Wednesday, March 30, 2011

Siti Nurhaliza mengandung??

Posted by FadhDeela at 9:21 PM
Reactions: 
7 comments
aku baca beautifulnara td..hahahaha nak tergelak aku bile baca entry abg nara pasal ct nurhaliza...korang tgk gmbo tu..bg pendapat korang la btol ke ct mengandung??atau pun ct dah buncittt hihihi alah abg nara, deela rasa ct dah mukkk laaaa kalo dia mengandung sure dia bgtau kita punye..hihi kalo ct mengandunggg alhamdulillahh sbb mmg tunggu2 baby ct ngan dato k..sure comeyyyy la!!!
aku minat giler kat siti...bile dengar dia nyanyi makkk aiii sedappp nyer..dah la ct nie comeyy ayuuu..sejuk mata memandang!! ramai org duk fitnah dia mcm2 tp ct tetap cool..rileks jer..syabas ct!! love u muuuaaaahhh hihi *over lak aku nie* jom layan pic2 aku gugels hihi *ari nie xleh wat blogwalking la chager lappy tinggal kat opis huhuhu esokk erk im sorry kwn2...*

Tuesday, March 29, 2011

Wake up Deela...Forget about Him!!!

Posted by FadhDeela at 11:15 PM
Reactions: 
32 comments
tepat pukul 11.15pm td...seriuss cukup tersentap aku ngan statement dia..ya allah nape aku xphm2 lg yg dia bkn milik aku...nape aku still nak contact dia still nak pikir pasal dia still nak tehegeh2 pasal dia...dah byk kali dia bg kata2 yg cukup utk aku sedar dia bkn milik aku..dia wat aku nngs lg mlm nie..Sedar la deela..plsss wake up!!!!!!!!
mmg aku xde jnji ape2 ngan ko utk berkomunikasi kat FB...mmmgg TAKDEEE xperlu la ko nak bg statement mcm tu...enuff!!! cukup la penderitaan ko ngan famili ko dah bg kat aku selama nie..!! nape aku xphm2 lg???dia dah buang ko jauh2 dlm hidup dia nape ko xphm2 lg deeelaa!!!! sedihhhnyer!!! makkkkkkkkk http://www.cute-smiley.com
Wake up deela pls wake upp..life must go on!!

12 Pelajar AF 9

Posted by FadhDeela at 10:29 PM
Reactions: 
2 comments
ada lg af nie..aku ingt dah bkubur..huhu ada lagi ke peminat af nie?? ada ke xda ke kita tunggu 2 april 2011 (sabtu nie) astro RIA pukul 9pm aku nak tgk Tirai AF nie pun sbb nak tau sape pengetua AF9 nie...katanyer maybe Amy Search..harap2 la!! nie nama2 peserta af9:

1. Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, Selangor *anak buah aku!! hihi*
2. Mohamad Amirullah Jahari (Amir), 19 Sarawak
3. Mohamad Azri Abdullah (Azri), 24, Selangor
4. Khairul Najmuddin Abu Samah (Erul), 20, Kuala Lumpur
5. Nur Khaidir Muhd (Kay), 22, Kuala Lumpur
6.Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib), 21, Melaka *org kampung*
7. Nur Suhada Jebat (Aida), 19, Melaka *org kampung*
8. Nur Atiqah Shariffudin (Eka), 22, Kuala Lumpur
9. Zulaika Zahari (Laika), 22, Selangor
10. Lenaber Haidir (Lena), 21, Sabah
11. Roshammizah Rosli (Miza), 28, Selangor
12. Queennera Francine Francis (Nera), 19, Sabah

Cikgu2 dia lakkk..

1. Adlin Aman Ramli – guru seni persembahan
2. Ning Baizura – guru vokal persembahan
3. Fatimah Abu Bakar – kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris
4. Syafizawati Sharif (Cikgu Syafi) – guru vokal teknikal
5. A. Aris A. Kadir – guru tarian

Bakal isteri ku Sudah Tiada Dara!!

