Friday, September 9, 2011

Johan Menghidap Penyakit Lupa Kronik

Posted by FadhDeela at 12:10 PM
Reactions: 

Johan Raja Lawak yang kini menjadi antara salah satu pelawak yang tersohor dinegara ini dikatakan menghidap penyakit pelupa kronik. Mengikut abangnya, Shuib, penyakit yang dihidapi Johan bukanlah penyakit keturunan.

Penyakit ini amat mengganggu kehidupan seharian beliau dan abangnya yang harus mengingati Johan siapa dirinya setiap kali beliau bangun dari tidur. Memang sukar kehidupan yang harus ditempuhi Johan setiap kali beliau mencelik matanya dari mimpi.

Begitulah kisah hidup watak yang dibawakan oleh Johan Raja Lawak iaitu ‘Bob’ di dalam filem yang akan menggegarkan panggung dengan gelak ketawa pada 15 September 2011. *sengal!!! wat cuakk jerrr!! ampeh tol...!* Filem komedi ini merupakan filem pertama Johan bersama Grand Brilliance dan ia bakal menghidupkan semangat raya walaupun tarikh tayangan Raya Tak Jadi jatuh pada pertengahan bulan raya.

Tajuk filem ini sahaja dapat mengundang gelak ketawa kecil apatah lagi dengan kehadiran Johan dengan gelagatnya yang kelakar. Apa yang lebih kelakar ialah watak beliau yang dilakonkan secara spontan. Jadi lakonan yang disampaikan oleh beliau kelihatan ‘natural’ seperti tidak dibuat-buat. Malah, penggambaran filem ini bagaikan pentas Raja Lawak kerana krew penggambaran pasti akan tergelak apabila tamat lakonan babak Johan.

2 comments:

fairus said...

LAA... INGATKAN BETUL2 TADI...

fadhdeela said...

fairus: kita pun kena tipu..so sesama la kita hahahahaaha

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review