Sunday, December 4, 2011

Al -Fatihah: Gadis Cantik Rara Zikry Meninggal Dunia

Posted by FadhDeela at 3:11 AM
Reactions: 
Siapa Rara Zikry nie????!! aku sndiri xkenal sape Rara Zikry nie...jomm kita baca!!

Zarith Nadhira binti Mohamad Zikri. Telah diberitakan kembali ke rahmatullah, tepat jam 10 malam tadi, di Pusat Perubatan Sunway. Antara anda barangkali sedia mengenali gadis 23 tahun ini. Paling tidak pun, pernah mendengar nama atau kisahnya yang mendapat liputan luas media massa kerana penderitaan yang ditanggungnya. Atau pernah membaca kisahnya di laman Facebook. Bagi yang tidak...

Manja dengan panggilan Rara Zikry, beberapa tahun sebelumnya, hidup bekas penuntut jurusan rekaan dalaman Universiti Lim Kok Wing ni tidak banyak beza dengan remaja seusianya. Menjalani rutin harian dengan penuh nikmat disamping keluarga dan teman-teman.

Namun tanggal 19 Mac 2010, segala-galanya berubah hidup Rara. Hari itu, dalam kegembiraan menjalani aktiviti berbasikal bersama kawan-kawan, arwah (yang memang ada asthma) tiba- tiba mengalami sesak nafas. Sejurus dibawa ke hospital, Rara koma.

Dua bulan selepas itu, dia sedar. Bagaimanapun Rara tidak seperti dulu. Oleh sebab kondisi Rara yang tidak begitu stabil, doktor mengesahkan dia mengidap Hypoxic Ischaemic Encephalopathy (kekurangan oksigen ke otak). Arwah tidak boleh bercakap, tidak dapat bergerak.

Sejak itu pelbagai usaha dilakukan keluarganya bagi mencari penawar, meskipun mengikut laporan saintifik tidak banyak kaedah yang dapat memulihkan Rara, sama seperti dulu.

Semangat tidak putus asa famili dan kawan-kawan yang sentiasa menemaninya, jadi pembakar semangat Rara untuk terus berjuang meneruskan hidup dan menghadapi ujian ini dengan tabah.

Kisahnya pernah di uar-uarkan dalam program Wanita Hari Ini di TV3 juga di saluran NTV7 beberapa bulan lalu bagi mencari sumbangan untuk menampung kos rawatannya yang sangat tinggi.

Difahamkan, semakin hari setidak-tidaknya ada sikit perubahan positif yang ditunjukkan Rara. Sehinggalah semalam, Tuhan lebih sayangkannya. Rara pergi meninggalkan 1001 satu kenangan buat seluruh ahli keluarga dan kenalan.

6 comments:

srikandi cinta said...

innalillah .

kyuubi said...

kesian die..

fadhdeela said...

srikandi cinta: Al fatihah utk arwah :(

fadhdeela said...

kyuubi: tu la pasal..dlm sekelip mata

e F a said...

al fatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. insyaAllah

fadhdeela said...

eFa: Insyalla.. Al fatihah buat arwah

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review