Posted by FadhDeela at 8:43 PM
Reactions: 
46 comments
Kontroversi tol tajuk aku...aku nak kongsi pengalaman kawan aku ngan korang smua..dah sbln aku simpan entry nie sbb aku xtau nak mulakan dari mana..ermmm bismillahirahmanirahim...kwn aku MAN bkn nama sebenar yang aku kenal melalui internet nak kongsi cite dgn aku..bnda nie berat bg dia nak citer kat org yg dia kenali sbb ia akan mengaibkan bakal isterinya..
pada suatu ari burung pun berkicauan *dialog cite hantu kak limah* hahahahaha main2 lak aku nie..ok2 cite dia mcm nie..kwn aku nie bgtau dia ada bnda nak bgtau aku and nak tnye pendapat aku..
dia dan bakal bini dia akan melangsungkan perkahwinan thn nie..mereka dah kenal lebih dr 2thn..dah sthn tunang..yg sedihnyer bakal bini dia br wat pengakuan yg dia dah TAK DARA lagi...huhuhu OMG!!!! bnda yg sensitif wooooo..aku mula2 dengar pun aku xtau nak kata ape..aku suh dia solat n mintak pertunjuk ALLAH..wat solat istikarah..
seminggu lepas tu man msg aku lg dia mengadu ngan aku...dia xtau nak teruskan ke x majlis perkahwinan dia..dia sygkan tunang dia tp dia xleh lupakan ape yg tunang dia telah smpaikan..
aku ckp la ngan dia kalo dia syg kan minah tu aku suh dia terima tunang dia tu seadanyer lupakan kisah silam jgn ingt ape yg dah berlaku perkara lepas...dia kadang2 rasa bakal bini dia tu mcm nak kena kan dia sbb dah lama blaku br skrg dia bagtau bnda sebenar..lgpun dia xleh nak putuskan pertunanan dia sbb dah siap sgala persiapan..dan dia xnak memalukan keluarga dia..every day dia akan msg n kol aku...waaaaaaaaa aku lak streeessss!! mcm mana nie??? aku xtau nak wat ape aku hanya leh mendengar masalah ko jer tp aku xleh nak tolong ape2..smuanyer kptsn ditangan ko..wat la solat istikarahhhh tu la yg paling terbaikkkk utk membuat kptsnnnn...

Monday, March 28, 2011

Tips: Hubungan Cinta Jarak Jauhh..

Posted by FadhDeela at 10:40 PM
Reactions: 
16 comments
Hubungan Jarak Jauh menuntut pengorbanan dan kesetiaan yang sangat tinggi!!!
Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof.Madya Dr. Khaidzir Ismail memberitahu, hubungan jarak jauh ni sebenarnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis
"Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati". Pasangan yg terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan.

Berikut beberasa tips bagi membantu pasangan mempertahankan hubungan jarak jauh:

Kepercayaan dan kejujuran
Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.

Komitmen
Komitmen amat penting dlm perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dlm perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.

Selalu Berhubungan
Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan email, chatting dan menelefon.
Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yg ada dgn mencari keseronokan dengan org lain. Mungkin ia bermula dgn mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.

Jangan letakkan banyak harapan
Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang terakhir dgn kebahagian, namun jarang sekali sekali meletakkan harapan tinggi dlm perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yg tragis.
Bukan bererti anda tidak perlu serius dlm menjalinkan hubungan, cuma jgn letakkan harapan 100% terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi. *btul2...kang mula la frust menonggeng!!*

Kesetiaan
Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yg bersungguh2 dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya. Kebanyakan pasangan yg tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yg baru diperingkat bercinta tiada ikatan. Dlm kes ini, kebiasaannya lelaki kerap berlaku CURANG!!

Emosi
Jgn terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.

ape2 pun semua nyer terserah pada hati...kalo btol2 jujur dan ikhlas jauh mana pun xkan menjadi masalah...Jodoh Pertemuan ketentuan ALLAH!!

Hotel kat Port Dickson!!

