Saturday, November 19, 2011

Sobri Beraksi Sendiri, Bob Kuman Masuk Ke Hospital Selepas Jatuh Tandas

Posted by FadhDeela at 2:49 PM
Reactions: 
Berita sedih buat peminat Bawal Power ketika berlangsung’nya Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu ke 4 malam tadi. AC Mizal selaku pengacara mengumumkan yang kumpulan ini akan tampil solo kerana Bob Kuman telah dimasukkan ke hospital akibat cedera jatuh tandas.

Kemunculan Sobri tidak mengecewakan walaupun menurut beliau yang kami temui selepas siaran langsung berkata semua idea dan aksi yang dilontarkan adalah spontan ketika itu. Menurut Sobri, beliau menerima panggilan telefon mengatakan Bob Kuman telah dimasukkan ke Hospital Tawakkal selepas jatuh dalam tandas selepas solat Jumaat tadi.

Sobri turut memberitahu yang kecederaan Bob Kuman agak serius kerana beliau tidak sedarkan diri selepas jatuh & dikhabarkan menerima jahitan di’muka akibat cedera ‘menyembah’ mangkuk tandas. Kami doakan yang terbaik buat Bob Kuman dan semoga beliau cepat sembuh untuk meneruskan perjuangan hidup secara am & dalam persaingan Maharaja Lawak Mega. SMS ML20 BP ke 32999.

video

6 comments:

Much Melo said...

kesian bob kuman....

fadhdeela said...

Much Melo: tu la pasal..dia obes! cian, nak bgrk pun ssh

whitecappuccino said...

Harap tak melarat kesihatan dia..

fairus said...

ALAMAK.. CAM TERUK JE SI BOB TU..

fadhdeela said...

whitecappuccino: harap la..kesian tgk dia nak bgn duduk ssh sgt

fadhdeela said...

fairus: teruk jugak laaa dia punye muka pecah sbb terhentak ngan mangkuk tandas

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review