Friday, October 28, 2011

Laman web FAM yang digodam dipulihkan semula

Posted by FadhDeela at 10:17 AM
Reactions: 

KUALA LUMPUR: Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah diceroboh oleh beberapa penggodam tengah malam tadi, berjaya dipulihkan oleh pengendalinya kira-kira jam 3.45 pagi tadi.

Laman berkenaan berjaya dipulihkan selepas ia ditutup selama kira-kira setengah jam.

Terdahulu, laman web berkenaan telah digodam secara `mass deface’ oleh sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai UM'07, pjpb cr3ws, gaysec dan anti-p4sti selepas tengah malam tadi, dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pertubuhan itu menetapkan harga tiket sekata RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia, esok.

Kumpulan penggodam itu telah meminda lambang persatuan itu serta meletakkan mesej yang menggunakan kata-kata kesat dan mengutuk tindakan FAM pada laman berkenaan.

Harian Metro, yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang peminat Facebook Harian Metro * myMetro dikenali sebagai Muhammad Fahmi, yang melayari laman web FAM (www.fam.org.my) mendapati penggodam terbabit turut memuat naik laporan berita mengenai keputusan FAM yang tidak berganjak berhubung harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan itu.


Selain itu, dua klip video turut dimuatkan di laman web berkenaan yang memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak dengan latar lagu yang mencaci FAM.

Penggodam terbabit turut mengecam kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad, yang berkata bahawa “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka.” Setakat jam 3.30 pagi ini, Harian Metro masih belum dapat menghubungi pihak FAM bagi mengulas masalah pencerobohan berkenaan.

Harian Metro melaporkan, ketika berdepan banyak bantahan, FAM tidak berganjak dengan keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Azzuddin berkata, pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket itu, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun tidak akan berganjak daripada keputusan asal.

6 comments:

fairus said...

TENGOK KAT TV JE LA.. PASTI ADA SIARAN LANGSUNG... TAPI KALAU DAPAT TENGOK KAT STADIUM LAGI LA BEST...

Fay said...

fay sempat tengok semalam laman web tu kena godam.. penuh ngan maki hamun je..

aibaks said...

takpe.. klu kene godam pun.. bukan leh dapat pe2 pun.. hehe.. sehat ka?

fadhdeela said...

fairus: nak tgk kat stadium tp mahal la tiket..! tp kalo mlk yg msk final sure g tgk kat stadium punye laaa

fadhdeela said...

Fay: yeke??xsempat nak tgk br nak tgk diaorg dah tutup website tu

fadhdeela said...

aibaks: hahaha padan muka diaorg! mahal sgt tiket sape suruh..kta sihat sejahtera..lama xnmpk :)

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review