Monday, February 28, 2011
F1: Michael Schumacher spins..terbaikk!!
Posted by fadhdeela at 10:24 PM 4 comments
Sunday, February 27, 2011
Contest Bergambar: Saya Sayang Kawan-Kawan Saya
wahh kena tag ngan cik aish...so mlm nie xde wat ape2 so ape slhnyer layannn contest nie! best jugak tajuk dia saya sayang kawan2 saya!!! so nie pic gambar aku ngan kawan2 aku..nie br sebahagian jer hihihi


Posted by fadhdeela at 11:18 PM 9 comments
Konsert Hore-Hore Aznil 12 Mac
Pak nil wat konsert pulak..pandai nyanyi ke pak nil nie??dia nie pengacara leh la..huhu td tgk melodi..pak nil bgtau konsert nie utk famili..ada package lg kalo nak g konsert dia nie..kalo bwk famili murah dia punye tiket..hope niat baik pak nil berterusan la sampai bile2..pak nil suka hiburkan bdk2!!
MENGENAI kerjaya seninya, penyandang trofi Pengacara Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama tujuh tahun berturut-turut itu merencana pelbagai agenda penting untuk musim 2011. Nama Aznil kembali disebut sebagai calon paling layak untuk mengendalikan musim terakhir Akademi Fantasia 9 sebagai pengacara. *ada lg AF nie..ish2!!*
Malah, tahun ini juga menjadi titik penting kepada kerjaya seninya. Pengacara nombor satu itu akan meraikan dua dekad pembabitannya sebagai anak seni menerusi satu konsert istimewa, Konsert Hore-Hore.
Memilih lokasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, konsert pada 12 Mac bermula jam 8.30 malam itu akan memperlihatkan keampuhan Aznil sebagai seorang penghibur. Konsert anjuran RYE Production dengan kerjasama Astro dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menjadi lambang kreativiti mencabar Aznil di pentas.
Sambil merendah diri, Aznil mengakui dia tidak memiliki vokal hebat namun segala pengalaman sepanjang dua dekad menjadi anak seni akan dimanfaatkan dalam persembahan dua jam itu. Bahkan Aznil sendiri tidak pernah menyangka didatangi tawaran seperti itu kerana akur batas kemampuannya.
“Konsert ini akan bermain dengan pelbagai elemen, tidak cuma tertumpu kepada vokal sebaliknya akan menyelitkan pelbagai elemen menghiburkan,” katanya yang turut mengimpikan untuk membuka sebuah akademi bagi melatih bakat pengacara suatu hari nanti.
Untuk kali ini juga, nama Aznil kembali mempamerkan kekuasaan dalam acara berprestij, ABPBH 2010 apabila tersenarai dalam dua kategori yang kembali menjadi taruhannya - Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular. Soalnya, mampukah Aznil mempertahankan kejuaraannya bagi kategori pengacara TV lelaki dan mampu merampas gelaran penyampai radio lelaki popular daripada tangan penyandangnya, Faizal Ismail?
Seperti katanya, dia sedia melepaskan gelaran yang pernah disandangnya itu. Aznil menerima kenyataan pada usia pembabitannya kini populariti bukan lagi keutamaan. Aznil berharap peminat akan berlaku adil dan turut menilai kemampuan finalis lain yang juga layak diangkat sebagai pemenang.
Posted by fadhdeela at 9:47 PM 8 comments
Menu di Hari Minggu!!
Posted by fadhdeela at 1:07 PM 20 comments
American Idol 2011
American Idol 2011 Top 12 Guys:
1. Brett Lowenstern
2. Jovany Barreto
3. Jacob Lusk
4. Paul McDonald *aku nak vote dia la sbb aku suka mkn MCD!! hihi*
5. Clint Jun Gamboa
6. Robbie Rosen
7. Stefano Langone
8. Tim Halprin
9. James Durbin
10. Casey Abrams
11. Scotty McCreery
12. Jordan Dorsey
American Idol 2011 Top 12 Girls:
1. Naima Adedap
2. Julie Zorilla
3. Karen Rodriguez
4. Lauren Turner
5. Kendra Chantelle
6. Ashton Jones
7. Rachel Zevita
8. Haley Reinhart
9. Thia Magia
10. Lauren Alaina Suddeth
11. Pia Toscano *aku suka minah nie sore dia best!!*
12. Ta-Tynisa Wilson
Posted by fadhdeela at 12:26 AM 4 comments
Saturday, February 26, 2011
3hati 2dunia 1cinta
mlm td aku layan filem indonesia kat utube!!! class la cite nie..aku xpernah dengar pun pasal filem 3Hati 2Dunia 1Cinta nie tp last nite kwn aku kat moscow FB suh tgkkk...hahahaha xnak menghampakan kengkawan aku pun search la kat utube..mlm td jugak aku layannn..mmg terbaikkk dr ladang la!!! 
