Thursday, October 27, 2011

21 SEBAB KENAPA LELAKI TAK NAK KAHWIN

Posted by FadhDeela at 12:03 AM
Reactions: 
1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. . *aku rela naik bus dari naik moto :P

3. " Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku sayang, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak! *keluarga memilih sgt!! nak yg senegeri..tetttttttttt*

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat mimpi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri"
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita. *kalo lelaki yg kecewakan pmpn mcm mana pulak*

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!! *laki senang jer dpt pengganti..ape dia tau!*

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject. *mslhnyer mak ayah aku xreject dia tp mak ayah dia yg reject aku!! huhu

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya"
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khodijah, tidaklah setaqwa Aisyah,pun tidaklah setabah Fatimah...isterimu hanyalah seorang wanita akhir zaman yang ingin menjadi solehah. Suami yang menikahimu tidaklah sesempurna Rasulullah, tidaklah setabah Ayyub,tidak segagah Musa, bahkan juga bukan setampan Yusuf. Suamimu hanya seorang lelaki akhir zaman yang bercita-cita mendidik diri dan keluarganya menjadi ahli syurga.

~Jadi bersyukurlah dengan pasanganmu kerana dia adalah anugerah Allah yang hanya pinjaman untukmu...hargailah dirinya sebelum Allah mengambil semula dia daripadamu~

Aku bersyukur dengan pasangan yg ALLAH berikan kepada aku skrg..ALLAH berikan yg terbaik utk aku..Insyallah!!!

8 comments:

fairus said...

NAK KAWIN MEMANG SUSAH... BUKAN SENANG.. BETULLAH BEBERAPA PERKARA YANG DISEBUT DI ATAS...

MiYOKO SuKi said...

lelaki mmg....takmo nk pikul tggjawab...

pompuan lak memilih sgt..nk yg berduit je..

nurkaloi said...

walau ape-ape alasan punn
same jerk ngan alasan prempuan kann
hehehe

alaa if jodoh daa smpai wlau cmne tak nak pun akhirnya jadi aje kannn

sesegar said...

fuhh,kena tempias sikit kat diri sendiri :P
mmg terbaik lah :D

fadhdeela said...

fairus: tu la pasal..ramai yg takut nak kawen skrg nie..huhu

fadhdeela said...

MiYOKO SuKi: setuju tu..tu yg ramai terlajak skrg nie :P

fadhdeela said...

nurkaloi: semua sama jer..laki ke perempuan ke smua nyer takut nak pikul tanggungjawab :)

fadhdeela said...

sesegar: saje kongsi2 info ngan kwn2 :D

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review