Saturday, December 10, 2011

Gambar: Sungguh Playboy si Khairul fahmi Che Mat (Apek) nie!!

Posted by FadhDeela at 1:24 AM
Reactions: 
KUALA LUMPUR: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, sekali lagi dilanda kontroversi berikutan penyebaran lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis bernama Shida Harmi..hmm… yang kini tersebar luas menerusi beberapa blog hiburan.

Gambar yang dimuat naik di laman portal hiburan terbabit malam kelmarin dilakukan individu tidak dikenali atau kemungkinan dilakukan sendiri gadis berkenaan dipercayai sebagai usaha menjatuhkan reputasi penjaga gol kebangsaan itu yang popular dengan gelaran Apek.

Seakan-akan menerima nasib malang buat Khairul Fahmi selepas dia putus tunang 3 Ogos lalu dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, penjaga gawang itu dikaitkan kontroversi panas selepas beberapa gambarnya bersama kekasih, Dahlia Teck tersebar luas menerusi Internet termasuklah ketika mereka berada di Singapura dan tempat yang eksklusif.

Namun, pada 2 November lalu, Apek sekali lagi tersentak dengan penyebaran dua gambarnya bersama Dahlia Teck diambil dan dimuat naik di portal hiburan ketika mereka dan beberapa rakan meraikan pesta hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sambil beberapa botol arak bergelimpangan di atas meja.

Apek bagaimanapun, menafikan meminum arak dengan alasan mukanya merah padam disebabkan suasana panas dan keadaan yang sesak, namun biarpun tidak melakukannya Apek tetap ditegur Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed kerana disabitkan sebagai bersubahat.

*Aku kalo jadi bekas tunang Apek si jejari runcing tu mmg aku sujud syukur sbb putus tunang ngan Apek nie!! giler playboy bdk nie..huhuhu masing2 muda lg xleh nak pikir secara seorg yg matang..darah muda!!! ape2 pun apek aku kagum bile ko di padang bola sepak tp aku benci bile ko di luar padang..!!*

4 comments:

Liyana said...

woo.. itukah dia..? hmm...

fairus said...

APEK OH APEK.. SAYA INGATKAN BERASAL DARI NEGERI "SERAMBI MEKAH" SEMUNAY PERANGAN BAIK-BAIK.

fadhdeela said...

liyana: tu la dia! huhuhu

fadhdeela said...

fairus: bile dah mula popular itu la jadinyer..lupa daratan lupa asal usul

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review