Monday, July 11, 2011

David Beckham dikurniakan Anak Perempuan

Posted by FadhDeela at 11:35 AM
Reactions: 
LOS ANGELES 11 Julai - Isteri bintang bola sepak Britain, David Beckham, Victoria melahirkan anak perempuan pertama pasangan itu yang sebelum ini dikurniakan tiga anak lelaki, demikian diumumkan pasangan itu hari ini.

“David dan Victoria Beckham amat gembira untuk mengumumkan kelahiran anak perempuan mereka," kata satu kenyataan.

Bagaimanapun pasangan itu belum lagi memberi nama anak perempuan pertama mereka itu.
“Bayi ini sihat dilahirkan pagi ini jam 7.55 waktu tempatan di Hospital Cedars Sinai, Los Angeles dengan berat 7l paun. Brooklyn, Romeo dan Cruz amat teruja dengan kehadiran adik mereka dalam keluarga ini," kata kenyataan itu.

Beckhams, 35, bekas kapten England mengahwini penyanyi yang kini bertukar menjadi pereka fesyen, Victoria, 36, pada 1999.
Mereka kini tinggal di Los Angeles kerana Beckhams masih beraksi untuk kelab LA Galaxy. - AFP

2 comments:

syarifahsidrus said...

mesti comel.hik3

fadhdeela said...

syarifahsidrus: tu la nk tunggu pic dia :)

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review