Wednesday, November 9, 2011

Trailer : Filem Fantasi Pertama Afdlin Shauki, ‘Misteri Jalan Lama’

Posted by FadhDeela at 11:59 PM
Reactions: 
Filem terbaru arahan Afdlin Shauki ini bakal menggegarkan panggung diseluruh negara pada 24 November ini!

‘Misteri Jalan Lama’ yang dibarisi artis-artis ternama seperti Hans Isaac dan Que Haidar telah menjadikan sebuah filem yang bergenrekan fantasi drama ini sebuah filem yang menakjubkan dan berbaloi untuk ditonton.

Bukan hendak memuji, tetapi sebagai cubaan pertama pengarah filem berbakat yang pernah memenangi Anugerah Filem Terbaik FFM 2009 untuk filem ‘Papadom’, dia berjaya mengarah sebuah filem yang dikira agak asing genrenya di hati warga Malaysia.

Antara barisan artis lain yang turut menjayakan filem ini termasuklah, Que Haidar (Ilya), Hans Isaac ( Indra), Marion Caunter (Sania), Vanidah Imran (Queen Dewata), Nasir Bilal Khan (King Dewata), Afdlin Shauki (Harak), Liyana Jasmay, Sari Yanti dan juga Gambit Saifullah.

Kisah ini bermula apabila dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang ditemui 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik dan banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Sikap yang berbeza antara dua beradik ini menjadi punca masalah mereka.

video

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review