kawan aku suh tgk sbb dah mcm ala2 cite percintaan dia..biasa duk negara org bercinta ngan mat bin saleh omputih la..bf dia org perancis..parents kwn aku nie kira mmg jaga adat resam org melayu..kuat agama pulakk so cabaran bg mereka utk meneruskan episod percintaan diaorg! huhuhu so far aku tgk bf dia nie sorg yg leh terima agama islam..famili yg open minded..xhalang kwn aku bertudung..solat smua!! kira diaorg nie nice person jugak la..
okla aku doakan diaorg mendapat kerestuan mak ayahh...seksa kalo cinta xdpt restu nie..aku dah rasa smua nie..paling sedih kwn aku tu xpernah bercinta...nie la 1 love dia!! cedihkann kalo dapat halangan dr famili
xnak sedih aku nak cite pasal filem nie..kisah dia pasal pemuda yg sempoi kuat agama jugak tp sgt sempoiii ala2 moden sikit bercinta ngan gadis kristian + anak org kaya..minah tu pun sempoii!! sweett sgt tgk diaorg..then parents minah nie xrestu sbb laki nie org miskin dan parents laki nie xrestu sbb minah nie org kristian!! *mcm mana kalo xrestu sbb xsama negeri & xsama adat??* parents laki nie carikan calon isteri untuk dia *aku alami situasi ini..sedihh sgt* laki nie tersepit diantara mak ayah and org yg dia sayanggg + cinta!!! *OMG!!!...sakitnyer rasa mcm tu..aku dapat rasakann penderitaan tu* 
xnak cite bnyk la..korang layan la trailer dia...kalo ok leh tgk kat sini!!
Posted by fadhdeela at 8:50 AM 14 comments
Friday, February 25, 2011
Lori Racing kat jalan raya!!
time aku otw blk keje td dr putrajaya ke kota damansara terkejut aku tgk ada 2 lori racing kat highway LDP..bayangkan LDP tu time perdana mcm tu sure la byk kete!!! sengal jer lori nie..aku tau la dia ringan xde bwk muatan tp xpikir ke keselamatan org lain..korang bayangkan lori trailer berlumba ngan towing truck..towing tu kalo kecik2 punye towing xpe jugak nie gajahh punye towing...
xphm aku diaorg nie..kang accident bkn diaorg yg mati bkn diaorg yg cedera parah tp org lain!!! sakit lak hati aku sbb aku terkejutt giler tetibe kiri kanan aku lori lalu dlm keadaaan yang amat laju!! sengalll!!!!!
Posted by fadhdeela at 10:10 PM 6 comments
Pengacara Daphne Iking peluk Islam
hari nie xde mood la nak wat etry..xtau la nape!! letih jer badan nie..mungkin aku penat kot duk ulang alik kota damansara ke putrajaya..
ngah waktu lunch nie aku baca online paper Kosmo..Daphne King masuk islam????alhamdulillah bertambah lg umat islam..harap Daphne masuk bkn sbb untuk berkahwin jer tp dgn hati yg ikhlas..meh kita baca cite dia!!
KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas.
Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.
Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4.
"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne.
Posted by fadhdeela at 1:59 PM 21 comments
Thursday, February 24, 2011
Tak beri kemanusiaan betul la diaorg nie!!!
IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.
Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.* smpai meninggal kwn tu!!*
Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras *mana sifat kemanusiaan rakyat malaysia!!!* tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.
teruk tol la diaorg nie!!!! xkesiann ke org duk terlantar kesakitan diaorg leh kutip beras tanpa hiraukan mereka!!!terukkkk nyerr cedihh la ngan sikap diaorg nie!!
