Sunday, September 18, 2011

Demi Tuhan...Aku Izinkan

Posted by FadhDeela at 9:33 PM
Reactions: 
sedih giler aku tgk cite mlm nie kat astro prima!! seorg isteri sanggup berkorban demi agama dengan mengizinkan suami beristeri 2..!! lakonan hebat eja & norman hakim.!! *Lagu tema cerita nie pun bessstttttt!!*

Kisah tentang seorang wanita yang mempersoalkan tentang agama Islam..
Namun bila dia sendiri sudah mendalami dan mencari makna sebenar Islam..
Hati terpaut dan terpikat..
Lantas diri terus diajar untuk terus mencari makna keimanan..
Bukan itu sahaja..
Dia dengan terbukanya cuba melamar lelaki yang membawanya mendekati Islam..
Bukan masalah perempuan melamar lelaki..
Tetapi lelaki itu sudah beristeri..
Kat situ terjadi satu konflik..
Bila mana seorang isteri harus berfikir yang mana harus didahulukan..
Perasaan ego dan tamak..
Atau merelakan segalanya demi Allah dan agamanya..
Betapa mulianya hati seorang isteri memberi keizinan untuk mereka bersatu dengan niat kerana Allah..
Di saat itu mereka terus diuji..
Suami mereka jatuh sakit lantas meninggal dunia..
Isteri muda mengandung dan juga sakit..
Isteri tua dengan penuh rela hati menjaga kebajikan isteri muda dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang..
Aduhh !! Hati mana yang tidak tersentuh bila adegan demi adegan memaparkan betapa indahnya kehidupan andai manusia tahu apa tanggungjawab dan nilai kasih sayang sesama manusia..
Bukan semua orang boleh bertindak sebegitu..
Hanya yang benar-benar percaya janji Allah sahaja akan melakukan sedemikian rupa..
Cuma cerita ni sad ending..
Sebab isteri muda pun meninggal dunia dan mewasiatkan anaknya kepada isteri tua..
Di akhir cerita ditunjukkan adegan sewaktu isteri muda sedang bersama anak-anak di atas tangga depan rumah..
Roh arwah suami dan isteri muda tu muncul seketika dalam senyuman manis yang terukir..
Mungkin sebagai tanda terima kasih kerana keikhlasan budi dan kemurniaan hati isteri tua tu..

kalau aku berada di tempat isteri pertama tu sanggup aku mengizikan suami aku kawen lain??sanggup ke aku berkongsi suami??!! sungguh besar pengorbanan seorg isteri..!!

4 comments:

gadis kepastian said...

xsemua org sggp buat mcm 2..ada 2 y sanggup g berbomoh2...

fairus said...

KALAU DAH BERUMAHTANGGA NANTI, IZINKANLAH SUAMI TAMBAH ISTERI.. DAPAT PAYUNG EMAS TU...

fadhdeela said...

gadis kepastian: tu la pasal...teman xsanggupp weeeii huhuhu

fadhdeela said...

fairus: payah la nak cr org mcm tu skrg nieee!! sy pun xsanggup laa :P

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review