Tuesday, August 16, 2011

Gambar : Nabil Raja Lawak Bersama Bakal Isteri, Nazirah Ayub. Romantiknya!

Posted by FadhDeela at 9:22 PM
Reactions: 
woooooooooooo nabil nak kawin???!! terbaikk la yop..sumpah aku xtau pun nabil nie nak kawin..mari kita baca ulasan nabil di Oh Bulan.

Jelas terpancar gembira di wajah kedua-dua bakal pengantin, Nabil Raja Lawak, 28 & Nazira Ayub, 23 ketika menceritakan kepada OHBULAN! mengenai persiapan perkahwinan mereka di kedai Kad Lestari, Seksyen 2, Shah Alam, tengah hari tadi. Mengikut perancangan, Nabil & Zira akan diijabkabulkan pada 30 September 2011 di Masjid Wilayah, manakala majlis resepsi akan dijalankan pada 2 Oktober 2011 bertempat di bandar I-City, Shah Alam.

Nabil & Zira mempunyai impian tersendiri. Mereka menginginkan perkahwinan berkonsepkan kartun wonderland yang menjuruskan kepada keseronokan & ceria bersama para jemputan yang dianggarkan berjumlah 1500 orang. Pada masa yang sama, Nabil sempat berkongsikan perasaannya yang akan bergelar seorang suami dalam masa 6 minggu lagi kepada OHBULAN!

“Saya tak sabar nak tunggu hari perkahwinan. Rasanya, sudah sampai masa untuk saya dirikan rumah tangga, lagi pun saya sudah berumur 28 tahun. Tambahan lagi, ada pihak seperti Festival Pengantin yang ingin merealisasikan impian saya. Memang bersyukur sangat,” kata Nabil dalam nada gembira.

“Pertama kali saya berjumpa dia sekitar 6 tahun lepas melalui kawan baik sendiri. Pendek kata, kawan baik saya tu merupakan abang ipar kepada Zira. Masa tu, dia baru habis SPM, manakala saya masih bekerja sebagai despatch. Ketika itu, dalam hati saya terdetik, “eh cantik gak budak ni”. Masa tu, jumpa gitu-gitu je.

“Kemudian, kami kebetulan bertemu semula pada awal 2011 ketika menghadiri sebuah kenduri arwah. Kami bertegur sapa & borak-borak. Mungkin sudah jodoh, tau-tau nak kahwin dah,” jelas Nabil ketawa menceritakan saat perkenalannya bersama gadis impian.


6 comments:

CinderLaLa said...

Semoga berbahagia buat Nabil.. dah nk kawen la plak dia ni..

fairus said...

POMPUAN NI YANG DIA CIUM DULU KE?

SHaRKFiQ SSM said...

owh, msa dy tgk in love ngan irma hasmie, dh bekenan r kt awek cun nih.. ish3 nabil2.. hehehe

dah r buat kat i-city je, kalo r open to public, kan best.. bleh g skali, umah sewa mmg dh dekat ni..

smoga berbahgia~

fadhdeela said...

CinderLaLa: harap2 laa berbahagiaa!! :)

fadhdeela said...

fairus: xtau la yg nie ke bkn..soalan tu jugak bermain kat kpala nie :P

fadhdeela said...

SHaRKFiQ SSM: hihi xtau la..biasa la artis.. :P semoga berbahagia

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review