Posted by fadhdeela at 10:21 PM 24 comments
Kejap pakai tudung kejap xpakai...
ish2 pelik sungguh la..dah lama aku nak wat entry pasal on off pakai tudung nie..nape aku nak cite pasal bab nie..aku nie bkn la ustazah pun nak discuss pasal tudung nie tp smuanyer pernah berlaku disekeliling aku..
situasi 1: masa sek kwn aku A nie jenis free hair pakai tudung pun time sek jer..liat nak solat tp dia sgt baikk seorg kwn yg baikk..kwn B nie pulak sorg yg xtinggal solat..sentiasa pakai tudung..dia seorg kwn yg sombong n memilih kwn!!! B nie slalu la perli2 A sbb xpakai tudung n sebagainyer..so skrg masing2 dah bkeje ape yg memeranjatkan aku skrg B dah menjadi seorg FREE HAIR!!! Seksii!!! manakala A lak still mcm dulu tp dia xde la seseksi B...mcm mana tu??huhuhu *jgn mengata org..ALLAH bayar cashh!!*
situasi 2: kwn aku jugak..masa sek pakai tudung kuar bandar pun pakai tudung tp skrg blajo kat Universiti & berkeje menjadi seorg yg on off pakai tudung..bile blk kg jer pakai tudung sbb takut mak marah..mcm mana pulak yg ini??
Situasi 3: pakai tudung sbb takut BF/Tunang marahhh..pulakkk!!!!!!! nie aku xleh blahhhh harus ke keadaan macam tu leh terjadi??ish2!!
Kenapa kita kena pakai tudung???aku xde la baik sgt tp ape yg aku tau kita pakai tudung utk menutup aurat!!kita pakai tudung sbb kita takut pada ALLAH bkn pada sape2... Meh kita renung2kannn!!
ko try usha sini..tgk artis *noraliah lee* nie aku xtau status dia pakai tudung ke x sebenarnyer??
Posted by fadhdeela at 2:18 PM 24 comments
Wednesday, February 23, 2011
Malaysia VS Pakistan!!
aku ngah tgk live perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia VS Pakistan kat Arena 801..hahaha nak g stadium mcm mana kalo blk keje pun dah nak rehat 1st half..tgk kat umah jer la..bg sokongan dr jauhh hihihi
Tahniah la pemain malaysia..Malaysia menang 2-0..td masa aku tgk ada la 1 adegan yg cukup xprofesional dr pakistan..bole pulak dia sepakkk tuuuttttt si apek!!! *Khairul Fahmi Che Mat* hahahhahahahahha tempat sensitif tuuuu..spike kena kat situu sakittt woooooooo..nasib la pengadil berpengalaman meleraikan dan bg kad merah utk pakistannnnn!! pemain pakistan leh sepak apek sbb dia marah apek tangkap bola hahahaha mengelabah jugak diaorg nie..
ada jugak adegan yg mencemaskan bile pemain pakisan cedera then nafas dia terhenti sekejap!! cemas gak la kan tetibe mcm xbernyawaaa..huhuhu nasib xde kemalangan nyawa!! huhu
byk peluang pemain2 malaysia utk menjaringkan gol tp xde nasibb..usaha lagiii harimau malaya!!
anywayy syabasss pemain2 bola sepak malaysia!!! semakin ari semakin bersemangat pemain2 bola sepak kita..SYABAS Harimau Malaya!!!
Posted by fadhdeela at 10:02 PM 9 comments
Siap sudah masjid Dato K dan Dato Siti..
Alhamdulillah..siap dah masjid Dato K ngan Siti..nama masjid tu MASJID AL-KHALIDIAH..bgs la amal mulia diaorg..alhamdulillah kekayaan mereka dapat mereka kongsikan bersama2 org2 muslim..byk pahalanyer mendirikan masjid nie..cuma 1 jer impian mereka xtertunai lg..menimbang cahaya mata..Insyallah berkat kesabaran Dato K & Siti akan tertunai jugak nnt..

Siti xpernah lupa pada mak ayah dia..alhamdulillah!!!Posted by fadhdeela at 10:00 AM 6 comments
Tuesday, February 22, 2011
New Princess!!! Comeyy
sukanye ari nie..korang nak tau sbb ape aku bz 2 3 ari nie??hihihi aku dpt anak buah baru!!!! new princess dlm famili aku!! sukanye..sblm nie 3 - 3 anak buah aku laki so nie yg ptama la..
mcm2 hal pg td masa akak aku nak bersalin..spttnyer dia bersalin 3.3.2011 tp baby tergedik2 xsabar2 nak kuar tgk dunia..air ketumbuhan ketuban pecah mlm smlm..peliknyer dia xrasa sakit ape pun..so bwk la g sepital spttnyer dia bersalin kat melaka tp dah nak terkuar ape lg g jer la area shah alam..
mula2 g la politeknik Poliklinik Salam Shah Alam bole lah dia xnak terima sbb xde rekod..aduh aii org nak brsalin nie leh lak nak terima xnak terima..at least check la keadaan baby tu mcm mana..nie terus ckp xnak terima!!! huh kalo jadi ape2 kat anak buah aku smalm mmg la poliklinik tu kena ngan aku!!! so ambik kptsn bersalin kat KPJ Selangor.. *doktor2 dia handsome2 wooo hihi*
Alhamdulillah smuanyer dah selamat!!! New Princess dlm keluarga Hj Yaakub & Hjh Azezah!!
baby lahir sama dengan Hari Jadi Arwah Paklongg!! pada 22nd Februari 2011..