Posted by FadhDeela at 9:25 PM
Reactions: 
6 comments
aku nak mintak tolong korang2 suggest kan kat aku hotel yg best dan berpatutan kat Port Dickson!! untuk aku wat function opis..td bos aku suh aku crkan hotel untuk wat Project Manager Workshoppp!! aku nie xreti sikit area2 PD kalo area2 melaka pandai la den nak cr..
Tolong erk kalo ada org2 negori ke...hihi ape2 leh tinggal kat komen aku erk thankkss!!

Selamat Bertunang Adik..

Posted by FadhDeela at 12:52 AM
Reactions: 
8 comments
cantekk x adik spupu aku??? sekali aku tgk mcm Jasmin Hani lakk

lama aku peram gmbo adik spupu aku nie tunang..bajet nak tunggu pic yg dr cameraman profesional tp lambat sgt la nak tunggu diaorg2 nie send pic tu kat aku so aku upload jer la pic yg aku ambik pakai ephone handphone aku nie..meh aku cite sikit pasal adik spupu aku nie..
dia nie xpernah make up so masa tunang ari tu dpt sentuhan dr akak ipar & aku terhasil la kelainan kat muka dia..hihihi smua org mcm xkenal...lain sungguh!! *bdk kecik nie nak suh pakai bedak pun sshh..pernah dia ckp pakai bedak nnt jerawatt..ciitt!!* fiza nie stdy kat jepun..dia ckp nak tunang pun secara tibe2 jer..terkejut jugak la bile mak aku bgtau fiza nak tunang..ish2 bdk nie dlm diammm..!! fiza kira rapat jugak la ngan aku sbb beza kami 1thn jer..bdk nie tercerdik sikit dr smua org..hihi skrg ngah smbung master kat jepun..time tsunami ari tu dia ngah otw nak g airport nak blk mlysia..alhamdulillah fiza ngan Shahrin selamat sampai..
ok la semoga fiza ngan shahrin selamat ke jinjang pelamin..jaga hubungan di negara orgg..cepat2 naik pelaminnn so senang bile bjauhan ngan keluarga..*diaorg plan nak smbung phd lak kat jepun tu* bdk2 nie xpenat ke nak stdy??hihi Tahniah dikkk..Selamat Bertunang!!

1st time aku tgk org bg hantaran novel..pelik2 jer bdk2 nie..

Sunday, March 27, 2011

Bachelor Party..

Posted by FadhDeela at 7:09 PM
Reactions: 
2 comments
gedik jer bachelor party...bajet2 mcm omputih lak..bile kwn nak kawen wat bachelor party utk bakal pengantin..kami2 xde la smpai wat party mabuk2..party buihh..party bogel ke..kami cuma g lepaking jer spent masa bersama2 b4 kwn kami tu kawen..biasa la pas kawen nak lepak sesama ssh sikit kot sbb kena jaga suami kat umah..so kami juz spent masa ngan main bowling ngan karaoke..syokkk giler sbb dah lama kami2 xlepak sesama mcm nie..yela masing2 bz ngan keje..kitaorg g main bowling kat OU & karaoke..Jom layan pic2 kitaorg melakukan aktiviti menarikkk!!

Ngan bakal pengantin!!

mentang2 blog Selipartoilet..bj pun nak pakai design selipar!! hihi



nie kitaorg g karaoke td kat Neway Karaoke One Utama...ari tu dah lewat sgt nak sumbangkan sore so kami plan la wiken nie g karaoke..start kol 11pg smpai 1pm..sgtt murahh br kena RM18 sorg..kalo mlm mahal gilosss dekat rm50 sorggg..better g sianggg murah sikitt...

Saturday, March 26, 2011

Seksinyer dia tido!!

Posted by FadhDeela at 11:16 PM
Reactions: 
6 comments
aku suka sgt ambik gambar masa anak buah aku nie tido!! paling seksi skali la dia tido...lg2 tido menonggeng mcm nie!! adikk ko tetap comey dlm hati auntie..hahahahaha aku xleh blah kalo bdk kenit dia senyummmm comeyy!! love u la dikkk

Mari melawat Kambing...

Posted by FadhDeela at 1:09 PM
Reactions: 
2 comments
Ohhh...kammbinnggg!!!

