Monday, November 28, 2011

Gaun Kahwin Filem Twilight Dijual Pada Harga RM2,716

Posted by FadhDeela at 11:28 PM
Reactions: 
Untuk sehelai gaun kahwin yang dipakai oleh Kristen Stewart ketika melakonkan watak Bella dalam filem Twilight : Breaking Dawn Part 1, harga RM2,716 adalah mengejutkan. *murah betul*

Gaun ini dipakai ketika Bella mengahwini Edward Cullen dalam filem itu dan seorang pengatur majlis perkahwinan, Alfred Angelo telah bekerjasama bersama Summit Entertainment untuk menghasilkan replika gaun ini. Disimpan dengan penuh berhati-hati dan rahsia, gaun ini hanya pernah dilihat oleh 4 orang sahaja termasuklah pereka, Michael Shettel ketika proses penghasilannya.

Gambar gaun kahwin itu meletup di internet semalam (22 November) dan ia kini boleh dibeli di butik Alfred Angelo di seluruh dunia. Gaun ini benar-benar cantik pasti ramai wanita yang teringin untuk memakainya ketika hari perkahwinan nanti.

2 comments:

fairus said...

MEMANG MURAH...

fadhdeela said...

fairus: tu la pasal..sure cepat abis punye :P

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review