CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 26, 2011

Marion Caunter, Pengacara E! News Asia Kini Hamil Anak SM Nasa, CEO Naza Group.

Kami pasti ramai yang sudah tahu mengenai berita baik ini! Marion Caunter yang sah menjadi isteri SM Nasa, CEO Naza Group pada 15 Oktober 2010 kini bakal bergelar ibu dan masih tidak dapat dipastikan samada anak lelaki atau perempuan. Sebenarnya kami juga adalah peminat setia pengacara E! News Asia ini kerana wajahnya yang comel, tak hairanlah SM Nasa turut terpikat dengan Marion.

Di laman ‘twitter’ Marion, dia turut berkata,

“I would like to thank all of you for your congratulatory messages and well wishes. Thank you so so much. We’re thrilled.:)”

Marion yang sudah hamil selama 5 bulan akan bercuti dari menjadi pengacara sebentar dan kami teragak-agak siapakah yang bakal menggantikan tempatnya buat sementara waktu ini? Atau mungkin rakan kerjanya, Dominic Lau yang akan menjadi hos seorang diri. Tapi itu tidak menjadi persoalan utama, yang penting dunia bakal menerima cahaya mata pertama dari pasangan yang bahagia ini.

Tahniah diucapkan kepada Marion Caunter dan SM Nasa, moga bahagia kehujung hayat!

Sumber: Oh Bulan

4 comments:

NM02 said...

selamat hari raya, maaf zahir dan batin. take care sepanjang cuti raya nnt ye

fairus said...

BAGUSLAH... HARAP PERHUBUNGAN MEREKA BERKEKALAN...

fadhdeela said...

NM02: selamat hari raya kak!! :)

fadhdeela said...

fairus: insyallah..itu yg kita harapkan :)