Last week aku blk kg sempat jugak melawat kambing2 famili aku..huhuhu syok jugak bermain2 ngan kambing nie..anak2 buah aku suka giler g kandang kambing...aku duk bwh jer ngeri aku tgk kambing2 tu...hahahahahahha jgn slh paham k..aku bkn takut tp ngeri jer kikikiki mak upah pakcik aku untuk jaga kambing2 tu..dah besar2 dah dia..hihi
syok g kandang kambing nie tp paling xbest bau taik kambinggg..aduh makkkk sebal hidung aku kena bau2an yg menyusuk kalbu nie..hilang bau perfume aku..

muka aku xleh blah bau busukk!!!

Kambing nie jemput kami naikk!!

Aqif dan abg ipar aku!! *syoknyer adik minum airr..penat erkk

tunggang kambing...suka giler dia!!

Dia xnak turun dahhh..

Friday, March 25, 2011

Bile aku di Make over!

Posted by FadhDeela at 11:22 PM
Reactions: 
13 comments
hahahahaha terasa kelakar lak bile aku kena make over..cite sebenarnyer member aku wat keje giler lg suh aku make up dia masa dia tunang bln june nnt...si giler haida nie la yg suhh aku make up dia..aku nie dah la xpandai make up..ngekk tol la ko ida!!!
bile minah nie dah paksa2 aku make up dia kena la aku blajo cara nak main2 eye shadow nie..kang xpasal2 aku wat muka si haida nie jadi hantu kak limahhh!! hahahahahhaha
memandangkan ada akak kat opis aku nie ambik 4time make up org tunang n kawen aku suh la dia turunkan sikit ilmu dia kat aku...hahahaha
so td kat opis dia pun make upkan aku..hahahahahha dan hasilnyer!! jommmmm

















Tadaaaaaaaaaa..















hahahahahhaha lawaaakk jer muka aku!! hasil dgn peralatann yg xbape nak lengkapp :p

Abang..isteri mu CURANG!!!

Posted by FadhDeela at 5:31 PM
Reactions: 
8 comments
aku nak kongsi pengalaman pasal org dikeliling aku yg curang..hahahaha jahat giler aku nie nak cite pasal umah tangga org..aku wat entry nie bkn sbb nak aibkan org tp nak bg pengajaran pada korang smua..td aku ada baca 1 blog nie menceritakan pasal jiran dia (si isteri) yg curang pada suaminyer...
kenapa si isteri nak curang pada suami dia coz suami sorg yg baik, bertanggungjawab & penyayang! mcm2 hal skrg nie..ada jugak yg boleh wat scandal sesama opis mate..sorg isteri org sorg lg suami org..ape perasan suami dia kalo si suami dpt tau isterinyer blaku curang di belakang dia..sedihh kan????
dlm blog tu lg ada mention pasal si isteri telah mengugurkan kandungan nyer yg dah usia 2bln..anak kembar lg..ya allahhh smpai hati si isteri wat perbuatan terkutuk tu..siapa yg perlu di salahkan..si suami atau pun si isteri???
aku nak ckp lebih2 pasal bnda nie pun xberani sbb aku xalami lg alam perkahwinan nie..bg pendapat aku kalo berlaku ape2 dlm umah tangga pun berbincang la..terus terang suami isteri..jgn la smpai mlakukan laku curang di luar sana..betapa berdosa besarnyer kamu bile menduakan suami!!!!
korang baca la blog yg aku sempat usha nie.. Isteri Curang 1 & Isteri Curang 2

Seoul Garden Restoran at One Utama

Posted by FadhDeela at 11:50 AM
Reactions: 
11 comments
mlm td xdan nak wat blogwalking sbb aku bz g mkn ngan project team aku..bwk bdk2 indonesia skali sbb diaorg nak blk ari nie..hihi kitaorg g la kat Seoul Garden Restoran..!!! makkk aiii sedappp giler mknan dia..ko byr pastu makan la smpai mati pengsan...nasib la project manager aku yg bayarrr!! biasa la ujung2 bulan nie nak wat mcm mana..hihihihi pas g mkn g lak sumbangkan sore masing2 kat karaoke Neway....pasal karaoke nnt2 la aku cite..aku nak cite pasal makan dulu!!! aku suggestkan la kat korang kalo nak g mkn steamboat ngan grill leh lepak sini..sedappp giloss!! Try la weiii

Seoul Garden at 1 Utama Shopping Centre
LG345, Lower Ground Floor
Highstreet
1 Utama Shopping Centre
Bandar Utama
47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Opening hours : 11.30am to 10.00pm

Thursday, March 24, 2011

Kesian CT Nurhaliza...

