Monday, October 24, 2011

Westlife Bakal Dibubarkan Pada Tahun 2012

Posted by FadhDeela at 2:10 PM
Reactions: 

Konsert Westlife pada 7 Oktober lepas bahawa bakal menjadi konsert terakhir mereka di Malaysia kerana kumpulan ini bercadang utk berpisah pada tahun 2012..*waaaaaaaaaaa kenapa nak berpisahh!!!!sedihhnyer..group fav aku nie!!*

Anda pasti anda peminat tegar Westlife? Anda ada pergi konsert Westlife 7 Oktober lepas? Jika tidak, OHBULAN! ingin umumkan bahawa itu bakal menjadi konsert terakhir mereka di Malaysia kerana kumpulan ini bercadang untuk berpisah pada tahun 2012.

Kumpulan yang dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan ini mula menjejak industri hiburan pada tahun 1998 dimana pada waktu itu tumbuhnya boy-band seperti Backstreet Boys dan juga Blue seperti cendawan.

Kenyataan yang baru diumumkan hari ini oleh ahli kumpulan Westlife, “Selepas 14 tahun, 26 hits termasuk 14 single nombor satu, 11 album top 5, tujuh darinya meletup dan telah menjual lebih 44 juta salinan di seluruh dunia, 10 album jelajah dan kenangan yang tidak terkira banyaknya yang kami akan hargai selamanya, hari ini kami umumkan rancangan untuk berpisah selepas menghasilkan koleksi hits terbaik dan jelajah perpisahan tahun depan.

Westlife yang popular dengan lagu seperti “Flying Without Wings” dan juga “Swear It Again” turut menyatakan terima kasih mereka yang tidak terhingga kepada semua peminat-peminat yang setia menyokong mereka dari awal penubuhan sehinggalah sekarang.

“Dalam beberapa tahun ini, Westlife telah menjadi sesuatu yang lebih dari sebuah band. Westlife adalah satu keluarga. Kami ingin berterima kasih kepada peminat yang sentiasa setia dengan kami dan kamu adalah sebahagian dari kami juga,” ujar mereka lagi.

Untuk pengetahuan, Westlife pada awalnya ditubuhkan seramai 5 orang. Namun pada tahun 2004, Brian McFadden telah keluar dari kumpulan untuk menumpukan masa pada keluarga dan projek solonya. via Contact Music

4 comments:

nurkaloi said...

owh tidak !!!
kaloi sgt admire ngan dyorang huhu

fairus said...

dulu minat back street boys.. :)

fadhdeela said...

nurkaloi: tu la pasal!! suka lagu2 diaorg :P

fadhdeela said...

fairus: minat jugak backstreet boy dulu2 punye boy band best!

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review