Thursday, August 4, 2011

Safee Sali & Amirulhadi Dihina Sebagai Monyet Oleh Isteri Ketua Pasukan Singapura.

Posted by FadhDeela at 11:25 AM
Reactions: 
oooohhh sungguh kurang sopan dia samakan player malaysia dengan MONYET!!! hamboi2!! sedapnyer mulut anda berkata2...!! penuh aksi Safee Sali dan Amirulhadi beraksi dia lak ckp mcm monyet..ape la!!!

Berita Harian (sumber asal) sebentar tadi mengeluarkan laporan yang mengejutkan ramai pihak mengenai isu penghinaan melalui Twitter yang dikeluarkan oleh Hidayah Shahril – isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak.

Hidayah Shahril menyamakan tindakan Safee Sali & Amirulhadi seumpama ‘monyet di atas padang’ sejurus selepas perlawanan antara Malaysia & Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalili pada 28 Julai lalu.

Terguris dengan kata-kata itu, Safee Sali menuntut agar Hidayah Shahril membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara. Lagipun, Shahril juga merupakan sahabatnya yang turut sama beraksi di Liga indonesia. Malah, Shahril pernah meminta jersi yang dipakai oleh Safee Sali sebagai tanda persahabatan ketika perlawanan tempoh hari.

Safee Sali menyatakan bahawa dia memandang serius akan perkara ini namun masih belum tergamak untuk membuat sebarang tindakan undang-undang. Padanya, sudah cukup andai kata Hidayah Shahril memohon maaf dan menyatakan kekesalan serta berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut.

Menurut Safee lagi, pasukan Singapura & Malaysia akan lebih kerap bertemu pada musim depan, maka dia mahu isu penghinaan ini diselesaikan dengan segera supaya tidak timbul suasana yang dingin antara kedua-dua buah negara kelak.

14 comments:

Solihin Zubir said...

ishh.. kerek plak bila dh menang..

fairus said...

APEHAL MINAH SORANG NI..?

fadhdeela said...

solihin: tu la pasal..suka suki dia jer panggil org monkey! ngek sungguh

fadhdeela said...

fairus: mengelabah abis tu yg jadi mcm tu huh!

Adzriel @ Liza AB said...

itulah bila komen tak guna akal dgn betul. suka hati je menyamakan org dgn binatang. gamaknya kalau org lain kata husband dia mcm tu tentu melenting sakan. yg kesiannya husband kawan baik dgn safee, bini pulak buat spoil tak jaga air muka husband.

Mohamadazhan.com said...

lepas ni singapura-pura jadi lauk ayam dengan pasukan lain...

qhaizaa said...

huhuhu..kalau laki dia bole wat cm tu igt terkinja2 apa shuke..huhuhu

s a r said...

salam ziarah.

tertarik dengan tajuk ni.

~ahah. tu kata2 perempuan emo terlebih. main bola tak tahu, memandai je nak komen orang main bola macam monyet pulak. nonsense! tak patut betul. punyalah penat kawan tu main atas padang. panggil monyet pulak.

sekali husband dia kawan pulak dengan safee. memang terbaiklah. nak mengata tak pandang kiri kanan namanya. Allah tu maha mengetahui kan. :)

oh maaf cek. emo terlebih pulak. hee.

Kakzakie said...

Kita tunggu perlawanan akan dtg. Pasukan dia akan kena gulai habis-habisan. Tak percaya tunggulah...:)

fadhdeela said...

Adzriel @ Liza AB: tu la pasal..buat malu suami jer!! sedap jer samakan org ngan monyet..ape laaa

fadhdeela said...

Mohamadazhan.com: pasni dia lawan sape erk??xsabar tgk dia kena ayam ngan pasukan lain :)

fadhdeela said...

qhaizaa: sama la laki dia pun..hahahaha

fadhdeela said...

s a r: salam..tu la pasal..penat diaorg main bole lak dia ckp mereka2 tu monkey! xbaik sungguh

fadhdeela said...

Kakzakie: tu la xsabar nak tunggu singapura kena ayam ngan pasukan lain :P

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review