Thursday, July 14, 2011

Drama Tahajjud Cinta

Posted by FadhDeela at 1:19 PM
Reactions: 
Skrg nie byk drama mengisahkan keagamaan kuar di TV..alhamdulillahh ada kemajuan dlm industri seni kita..aku smlm layan Tahjud Cinta nie kat Tonton..menarik jugak cite dia..!! 1st time tgk fazura ngan fouziah gous ckp arab..!! mmg nmpk xlancar tp alhamdulillah diaorg berjaya memegang watak tersebut...aku nak follow la cite nie..mmg nmpk menarik!! jom kita layan sinopsis dia lakk!!

SINOPSIS TAHAJUD CINTA

Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan suaminya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri (Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

Drama sebanyak 13 episod ini turut membariskan Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa.

Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila.

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review