Al Fatihah buat Paklong...korang leh usha sini
*nama akak aku xsure nak letak ape..bole gitu..aku bg cadangan Siti Alya Damia..korang ada cadangan x??*
jom tgk anak buah aku..comey giler!!
p


Posted by fadhdeela at 11:28 PM 16 comments
Mak Dara 1st Giveaway (GA)
mlm nie br berkesempatan nak update blog aku yg comey nie..bz sikit la 2 3 ari nie..buka blog tgk2 aku telah di tag oleh cksabihah...memandangkan xde bnda nak wat mlm nie meh la try contest nie..mana la tau nasib terpilihhh hihi
ok contest nie cuma suh kita reka 1 nama drama..sbnarnyer aku teringt sgt nak tgk kisah cinta xkesampaian aku kat tv..pernah jugak tgk 1 2 drama seakan2 cite aku tp penghujungnyer menyimpang jauhh..so ada nyer contest nie harap2 tuan wat contest nie leh wat pasal cite aku..hihihi (mak dara nie penulis skrip!!!)
Posted by fadhdeela at 10:38 PM 4 comments
Monday, February 21, 2011
Azizulhasni juara Piala Dunia
MANCHESTER, England - Pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang muncul juara keirin Piala Dunia meskipun pada perlumbaan pusingan keempat dan terakhir semalam, serpihan kayu tajam menusuk dan menembusi betis kirinya.
Difahamkan serpihan kayu tajam itu datang daripada lantai velodrom yang diperbuat daripada kayu itu terkopek dan tertanggal selepas Azizulhasni bersama empat pelumba lain berlanggar pada kelajuan tinggi sebelum terjatuh di atas trek perlumbaan.
Bagaimanapun, hanya Azizulhasni seorang yang cedera agak teruk akibat tusukan serpihan kayu tajam itu dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Empat pelumba lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) hanya cedera ringan.
Acara keirin akhir pusingan keempat itu dimenangi juara Olimpik, Chris Hoy diikuti Niblett.
Hanya dua pelumba itu berjaya menamatkan perlumbaan daripada enam pelumba yang layak ke peringkat akhir semalam.
Berikutan insiden itu, Azizulhasni, 24, hanya mampu menduduki tempat ketiga tetapi sudah cukup untuknya muncul juara keseluruhan hasil daripada pungutan mata dalam tiga pusingan sebelum ini.
aduh ciannyer la azizulhasni...msti frust kannn!! sakit tu tersusuk kayuuu! aduh aiiii..xpe xde rezeki dlm perlawanan nie..usaha lg k
Posted by fadhdeela at 10:41 AM 16 comments
Tuala wanita punca barah pangkal rahim
Kementerian Kesihatan digesa memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata penjelasan perlu bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung dakwaan itu yang dibuat beberapa persatuan pengguna dan tersebar melalui internet.
Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.
“Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru, dakwaan itu memang nampak ada asasnya. betul jugak kalo pikir logik!!
“Sebab itu kita minta kementerian membuat kajian dan mengumumkan sama ada dakwaan dibuat persatuan pengguna terbabit betul atau sebaliknya supaya orang ramai terutama di kawasan luar bandar tidak terus keliru,” katanya. explain pleaseee!! kami tiap2 bukan pakai bnda tu!!
Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Kem Kesihatan Felda Bukit Banding bertemakan ‘Ke Arah Kesedaran Penyakit Kusta dan Barah’ di Dewan Sivik Felda Bukit Banding, Ajil, Hulu Terengganu di sini, semalam.
Sementara itu, Rosol juga meminta Kementerian Kesihatan membuat kajian mendalam mengenai serangan angin ahmar yang semakin berleluasa hingga kerajaan negeri mendapati hampir setiap keluarga ada seorang penghidap.
“Selain kajian, kementerian juga perlu menggiatkan kempen kesedaran dan langkah pencegahan bagi mengelak serangan angin ahmar di kalangan penduduk termasuk di kawasan luar bandar.
