Friday, July 1, 2011

Kemuncak Imam Muda 2 Akhir (Final)

Posted by FadhDeela at 8:33 PM
Reactions: 
Malam ini adalah penentu Kemuncak Imam Muda 2 Akhir (Final) yang menyaksikan salah seorang dari 2 finalis Imam Muda akan dinobatkan sebagai Juara Imam Muda musim kedua.

Adakah gelaran juara Imam Muda 2 milik Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 (Hassan) graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau milik Nazarul Izwan Zolkiflee, 26 (Nazarul) pemegang Diploma Pengajian Islam Kolej Pengajian Islam & Dakwah ?

Juara Imam Muda ini bakal menerima hadiah cukup mewah yang dianggarkan RM350,000 iaitu kereta, wang tunai, pakej haji, biasiswa melanjutkan pengajian ke Universiti Madinah dan pelbagai lagi, begitu juga dengan naib juara turut mendapat hadiah yang sama.

Jangan lupa saksikan Kemuncak Imam Muda 2 Akhir (Final) malam ini yang bersiaran secara langsung (live) dari Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur.
Anda juga boleh tonton Kemuncak Imam Muda 2 Akhir (Final) live menerusi saluran Astro Oasis 106, jam 9 malam 1 Julai 2011.

4 comments:

sesegar said...

wahaa! menarik sungguhhh

Solihin Zubir said...

tahniah utk pemenang, imam muda Hassan.. =)

fadhdeela said...

sesegar: mmg menarikk ciptaan ALLAH hihihi

fadhdeela said...

Solihin Zubir: tahniah jugak

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review