Posted by FadhDeela at 12:29 PM
Reactions: 
20 comments
Aku bukak beautiful nara..terbaca ape abg nara tulis..terkejut jugak pasal nie..aku ada tgk sikit2 rancangan tu tp xtgk abis so xtau la pasal kes nie..so aku ambik petikan dr abg nara..kalo korang nak full leh usha blog abg nara!!

Abang nara, saya peminat setia abg. Tapi kali ni 1st saya komen sebab saya peminat setia Siti, sangat terkilan dengan RTM. Sekarang ini tengah LIVE pertandingan akhir ADIK2 ku. Sejurus selepas pengerusi majlis mengumumkan Siti akan buat persembahan, tiba2 mic tidak di off kan dan terdapat suara perempuan bercakap "Ni mesti xbertudung lagi”. Sangat jelas dan nyata sehingga Dato Siti yg naik pentas selepas tu (sangat sopan bertudung penuh sopan) terkaget. Di sebabkan keprofesionalan Dato Siti die dapat teruskan persembahan. Saya satu family terkejut maca mana rancangan RTM live dengan kehardiran VIP(Rosmah) boleh jadi begini. Mungkin di sebabkan rancangan ni tidak seHIT Raja Lawak Akhir, mungkin hal ini akan dilupakan. Tetapi saya di sini meminta RTM memohon maaf terhadap kejadian ini.

sape la yang x professional nie?? cian siti..check dulu keadaan sblm ckp...aku rasa la sure minahh tu rasa bersalah giler sbb ct kuar ngan gaya yg cukup manissss bertudung litup..sgt wajar pihak RTM mintak maaf ngan dato siti sbb bnda nie dah menjatuhkan nama baik dia..paling2 terbaikk minah yg bercakap tu sndiri yg dtg mintak maaf ngan siti...mcm2 hal!! nie gambar masa majlis yg menjadi kontroversi tu..lawa jer ct mcm nie!

Elizabeth Taylor meninggal dunia

Posted by FadhDeela at 11:28 AM
Reactions: 
6 comments
LOS ANGELES: Aktres legenda Hollywood, Elizabeth Taylor meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars Sinai, hari ini akibat sakit jantung.

Beliau berusia 79 tahun. Jurucakap aktres itu, Sally Morrison berkata ketika menghembuskan nafas terkhirnya, semua anak Elizabeth berada di sisinya. Aktres itu dilaporkan sering sakit sejak beberapa tahun lalu, dimasukkan ke hospital itu enam minggu lalu kerana masalah jantung.
Elizabeth terkenal dalam lakonannya dalam filem termasuk Cleopatra, Who's Afraid of Virginia Woolf dan National Velvet.
dah tua dia nie..suka gak tgk dia nie blakonnn cantik giler masa dia muda!!

Wednesday, March 23, 2011

Video: Nasib Janda!! 18sx

Posted by FadhDeela at 11:40 AM
Reactions: 
23 comments
Pagi nie mmg mood aku nak kongsi koleksi video yg aku lama2 dulu..lama aku simpan weeii video nie nak kongsi ngan korang tp asyik xleh jer nak upload video...tension mak nyahh!!!
Ya ampunn dia nie..lawak ada over pun ada..tah ape2 la diaorg wat majlis mcm nie..real pun ada jugakkk..korang layan dulu la pastu korang komennn!!

video

hahahahahahahahaa laawaakk kan??

Video: Memburu Impian - Penyanyi asal

Posted by FadhDeela at 11:00 AM
Reactions: 
2 comments
Jom layan lagu Memburu Impian masa anugerah ape tah aku pun xingt..tp aku suka tgk video nie sbb Kaza penyanyi asal lagu memburu impian nie yg nyanyi ngan kristal..mmg layan la sore kaza nie..best sehhh..ace korang try dengar!!!

video

Bestkan..bestkannn!!!

