Tuesday, July 12, 2011

Kasih Seorang Ibu...

Posted by FadhDeela at 12:25 PM
Reactions: 
waaaaaa sedihnyer aku baca berita nie!! kasih seorg ibu tiada tandingann...meh baca petikan akhbar metro ari nie...

KOTA BHARU: Kasih seorang ibu tiada tandingannya apabila seorang guru yang dalam keadaan tersepit dan nazak dalam sebuah kereta sempat menggunakan sisa kudrat yang ada bagi memberi isyarat kepada empat anaknya supaya keluar dari kereta, sebelum dia meninggal dunia dalam kemalangan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, di Kampung Tunjong di sini, Junaidah Mohd Nor, 44, yang dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera bagi menghantar empat anaknya ke sekolah, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Seorang anak mangsa Natasha Juliana Mohd Nawi, 10, patah kaki dan tangan manakala tiga lagi, Nurul Julia Mohd Nawi, 17; Nabila Jasmi, 15 dan Nur Jaihan Afilin, 13, cedera ringan.

Kemalangan berlaku apabila kereta Proton Wira dipandu bertembung dengan van yang gagal dikawal akibat cuba memotong kenderaan lain. Sebelum bertembung dengan kereta mangsa, van itu berlanggar dengan sebuah Perodua Kancil dan dua motosikal.

*mcm mana la kehidupan anak2 dia pasni..ibu meninggal depan mata!! sedihh nyer..waaaaaa nak blk kg la minggu nie..Rindu kat Maaakkkk!!!*

6 comments:

Aku Ibu Muda said...

ya allah sedihnya.... :(

kasih hingga hujung nyawa

sahromnasrudin said...

Ya ALLLAH...semoga anak-anak ini sentiasa mendapat pelindungan dari-NYA

NM02 said...

ai baca smlm pun sedih sangat. al-fatihah buat ibu yg telah pergi buat selamanya. buat anak2, moga tabah menghadapi ujian ini

fadhdeela said...

Aku Ibu Muda: tu la..baca cite nie sungguh sedih :D

fadhdeela said...

sahromnasrudin: insyallah :)

fadhdeela said...

NM02: semoga ibu nya aman di sana amin

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review