Sunday, November 13, 2011

Katil ‘Terakhir’ Michael Jackson Akan Dilelong!

Posted by FadhDeela at 12:09 AM
Reactions: 
Beberapa perabot yang terdapat di kediaman di kediaman Michael di Holmby Hills termasuklah sebuah katil yang digunakan Michael pada saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir akan dilelong bulan hadapan.Kami ingin memelihara nilai sejarah pada barangan peribadi Michael ini,” ujar pakar lelong barangan selebriti, Darren Julien.

Katil bersaiz Queen berbingkai kayu antik yang menjadi saksi kelakuan ‘gopoh-gapah’ Dr. Conrad Murray yang telah meragut nyawa Raja Pop itu pada tahun 2009 itu masih dalam keadaan baik malah cadarnya juga telah digantikan.

Beberapa barangan berupa lukisan, perabot antik juga beberapa arca yang terdapat dalam rumah yang didiami Michael sejak Disember 2008 turut menjadi antara barangan yang akan dilelong pada 17 Disember ini termasuklah sebuah cermin yang terdapat nota tulisan tangan Michael bertulis, “TRAIN, perfection, March April. FULL OUT May.”

2 comments:

HEROICzero said...

peh mesti tinggi gila bid ni !

fadhdeela said...

HEROICzero: tu la pasal..msti juta2 laaa harga nyer

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review