape lg syokk la org nak blanja..hihihi aku tnye jugak nak ajak aku g mkn mana??? time tu aku mmg giler punye lapo sbb breakfast xmkn ape2 pun..leh lak dia suh aku pilihhh nak mkn ape! hahahahaha makcik suka kalo pilih kedai mkn nie..lg2 org nak blanja..!aku tnye la jugak nak type mcm mana fast food ke mkann western ke mknan melayu?? yela org nak blanja takut jugak terlari budgett lakkk!! "Its ok mana2 pun bole..u just pilih jer restoran mana u nak mkn..!!" waaaaaaaaaaaaahhhh cantekk la aku suka statement tuu hikhikhik..Ape lg tekak lak ari tu ngada2 teringin nak mkn makanan indonesia hihi b4 nie aku pernah jugak mkn kat Ole2 Bali nie tp kat sunway piramid..bole tahan jugak mknan dia tp tempat dia sempit sikit..Ole - ole Bali kat empire nie better lg la..suasana dia pun cantekk..harga??tgk kat menu berpatutan jugak la sbb portion dia besar..leh kongsi mkn berdua..kegilaan aku cumi2 dia *sotong* dgn sate lilit!! btg sate bkn lidi tau tp btg seraii!! sedaapppp..! jom layan pic2 sekitar Ole - ole bali.. *org belaja gmbar xde erkk hihihi*
Sate Lilit

nie aku punye menu..xabis pun..byk sgt!!

Tersengih org belanja hihihi

air nie sedap tp muak kalo mkn ngan nasi..

nie pun bestt!! mcm ais cream

Address : LG27, LG Floor, Empire Gallery Shopping Centre,
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Tel. : 03-50222629 Fax : 03-50222118
Business hours : 10am - 11pm
Website : http://www.balibistro.com/

Thursday, May 19, 2011

Sinopsis Filem Nur Kasih..

Posted by FadhDeela at 12:50 PM
Reactions: 
6 comments
ari nie filem gilaan org ramai Nur Kasih keluar di pawagam...!! ramai yg excited nak tgk tp aku mcm xecited jer hihihi paling best mak aku yg xsuka tgk wayang n dah tua2 nie xpernah masuk wayang ajak aku tgk wayangg!!! hahahahahahaha class la makkk!! nnt kita g tgk Nur Kasih kat wayang erk walaupun den xminat cite nur kasih nie..hihi demi mu makk!! cewaaah..meh baca sinopsis Filem Nur Kasih:

Filem ini adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia.
Ok sekarang apa kata kita lihat gambar-gambar semasa penggambaran filem Nur Kasih The Movie. Penggambaran diadakan di Kampung Sg. Gulang-Gulang, Tanjung Karang dan di Jordan (Amman, Wadi Ram dan Petra).sape yg dah tgk Filem Nur Kasih semalam??? meh la cite kat aku best ke x nak bwk mak aku g tgk wayang nie!!! aku dah la xminattt agak2 nyer aku yg xminat nie leh jadi minat x??huhuhu komen sikit kwn2!!

Tuesday, May 17, 2011

Konsert Lagenda Double Trouble Di Melaka!!

Posted by FadhDeela at 9:58 PM
Reactions: 
6 comments
Konsert Lagenda Double Trouble kembali kat Melaka pulak!!! jumaat nie konsert double trouble akan diadakan di Melaka..Stadium Hang Jebat!! kenapa ari jumaat???? waaaaaaa aku nak tgk sgt Konsert Double Trouble tp tu la xde sape nak teman den g tgk..huhuhu kang g sorg2 ada jugak aku xmasuk stadium hihihi xreti nak nak g tempat ramai2 mcm nie sorg2!! esok nk try tnye mbr opis la..hihihi nie aku kongsi details Konsert Lagenda Double Trouble Di Melaka..

KONSERT LAGENDA DOUBLE TROUBLE
LIVE @ MELAKA 2011
27 MEI 2011 , 9.00 MALAM , STADIUM HANG JEBAT
TIKET-TIKET KONSERT DOUBLE TROUBLE THE LEGEND SIRI TERAKHIR
LIVE @ MELAKA
AKAN MULA DIJUAL SECARA ONLINE PADA 15TH FEBRUARI 2011 (SELASA)
DENGAN HARGA TIKET:
VIP( BERBUMBUNG) -- RM100/=
&
TIDAK BERBUMBUNG (PADANG) -- RM70/=

Tiket leh dapat kat TIKET ONLINE try la kalo ada lg!! hihihi
korang nak teman aku x?? hihi sila angkat kaki :)

Saida (akak CT Nurhaliza) ada BF???!!

Posted by FadhDeela at 7:57 PM
Reactions: 
6 comments
biasa la bz punye pasal smpai paper pun xsempat nak baca...pg td aku baca paper ada la terjumpe pasal si Saida akak Ct Nurhaliza..tajuk utama "NurSaida didakwa ada Teman Lelaki" terkejut jugak la aku baca statement tu..bkn ke si saida nie dah kawen??anak punye la ramai??huhuhu mcm2 hal la..dah masuk dunia artis mula mcm2 kes akan berlaku.. meh baca dulu berita pasal saida nie pastu aku komen..ihihi

KUALA LUMPUR – Kakak penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Nursaida didakwa mempunyai teman lelaki sehingga tergamak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Malah, teman lelaki Siti Nursaida, Hafiz Che Mat yang juga rakan sekerja Siti Nursaida didakwa turut mengganggu proses perdamaian rumah tangga serta mendesak artis berkenaan bercerai dengan suaminya. *sengal tol!!!*

Demikian antara dakwaan yang dibuat oleh suami Siti Nursaida, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Syariah, Mohd. Suhaily Rosdi di sini semalam semasa prosiding permohonan cerai oleh bekas peserta Akademi Fantasia 6 itu.

“Saya sangat sedih dan kecewa, dulu isteri saya seorang yang lemah lembut dan bertanggungjawab tapi dia sudah berubah. Sekarang anak-anak sampai tidak pergi sekolah, bangun lewat kerana dia (Siti Nursaida) sudah tinggal di rumah lain,” kata bekas jurutera kaji bumi itu. Mohd. Ghazali dinamakan sebagai defendan oleh Siti Nursaida, 35, selaku plaintif dalam permohonan cerai secara baik yang difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984. Defendan hadir bersama peguam syarie, Amli Embong manakala Siti Nursaida pula ditemani kakak iparnya, Rozi Abd. Razak.

Ape la..xkesian ke kat anak2 tu..!!! geram lak aku baca pasal si saida nie..!! kenapa tergamak dia sangup wat anak2 mcm tu..cian bdk2 tu kalo xsilap aku anak2 dia smua nyer kecik2 lg..ish2!!!! aku xnak ckp lebih2 sbb aku xkawen lg..hihihi tp ape2 pun pikir la nasib n masa depan anak2 tu..kesian diaorg!! renung2kan dan selamat beramal hihihi

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review