Tuesday, September 6, 2011

Krisdayanti Lahirkan Bayi Perempuan Secara Caesar.

Posted by FadhDeela at 6:09 PM
Reactions: 
Penyanyi Menghitung Hari, Krisdayanti telah melahirkan seorang puteri hasil perkahwinannya bersama Raul Lemos pada hari Isnin sekitar pukul 1:45 (waktu Indonesia). Diberi nama Ariannha Amora Lemos, bayi perempuan seberat 2.9kg ini dilahirkan secara caesar atas nasihat doktor.

Menurut doktor di Hospital Mitra Kemaroyan Jakarta, Kridayanti dinasihatkan untuk bersalin secara caesar kerana dikhuatiri kesan pembedahan dahulu akan menganggu proses bersalin secara normal.

“Ketika ini, Krisdayanti masih berada di wad bersalin & akan dibenarkan pulang dalam masa 3 hari nanti,” jelas doktor kepada pihak media.

Pada masa yang sama, kakak kepada Krisdayanti, Yuna Shara turut bersetuju dengan nasihat doktor kerana pernah mengalami situasi tersebut. Katanya, faktor usia membuatkan mereka tidak mahu mengambil risiko bersalin secara normal.

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review