Monday, December 26, 2011

Gambar:Yusry & Lisa Nikah 23 Februari 2012!

Posted by FadhDeela at 11:13 PM
Reactions: 

Ramai la jejaka2 dan wanita2 kat luar sana frust menonggeng sbb Lisa dan Yusry akan melangsungkan perkahwinan mereka thn depan..
meh baca kisah percintaan mereka.. sumber: Oh Bulan

Mengakui hati masing-masing terpaut lewat perkenalan selama setahun menerusi BBM (Blackberry Messenger), penyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, Yusry Abd Halim dan aktres jelita Lisa Surihani akhirnya telah mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan majlis pernikahan yang akan berlangsung selepas Asar pada 23 Februari 2012 ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari dalam satu majis yang serba sederhana.

Pengumuman istimewa daripada pasangan romantis ini telah berlangsung dalam sebuah suasana tenang dan damai setenang dan seindah lokasi majlis yang diadakan di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya sebentar tadi.

Dihadiri oleh oleh kedua ibu bapa Yusry, Encik Abdul Halim dan isteri, puan Zarina Fenner disertai abang sulung, Norman Abd Halim serta ibu Lisa, puan Siti Amira Ahmad, terdahulu Yusry mengumumkan pada malam semalam keluarga Yusry telah bertandang ke rumah Lisa untuk menghantar tanda. Walaubagaimanapun, Yusry menjelaskan majlis serba sederhana namun penuh adat itu secara teknikalnya bukanlah majlis pertunangan, hanya sebagai simbolik bahawa dirinya sudah ‘booking’ si dara sunti.

Lisa turut menjelaskan bahawa majlis yang berlangsung pagi ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bertujuan untuk mengembar-gemburkan kisah mereka sebaliknya hanya mahu berlaku adil pada semua pihak media memandangkan sebelum ini sudah berjanji akan memberitahu kepada semua pihak bila sampai masanya kelak.

“Kami memilih tarikh tersebut memandangkan angka 23 adalah angka spesial buat Lisa yang lahir pada 23 Mac jadi biarlah hari tersebut sesuatu yang istimewa buatnya dan juga pada kami,” ujar Yusry lagi.

Lisa pula menambah bahawa tarikh menghantar tanda dan pernikahan tersebut bukanlah dipilih semata-mata angka 23 itu begitu dekat pada dirinya, sebaliknya menghormati hari tersebut yang berlangsung pada malam Jumaat (Khamis) sekaligus mengambil keberkatan hari tersebut.

Yusry dan Lisa walaubagaimanapun tidak mahu perkahwinan mereka dicanang sebagai ‘Wedding of the Year’ kerana kedua-dua pasangan sama cantik sama padan ini tetap pada nawaitu mereka yang berkehendakkan hari bahagia mereka berlangsung dalam majlis penuh sederhana, hanya majlis pernikahan dan majlis resepsi kedua belah pihak yang dilakukan secara serentak di PICC.

“Saya mengambil masa yang agak lama untuk membawa Lisa bertemu keluarga, dan bila saya bawa dia bertemu keluarga saya, saya melihat dia seorang yang mesra dan tidak sampai setahun dia boleh get along dengan semua ahli keluarga saya. Apa yang berlaku sangat-sangat semulajadi, tiada tentangan daripada keluarga dan saya selesa dengan perhubungan ‘matang’ ini,” jelas Yusry lagi.

“Yusry bukan seperti kebanyakan lelaki yang akan ‘mengayat-ayat’ pada awal perkenalan, dia seorang yang gentleman,” ujar Lisa pula ketika ditanya apa faktor yang membuatnya memilih Yusry sebagai suami.

Menyentuh mengenai khabar angin yang mengatakan pihak Astro telah mendapat hak penyiaran sepenuhnya untuk menyiarkan majlis persandingan mereka kelak, Yusry menyatakan yang dia tidak menafikan mahu mengesahkan berita tersebut memandangkan semuanya masih dalam perbincangan dan semua urusan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan kedua belah pihak iaitu Metrowealth dan KRU Studios.

“Mengenai hal tersebut, apa yang saya boleh katakan adalah Lisa adalah wajah eksklusif Astro, jadi sama ada majlis kami nanti disiarkan atau tidak, kami masih belum memberi sebarang keputusan dan saya menyerahkan semuanya kepada pihak pengurusan kami untuk membuat sebarang keputusan,” ujar Yusry.

Sementara itu, ibu Yusry, puan Zarina pula ketika ditanya pendapatnya mengenai perhubungan anaknya dengan Lisa menyatakan, dia seringkali bertanya pada Yusry bila hendak bawa Lisa datang ke rumah, namun setiap kali itu jugalah Yusry akan menjawab hanya membawa Lisa apabila benar-benar pasti.

Ketika ditanya sama ada Lisa akan meneruskan atau meninggalkan kerjaya seni selepas bergelar isteri, aktres kacukan Melayu – Bugis berusia 25 tahun ini terkedu seketika sambil memandang ‘abang’ di sisi sambil genggaman tangannya yang satu lagi tidak lepas menggenggam genggaman si ibu yang setia di sisi menemani. Bak seorang isteri yang taat, Yusry mengangguk lalu mengosok lengan Lisa seraya Lisa menjawab, *so sweettt*

“Saya mengenali dan menyayangi Lisa sebagai Lisa dan selepas kahwin, saya akan menerimanya seadanya,” ujar Yusry perbualan.

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review