Saturday, August 6, 2011

Cerita Tentang Keadaan Roh di Bulan Ramadhan

Posted by FadhDeela at 9:35 PM
Reactions: 
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus i a semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan.

6 comments:

qhaizaa said...

sy ader gak dgr citer sal ni....lg 1 byk kn wat kenduri tahlil utk arwah...nenek sy ckp..,kalau kenduri tahlil kita wat lauk xcukup sbb habis awal..,arwah kelaparan dlm kubur...kalau lauk kenduri ada lebih..,maknanya arwah kenyang...senang la dlm kubur tuu..kita kna byk berdoa n wat kenduri utk arwah..jgn setahun sekali time raya jer bru nk p kubur...:)

qhaizaa said...

Orang dah mati diberi peluang oleh Allah untuk tengok orang yang hidup," katanya dan menyatakan firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad). Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan." (Surah at-Tawbah, ayat 105).

Ayie said...

Sesungguhnya, azab allah itu benar..

fadhdeela said...

qhaizaa: ada pernah jugak bnda nie..doa anak2 la yg paling bahagia! :)

fadhdeela said...

qhaizaa: thanks for the info :)

fadhdeela said...

betul tu ayie :)

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review