CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 28, 2011

Pusat beli-belah Empire Gallery ditutup sementara waktu

PETALING JAYA 28 Sept. — Pusat beli-belah Empire Gallery Subang di sini, ditutup sementara waktu kepada orang ramai sehingga laporan siasatan pelbagai pihak mengenai punca letupan di pusat beli-belah itu disiapkan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Empire Gallery masih perlu ditutup sehingga bomba dan polis jalan siasatan. Selepas itu pihak pemilik bersama jurutera mereka perlu periksa kawasan itu sama ada ia boleh dibuka atau tidak kepada orang ramai.

"Keutamaannya sekarang adalah keselamatan orang ramai sebab itu kerajaan tempatan dan pemilik bangunan itu perlu lakukan kajian lanjut. Mereka juga perlu beri jaminan bahawa ia selamat kepada orang awam sekiranya ia dibuka semula,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian. — Bernama

2 comments:

aimie amalina said...

huuuuuuuuu
takot dh nak pi mall =(

fadhdeela said...

aimie amalina: nasib masa g mkn ari tu dia xmeletop..menakotkan sungguhhh!!