Monday, August 8, 2011

Tanah Runtuh di Cameron Highlands

Posted by FadhDeela at 11:47 AM
Reactions: 

CAMERON HIGHLANDS: Tujuh penduduk Orang Asli terbunuh, manakala dua cedera apabila lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian hujan lebat, kira-kira 5.45 petang semalam.

Dalam kejadian itu, tiga daripada lima rumah terbabit tertimbus menyebabkan nasib semua penghuninya belum diketahui.

Sehingga tengah malam tadi, sumber mengesahkan mangsa maut ialah empat wanita dan tiga lelaki.

Ketua Polis daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang maut bersama dua yang cedera dibawa ke Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata, sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, kira-kira 10 malam tadi.

Mangsa yang pertama dikeluarkan dari tempat kejadian jam 6.30 petang manakala dua yang cedera dikenali Bah Anjang Besar Alang, 39, dan remaja perempuan, Strry Priry, 15.

Katanya, pasukan penyelamat termasuk polis, anggota bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan unit anjing pengesan dihantar ke tempat kejadian.

Sehingga ini, katanya, penghuni dua rumah yang terkena runtuhan itu sudah diselamatkan dan dibawa ke tempat lebih selamat.

Sumber berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada runtuhan lereng bukit yang ditarah bagi membangunkan projek perumahan berdekatan tempat kejadian.

*Tarah la lagi bukit2 yang ada kat situ!!! dah xde alam semulajadi malaysia nie..!! kalo g cameron tu dah xsejuk mcm dulu2!! tinggalkan la sikit pokok2 tu..keciannkan la kat bumi kita nie!!!!*

2 comments:

fairus said...

HUH... HUTAN-HUTAN DAN BUKIT-BUKIT DARA DINODA SEWENANG-WENANGNYA. SEBAB TULAH BERLAKUNYA BENCANA SEUMPAMA INI...

fadhdeela said...

fairus: tu la pasal..kesian dengan bumi kita nie!!

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review