“Kita difahamkan punca utama serangan angin ahmar adalah disebabkan saluran darah tersumbat dan saluran urat pada otak pecah,” katanya
Posted by fadhdeela at 9:48 AM 17 comments
Saturday, February 19, 2011
Trip to Cameron Highlands!!
seronok tol aku g jenjalan ujung2 bln nie..hahahaha smlm leh lak mak aku bgtau nak g ipoh..aku pun ape lg gedik2 la nak g..org dah ajakk hihihi semalam g umah akak aku dulu kat rawang then pg2 td br gerak g ipoh umah kakcik aku kat ipoh..kalo dr ipoh nak g cameron dekat jer..aku pun ape lg ajak la mak aku shopping kat cameron!!! hahahahaha
banyak seronok beb!!yaaahuuuu dpt mkn jagung sedappp!! aku suka giler jagung cameron..manisss jer jagung dia!!mkn pun smpai terpancut2 air dia...sedaaapppp woo!!! Jom layan gambo aku kat sana!!






Posted by fadhdeela at 8:29 PM 24 comments
Friday, February 18, 2011
Tiada Duka Yang Abadi - Opick
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Posted by fadhdeela at 11:54 AM 4 comments
Kashaf Imani Lakonan Hebat Beto Kusyairy & Sharifah Amani
xsabar2 aku nak masuk opis nak wat entry pasal cite Kashaf Imani!!!! citer nie mmg terbaikk la..best giler! Meh kita layan dia punye trailer..kalo ada ulangan sure aku nak tgkk lg!
Drama Kashaf Imani akan ditayangkan pada 17 Feb 2011 jam 9 malam, Khamis di saluran Astro Ria sempena dengan Maulidur Rasul. Drama terbitan Radius One ini pastinya hebat dengan barisan bintang pelakon ternama.
Sebuah drama penuh dramatik menyayat hati dibintangi oleh Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Normah Damanhuri, Wan Sharmila, Ismail Abdul Aziz, Khairilridzuan K’n, Noryati Taib dan Ain Satar. Selain menampilkan Azma Aizal Yusoof sebagai pengarah, drama ini mendapat suntikan kreatif videografi dari Pali Yasir, skrip oleh Shahrulezad Mohameddin dan Shahriman Wahap serta vfx oleh CHAIN-FX.
Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.
Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.
Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.
Sweet sgt lakonan Beto nie..muka jht tp baiikk syg famili syg mak dia...!!sblm nie xnmpk pun lakonan dia tp dlm cite nie watkan ramai yg akan minat dia..lakonan dia pun bersahaja jer!! Good job bro!
Posted by fadhdeela at 9:59 AM 6 comments
Thursday, February 17, 2011
Pertunangan Ally Iskandar dan Aishah Zainal
Tahniah kepada Ally Iskandar yang telah selamat bertunang dengan Aishah Zainal, salah seorg peserta Gadis Melayu musim pertama. Nampak cantik bagai pinang di kapak2kan..hihihi Tema pertunangan diaorg kaler merah ngan hitam..sweeet sgtt!! kaler impian aku tu..suka tgk Ally Iskandar nie..comey jer!! Tahniah la erk semoga smpai ke jinjang pelaminnnn!!
Jom layan pic pertunangan diaorg!!! credit to LimauAis



Posted by fadhdeela at 11:47 AM 16 comments
Konsert Wings Opera Hidup di Istana Budaya
Tahniah! buat kumpulan Wings kerana setelah 25 tahun berjuang dalam industri muzik akhirnya Wings berjaya menjejakkan kaki ke pentas berprestij Istana Budaya..!!! Ini merupakan klimaks kepada pencapaian Wings selepas beberapa tahun kebelakangan ini Wings ke Penang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk Konsert Double Trouble yg memang gempak!!!
Kumpulan Wings akan mempersembahkan 20 buah lagu termasuk lagu lama dan lagu baru dalam kesmua album sebelum ini, dan hanya lagu yang terbaik dan diminati ramai akan dipilih. Dengan 43 pemuzik orkestra dan 16 org penyanyi koir semestinya membuatkan malam Konsert Wings di Istana Budaya itu nanti sesuati yang akan diingati. Untuk kali ini, Konsert Wings akan diadakan bermula 29April hingga 1 Mei dan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan..!!!
Bagi sesiapa yg berminat bolehlah mendapatkan tiket2 berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245 dan RM305
Posted by fadhdeela at 11:24 AM 2 comments