Tuesday, March 22, 2011

Budak - budak zaman skrg!!

Posted by FadhDeela at 9:49 PM
Reactions: 
6 comments
peh hangin giler aku ngan bdk2 nie..td masa aku br blk keje ada la bdk2 main kat bwh umah aku nie punye la bising xyah ingt la...aku xde la kisah sgt biasa la bdk2 kalo bmain tp wat aku terperanjat giler ada bdk pmpn nie mencarutttt terbaikk la yobbb..luar dalam mak org punye dia sebuttnyer..dah mencarut2 tu aku pandang la bdk nie ngan muka pelikkkk pastu leh lak dia ckp ngan aku "akak pandang saya kenapa???? sy ada ckp ngan akak ke?"
OhhhMaaaKoo!!!! betapa kurang ajar nyer bdk nie..kalo adik aku dah lama kena penampar sulong aku nie..umur baru sthn jagung sek pun xbape nak tinggi lagi ada hati nak kurang ajar ngan aku..wat panas hati jer bdk nie...aku dah la penat ngan jem td..SENGAL!!!
geram aku ngan bdk nie...sabooo jer la weiii kang mrh lbh2 anak org..xpasal mak ayah dia saman aku..zaman skrg nie mana leh salah sikit..sikit2 nak saman sikit2 report polis...tu sbb bdk2 skrg menjadi2 perangai dia...aku berdoa sgt anak aku nnt dpt didikan spenuhnyer!!

Tolong terima bile org tegur!!

Posted by FadhDeela at 11:50 AM
Reactions: 
12 comments
Aku ada terbaca pasal Yuna ngan fesyen baru dia pakai tudung...hahahahahah lawak giler la cara ko pakai tudung yuna..besar jer kpala bbungkus hahaha dah mcm style aku pas mandi nak keringkan rambut lak..hahahahaha dan cun2 ko pakai tudung dulu pastu tukar lak fesyen tah ape2...mcm2 la artis nie..
pastu bile abg nara tegur melenting lak..allo kawan org tegur utk kebaikan awk la..awk tu public figure so bile org tegur tu ada la sbb nyer dan mungkin org tu syg kamu...cuma la terima teguran org...kan xpasal2 abg nara kena wat video luaran hati abg nara..meh kita usha video abg nara dgn abg Ben Ashaari..Cian abg nara!!!

Harga ayam kembali normal April

Posted by FadhDeela at 11:27 AM
Reactions: 
2 comments

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar *aku ada kat MOA nie meh aku tnye dia btol ke???* hihihi semalam memberi jaminan harga ayam yang naik mendadak sehingga menjangkau purata RM8.20 satu kilogram sekarang akan kembali normal menjelang April.

Beliau berkata, kenaikan harga sekarang disebabkan antara lainnya oleh kekurangan bekalan yang jarang berlaku pada Mac kerana selalunya permintaan pada bulan berkenaan adalah rendah.

"Permintaan tinggi pada Januari dan Februari adalah kerana perayaan, tetapi bekalannya sentiasa mencukupi pada Mac. "Tetapi tahun ini, kemungkinan kerana cuti sekolah dan kenduri kahwin yang banyak, permintaannya naik mendadak," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kenapa april br nak stabilkan harga dia??so bln march nie xyah mkn ayam..cian org yg meniaga kalo harga ayam macam nie..kang naikkan harga mknan pelanggan bising lak..pasal ape leh naik mendadak harga ayam nie erk??alasan dia permintaan yg tinggi harga naik??logik ke?? xkan lak sbb tsunami kat jepun??jepun kuarkan ayam ke?? huhuhu parah2 mcm nie..

AYAMMM ooohhh AYYAMMM!!

Monday, March 21, 2011

Petua Tradisional utk Bisul...

