Monday, August 22, 2011

Khabar Angin Di Twitter Mengatakan Jackie Chan Telah Mati?

Posted by FadhDeela at 11:44 AM
Reactions: 
Sekali lagi aktor berbakat yang berasal dari Hong Kong ini dikhabarkan telah mati apabila ada individu yang telah menyalahgunakan laman sosial membuat satu akaun Facebook dengan nama ” R.I.P. Jackie Chan (8/17/11)”. Individu yang tidak bertanggungjawab ini menyatakan bahawa Jackie Chan, 57 tahun, telah mati pada 17 Ogos. Laman ini benar-benar mendapat sambutan apabila dalam masa dua hari sudah mempunyai hampir 120,ooo followers.

Sebelum ini, peminat-peminat Jackie Chan yang juga seorang pelakon, pengarah dan pelawak ini telah dikejutkan dengan berita kematiannya pada bulan Mac tahun ini apabila khabar angin di laman Twitter tersebar mengatakan beliau kemalangan dan mati ketika bermain luncur salji di Switzerland.

Khabar angin diatas dinafikan sekerasnya apabila berita mengatakan Jackie Chan masih hidup dan baru menghabiskan penggambaran untuk filem “Xinhai Geming” yang mengisahkan tentang kewujudan Republic Of China apabila rakyat mendesak Dinasti Qing digulingkan.

*kenapa pasal kematian boleh buat main erk???!!* betul2 la menyusahkan org2 mcm nie..ape laaa!!

4 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

kalau mati mesti masuk berita...

alongxp said...

die tengah bosan, die buat la benda tu.. saje nak tengok responnye camne... tak pon die tu blogger,saje test seo,kalau org ramai like,die wat la entri kate konon2 jc da mati...

fadhdeela said...

Liza @ Adzriel AB: tu la pasal..xde keje diaorg nie!

fadhdeela said...

alongxp: mcm2 ragam org2 nie!! pasal mati pun wat main ish2

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review