Wednesday, October 19, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search!!

Posted by FadhDeela at 11:40 PM
Reactions: 
Setelah 30 tahun bersama, akhirnya Search kembali berteriak dengan Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan diadakan pada bulan November & Disember 2011.

Pasti rancak dengan alunan lagu wajib seperti Fantasia Bulan Madu dan Gadisku, pihak penganjur menjangkakan kehadiran ramai peminat-peminat Search di seluruh negara dengan anggaran 30,ooo orang akan membanjiri Padang Astaka, Kuala Lumpur pada 17 Disember.

Lokasi pertama konsert akan berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (19 November) dan lokasi kedua akan bertempat di Stadium Yunos, Larkin (3 Disember). Dianggarkan, 10 000 peminat tegar kumpulan Search akan membanjiri setiap lokasi persembahan.

Selain Search, konsert ini akan turut dibarisi dengan kemunculan band-band lain untuk menghiburkan peminat. Pihak penganjur turut akan memastikan kualiti bunyi dan dan persembahan berada di tahap yang tinggi untuk memberikan pengalaman paling terbaik kepada penonton.

Konsert yang akan berlangsung selama 7 jam ini bermula seawal jam 5 petang. Anda boleh dapatkan tiket konsert ini pada harga RM59 di Pulau Pinang dan Larkin manakala RM69 di Kuala Lumpur melalui www.tickethotline.com.my. Dan sebagai promosi, penganjur memberikan diskaun 15% bagi harga tiket yang dibeli secara online bermula 6 Oktober sehingga 13 Oktober.

Sokong industri muzik Malaysia, luangkan masa anda menikmati konsert lagenda rock tanah air, SEARCH!!!!

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review