Posted by FadhDeela at 11:36 AM
Reactions: 
24 comments
hahahahahahaha aku kena bisul!!!!!!!!! sakit weeiii berdenyut2..ari tu abg aku kena bisul kat vontot..skrg aku lak kena bisul kat dada!!..pelik jer kena bisul kat dada..selalu org kena kat vontot tp aku kena kat dada..sengal tol..nasib la kat dada bkn kat buah dada hikhikhikhik http://www.cute-smiley.com aku gugels la cara2 nak ubat bisul nie:

Pada kebiasaannyer bisul tumbuh pada bahagian badan sekitar punggung. Namun terdapat jugak bisul yang tumbuh pada bahagian badan seperti paha dan belakang *aku tumbuh kat dada??huhu*. Bisul ni agak menyakitkan *mmg sakit la weii* terutama apabila tumbuh di bahagian vontot..sukar utk duduk!!. kadang2 terasa berdenyut2 kat tempat bisul tu...Bisul yg tumbuh akan membengkak kerana mengandungi nanah dan darah kotor yg dicemari kuman!! *sakit dow bengkak tu!!*

Untuk mencegah dari ditumbuhi bisul, bykkan mkn makanan yg membersihkan darah seperti karot, tomato, sayur hijau, buah-buahan serta makanan yg ada vitamin C

Petuanyer!:
  • Tampakkan ubi keledek yang telah ditumbuk pada bisul.
  • Asahkan kulit mempelam pada pasu dan sapukan pada bisul
  • Tampalkan bawang merah yang telah ditumbuk
  • Jika bisul diperingkat serius tampalkan bunga rumput (terdapat di kedai india@india muslim) *aku try gugels nak dptkan gambarr dia..berbeza2 la aku xsure yg mana 1..huuhuhuhu*

Pakai bj Seksi nak nmpk kelainan??

Posted by FadhDeela at 10:05 AM
Reactions: 
16 comments
pg2 isnin nie biasa la dlm keadaan sentimental lg..otak pun di awang-awangan lg..hahahaha mmg kebiasaan aku kalo buhsan2 sure aku bukak beautifulnara..abg nara mmg akan bg aku keceriaan la..hihi td masa baca beautifulnara aku ada terbaca pasal irma..skrg nie dia dah pakai tudung!!!!! serius cun abis...melepas la farid kamil..hahahaha ramai la cik abg kat luar sana nak usha si irma nie..
aku bkn setakat nak cite pasal irma pakai tudung tp aku nak cite pasal artis sorg nie nak wat kelainan ngan pakai bj seksi g majlis....WTH la minah nie..agak2 la..korang kenal MIERA LIYANA?? xde la glamor mana minah nie..ko pakai bj mcm nak terkuar sgala2nyer..ish2...kalo nak kelainan tu pakai la tudung mcm irma..sweet jer..sejuk mata nak tgkk dia!!! aku mmg minat dia nie..lg2 dlm cite awan dania..comey giler! huhu harap2 miera leh pikir secara org dewasaa..tgk pic nie...perbezaan 2 wanita!!! Thanks abg nara..cilok gmbo abg nara..
bra pun terkeluar!! ape la!

Kris Dayanti Cium selepas nikah..

Posted by FadhDeela at 9:45 AM
Reactions: 
8 comments
ampeh tol aku tgk gambar Kris Dayanti nikah ngan pakwe dia nie..leh lak main kiss2 kat dlm masjid..tau la dah halal tp xperlu la wat dlm masjid..tah la xtau la kalo mmg adat diaorg mcm tu tp bg aku tu xberapa manis la..masjid adalah rumah ALLAH..

Friday, March 18, 2011

Seksinyer Kek nie!!!

Posted by FadhDeela at 9:50 AM
Reactions: 
32 comments
walaupun gambar nie dah basi tp aku nak tunjuk jugak kat korang!! masa besday aku ari tu dpt la cupcakes yg sgt seksi dr kak matul..kalo korang nak order kek pun leh dr kak matul...harga dia murah jer xde la mahal pun...meh usha pic cupcakes aku!! seksi x??hahahahahaha jgn terliur or gersang lak erkk hihihi

Thanks kak designkan kek yg cukup seksi dan terliurkan nie..hahahahhahahha I LIKE!!
 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review