Thursday, November 24, 2011

Inai berukir di tangan adalah HARAM!

Posted by FadhDeela at 11:42 PM
Reactions: 
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz :" inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

copy paste dari Soal Jawab agama bersama Dr. Masyitah:

ASSALAMUALAIKUM. Saya mahu bertanya apakah hukum lukisan inai pada tangan? Saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dan merancang untuk dibuatkan lukisan inai itu. Bagaimanapun, saya bingung kerana ada rakan mengatakan ia haram. SYUHADA

Inai adalah perhiasan dan cara solekan yang diharuskan bagi wanita dalam Islam. Inai diguna sebagai pewarna rambut dan muka serta hiasan kuku dan jari.

Rasulullah SAW pernah menegur tangan seorang wanita kenapa dia tidak berinai. Tidak salah untuk melukis inai pada tangan asalkan bukan corak atau imej yang dilarang dan menyerupai tatu. Inai harus dilukis dengan corak seperti bunga dan daun.

wallahu'alam...

Nak pakai inai bole tp xperlu la nak lukis2 bnda2 yg mengarut!!! lgpun xcantek la kalo pakai inai yg lukis2 tu nampak serabuttt..kalo pakai kat ujung jari jer kan cantikk...ermmm masing2 punye citarasa asalkan xlanggar hukum ALLAH sudah la yaaa :)

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review