Wednesday, December 21, 2011

Saya Akan Kekal Muslim Sehingga Meninggal Dunia – Ariff Alfian Rosli

Posted by FadhDeela at 11:29 PM
Reactions: 

Korang kenal x sape Ariff Alfian Rosli??? sure ramai yg dah kenal ngan dia nie kan..aku br baca kat FB pasal mamat xsedar diri nie...mcm mana dia leh kawen ngan kaum sejenis ek?? Masyallah!!!!! xboleh blah siap pakai bj melayu sampai siap ngan tengolok lg...dah xde pegangan agama ke mamat nie??

Allahuakbar!!!!

Info dari Beautifulnara:

Ramai yang terkejut dengan penyebaran gambar perkahwinan sejenis Ariff Alfian Rosli baru-baru ini. Dan ramai yang tertanya-tanya status agama yang dianuti oleh Ariff selepas perkahwinan tersebut. Dan rasanya ramai yag boleh menarik nafas lega apabila Ariff yang dihubungi oleh IrishTimes menyatakan yang agamanya tetap Islam daripada dulu sehinggalah dia meninggal dunia kelak.

Kata Ariff:-

Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya

Ariff juga menjelaskan yang dia tidak menghubungi ayahnya kerana berlaku sedikit salah faham dan dia tidaklah hilang selama ini.

Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain. Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,

Namun agak misteri kerana Ariff tidak mahu langsung memberikan maklum balas tentang kesahihan gambar perkahwinan sejenisnya yang tersebar luas. Adakah benar-benar perkahwinan tersebut telah berlaku atau ia sekadar satu gimik oleh Ariff untuk menarik perhatian orang ramai? Kalau benar-benar berlaku, Ariff perlu sedar yang agama Islam tidak membenarkan perkahwinan sejenis. Sama-sama kita doakan agar Ariff sedar akan perkara ini.

Mcm mana dia boleh kata dia masih agama Islam?? dia sudah berkawen ngan kaum sejenis dan agama Islam melarang mengahwini kawen sejenis????!! Masyallah!! mari berdoa supaya beliau mendapat hidayah dan petunjuk dari ALLAH..

4 comments:

Liyana said...

hmm... dia islam atas nama je kot.. Astagfirullah..

fairus said...

DUNIA SUDAH MAU KIAMAT...

fadhdeela said...

Liyana: mungkin..teruk betul! kalo dia blk malaysia msti kena rejammm!

fadhdeela said...

fairus: tu la pasal..masyallah

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review