Sunday, November 20, 2011

SIARAN LANGSUNG FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2011 (FFM24) DI ASTRO PRIMA

Posted by FadhDeela at 9:21 PM
Reactions: 
Malam ini sekali lagi industri hiburan negara akan bergemerlapan dengan kehadiran artis-artis tanahair pada Malam Festival Filem Malaysia 24 (FFM24). Kali ini artis-artis khususnya dalam industri perfileman akan berentap merebut pelbagai anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 FFM24.
Industri perfileman negara kini dilihat semakin berkembang walaupun agak ketinggalan dengan negara barat dan Bollywood, tetapi ianya suatu perkembangan positif apabila banyak bakat, baik dari pengarahan sehingga pelakon..banyak permata2 baru yang menyerlahkan bakat mereka.

Ini mewujudkan lagi pilihan dan persaingan sihat dalam industri perfileman negara.
Malam Festival Filem Malaysia 24 FFM24 terdapat 10 kategori akan dipertandingkan dengan 50 artis terbaik akan berentap merebut gelaran berprestij dalam industri perfileman negara. Kalau dilihat dari senarai pencalonan 5 terbaik dari setiap kategori, persaingannya memang sengit dan mummy sendiri pun memang susah untuk membuat pilihan terbaik.

Pengadilan Festival Filem Malaysia 24 FFM24 dari juri2 profesional tanahair,dah pastinya setiap anugerah pastinya ada suara2 yang tidak berpuas hati,itu semua adalah asam garam pertandingan,bukan semua hati orang dapat kita penuhi..betul tak??Apapun nantikan keputusan penuh malam ini di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24). FFM24 adalah untuk meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta menggalakkan penghasilan karya filem yang bermutu dan diterima di peringkat global.

Menyebarluaskan Program Merakyatkan Filem (PMF) dalam menyemai sikap mencintai filem tempatan di kalangan masyarakat. Anugerah festival filem malaysia 2011 (FFM24) akan bersiaran secara langsung menerusi Astro Prima & menerusi laman web rasmi Astro Prima dibawakan secara langsung Saksikan acara yang gilang gemilang ini pada pukul 9.00 malam. Acara karpet merah yang gilang gemilang. Saksikan penghibur dan artis tanah air dalam Karpet Merah ini pada pukul 8.30 malam.

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review